Bangsa Johor Jommmmm Ke Iskandar Main Main Weekend Ni
Assalamualaikum..
Untuk orang Johor yang takde buat apapa weekend ni boleh datang bawak anak-anak ke Iskandar Main-Main pada 8 and 9 Disember ni dekat Puteri Harbor, Iskandar Puteri, Johor. Nak senang waze je Senrio Hello Kitty Town. Apa yang ada dekat sana? Best ke? Sesuai ke untuk semua golongan EH OF COZ LA. Untuk bebudak, ada Dinosaur Kingdom. Dengan Moscow Circus Show. Menda-menda macam ni susah nak dapat kalau takde event macam ni, kalau ada pon kena bayau. Yang Iskandar Main-main ni ADMISSION IS FREE. Takyah bayar apa. Nak tengok Dinasor dengan Sarkis pon for FREE. Tapi untuk 2 menda ni, korang kena register je dekat UEM Sunrise booth untuk redeem ticket tau? Street Circus pon ada. Ni la peluang untuk keluar spend time dengan family sama-sama and semua pon boleh happy. Bebudak boleh tengok dinasor and circus, emak-emak boleh cuci mata sebab ada Bazaar/Market lepas tu ada pulak artis-artis yang akan datang macam Man Bai, Rahim Maaoof, Hujan, Joe Flizzow, Zee Avi and ramai lagi lah. Ada jugak Performance Art macam LED Drum Dance, Orang-Orang Drum Circle, Lee Wushu Arts Theater and more than 10 performance yang akan ambik bahagian. Kalau nak tulis semua memang akan meleret sampai ke bawah la entry ni. Ada apa lagi? Outdoor Activities macam Bag Jump, Boat Rides semua and untuk dak-dak Art korang boleh join Workshop Abstract Drawing, Bamboo Art, Comic, Sewing Embroidery, Photography and many more. Best kan? Memang a good event untuk hang out seisi sekeluarga. Takde pengecualian. Apa laaaaaaagi Bangsa Johor, kasi serbu la Iskandar Main-Main ni. I bet memang event ni happening lah. Circus Moscow tu bukan senang eh nak tengok. So pleaseeeee korang jangan terlepas untuk grab peluang ni. OK? Meh I summarize sikit.
Iskandar Main-Main
8 and 9 Disember 2018 (12.00pm – 12.00am)
Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor
Besarnyaaaa Dinosaur! Jangan kata bebudak, ongtue pon akan suka ni weh!
Boleh tengok Street Circus jugak from all over the world participants. Live depan mata and FREEEEEEEEEEEEEEEE
Street Circus ni memang fun. Boleh tengok semua Live depan mata. Ni one of the performance street circus yang akan ada nanti.
Jangan lupa register dekat UEM Sunrise booth untuk redeem ticket Dinosaur Kingdom dengan Moscow Circus eh?
Antara artis yang ada. Raaaaamai. Macam Alex TBH, Alif (SG), Fariz Jabba, Full Pledge Munkees, Hujan, Joe Flizzow, Lyia Meta, Man Bai, Rahim Maarof, Mustache & Beard, Q Sound and The 2nd Line, Sonaone, Yung Raja, Zamaera and Zee Avi.
Wei, memang best ni. Seriousssssss!! One more, untuk yang ada camera and smart phone korang boleh berpeluang untuk menang hadiah sebanyak RM500.00 if korang masukkan gambar happening dekat Iskandar Main-Main ni dalam sosial media with hashtag #ipmainmain18 untuk Main-Main Photo Competition. Masukkan je gambar and ada chance nak menang hadiah, tak ke best tu? Jangan lupa publickan korang punya IG OK? Pemenang akan diumumkan pada 14 December jam 12.00pm. Sesapa yang berjiwa seni pulak jangan lupa datang 8 Dec 2018 jam 4.00pm – 5.30pm untuk tengok performance dari Karyawan JB macam Naf, Acung Iki, Seakan Bintang and Karyawan KL pulak ada Jasmine Qistina. Ariff Naqiuddin and Jack Malik. Persembahan istimewa dari Wani Ardy pon akan ada. Jom jom jom semua datang and raikan kesenian sejagat! Rugi kalau korang tak datang. Serious. Untuk info lanjut boleh check hashtag #iskarnival2018 and follow @Iskarnival dekat Instagram. Dekat sana ada banyak info pasal Iskandar Main-Main ni. OK? Sambil spend time dengan family boleh tengok macam-macam persembahan and shopping dekat booth-booth yang disediakan. Nak makan apa semua jangan risau sebab ada berpuluh-puluh perniagaan kecil yang akan take part. Rugi kalau tak pergi. ENJOY!
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2018/12/bangsa-johor-jommmmm-ke-iskandar-main.html