Bangkok Ke Pantai Dalam


Sejurus jadual kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dikeluarkan, aku mencanang-canang untuk menerjah bumi Bangkok bagi menonton aksi pertama JDT di musim 2016. JDT dijadualkan bertemu Naib Juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala FA Thailand musim 2015 untuk pusingan kedua kelayakan ACL di tempat lawan.
Setelah meng-Google untuk mendapatkan maklumat asas, aku dengan rasa teruja terus open discussion di group Whatsappdengan mukadimah, “Jom ke Bangkok, Selasa, 2 Feb, JDT vs Muangthong United”.

Aku berpendapat tarikh perlawanan tersebut memang sesuai untuk kami bersama-sama menjelajah ke bumi Bangkok setelah beberapa rancangan trip berjalan-jalan sebelum ini sekadar hangat-hangat tahi ayam. Isnin, 1 Februari merupakan cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan. Jadi, jumlah cuti bekerja boleh dikurangkan dan masa bersuka-ria di Bangkok akan lebih lama jika perjalanan bermula pada hari Sabtu.

Sembang punya sembang, ada seorang makhluk berpendapat dan dipersetujui yang lain, “Dari ke Bangkok, baik pergi bakar-bakar ayam dekat Desaru ke Port Dickson ke”.

Jawapan balas aku, “Dari pergi bakar ayam kat situ, baik aku bakar ayam dekat Pantai Dalam ke Brickfields ke. Lagi banyak pilihan aku ada, ayam China, Talapia Thai, kau sebut je”. Konklusinya, sekali lagi angan-angan tinggal kenangan.

Hari perlawanan, dari pagi aku rasa punggung tak selesa sedangkan kerusi pejabat yang sama aku duduk setiap hari. Sehari sebelum perlawanan, sudah tersebar ada siaran langsung di siaran Fox Sport, jadi kemungkinan besar ada live streaming. Jam 7.30 malam, aku sudah mencari-cari link live streamingyang boleh dipercayai. Rupanya perlawanan bermula jam 8.30 malam. Sempat solat Maghrib dan buat rencah nasi goreng lagi ni.

Perlawanan bermula, tuan rumah dibarisi pemain yang namanya seakan-akan jamu seperti Peerapat, Kawin, Chanathip dan Thitipan. Teerasil Dangda pemain sensasi Thailand turut berada di dalam senarai pemain, namun atas faktor kecederaan beliau hanya berperanan sebagai pemain gantian dan dimasukkan pada minit ke-106.

JDT seperti biasa dibarisi majoriti muka-muka sama yang mengecapi kejayaan musim lalu. Selain Diaz yang kembali semula bersama JDT, Azinee Taib sahaja yang dilihat sebagai muka baru untuk starting lineups.

Suara pengulas perlawanan berbahasa siam tiba-tiba terpadam di minit ke-20. Maka, membisu sahajalah sepanjang perlawanan. Nak complaintak boleh, sebab live streamingpercuma. Bagi menghilangkan kesunyian, rencah nasi goreng yang tersedia mula ditumbuk di dalam lesung batu. Bawang putih, bawang merah dan cili padi ditumbuk bersilih ganti.

Permainan JDT nampak keras apabila 5 pemain di layangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran. Namun, perlawanan nampak seimbang apabila kedua-dua pasukan sentiasa melakukan serangan. Sekurang-kurangnya wakil Malaysia tidak diayam-ayamkan.

Perlawanan diheret ke masa tambahan setelah keputusan di masa penuh 90 minit berkesudahan seri 0-0. Farizal Marlias dilihat seperti typicalpemain liga bola sepak Malaysia apabila mula melengah-lengahkan permainan sepanjang masa tambahan. Mungkin strategi Mario Gomez untuk mengheret perlawanan sehingga ke penentuan sepakan penalti. Menerusi video latihan yang di-upload Johor Southern Tigers (JST) sebelum ini, terlihat pemain JDT menjalani latihan sepakan penalti seperti sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan situasi ini. Malah beberapa pemain dilihat gembira usai pengadil meniup wisel tamat masa tambahan untuk perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Nasi goreng sudah sedia dijamah.

Sepakan penalti pertama diambil oleh pemain import sensasi JDT, Jorge Pereyra Díaz. Namun berjaya ditampan oleh Kawin, penjaga gawang tuan rumah. Harapan masih ada. Peluang masih terbuka.

Pemain import tuan rumah dengan wajah iras Cristiano Ronaldo tiada masalah untuk menewaskan penjaga gawang JDT dengan sepakan ke sudut kanan. Berakhirlah kecemerlangan Farizal sepanjang 120 minit masa perlawanan.
Giliran pemain import kedua JDT, Marcos Antonio untuk mengambil sepakan. Dengan tenang, sepakan diambil ke sudut kanan. Namun, turut berjaya dibaca dan ditepis Kawin. Kawin dan rakan-rakan nampak yakin untuk pulang gembira malam ini.

Penalti kedua tuan rumah juga berjaya menerjah gawang. 

Nasi goreng diletak tepi, pedas sangat.

Pemain import kuota Asia JDT, Hariss Harun menggalas tanggungjawab mengembalikan peluang. Sepakan diambil dan buat kali ketiga berturut-turut, Kawin mudah menepis sepakan penalti pemain JDT.

Ketiga-tiga pemain import JDT yang dikatakan digeruni jurulatih tuan rumah gagal menjaringkan sepakan penalti.

Sepakan penalti ketiga tuan rumah gagal ditepis Farizal menandakan gagalnya misi JDT untuk beraksi di pentas ACL musim 2016.

Nasi goreng dilemparkan semula ke dalam kuali, kicap di simbah, telur dipecahkan dan digaulkan bersama nasi.

Ditakdirkan aku gagal menjejakkan kaki ke Bangkok, mungkin untuk mengelakkan aku pulang kecewa.

Kelayakan Pusingan Kedua, Liga Juara-Juara Asia (ACL)
Stadium Thunder Dome, Bangkok, Thailand
2 Februari 2016

Muangthong United [0] – [0] JDT
Penalti: 3 - 0



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://catatankah.blogspot.com/2016/02/bangkok-ke-pantai-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dawn At Pantai Telok Dalam

Dawn At Pantai Telok Dalam

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 351 hits
Cloudy morning by the Pantai Telok Dalam Jetty of Pangkor Island You can find more beautiful views of the sky at
10 Destinasi Pantai Popular Bagi Pelancong Malaysia

10 Destinasi Pantai Popular Bagi Pelancong Malaysia

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 328 hits
Antara jenis bilik di Lexis Hibiscus Port DicksonDATA daripada Traveloka menunjukkan bagi tahun kedua Langkawi menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi pantai paling popular dalam kalangan pelawat dari Malaysia manakala Phuket yang ...
Nasdem Dki Kritik Anies Karena Sebut Reklamasi Sebagai Pantai Bukan Pulau

Nasdem Dki Kritik Anies Karena Sebut Reklamasi Sebagai Pantai Bukan Pulau

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 211 hits
Pakai kamus Indonesia yang baik sebetulnya pulau dan pantai itu apa Jadi jangan deskripsi perorangan Saya tetap menyatakan bahwa itu pulau kata Ketua Fraksi Nasdem DPRD DKI Jakarta Bestari Barus
Lepas Mahasiswa Ugm Kkn Menteri Susi Ingatkan Jangan Cuma Jalan Jalan Di Pantai

Lepas Mahasiswa Ugm Kkn Menteri Susi Ingatkan Jangan Cuma Jalan Jalan Di Pantai

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 187 hits
Sebanyak 5 360 mahasiswa Universitas Gadjah Mada disebar ke daerah terpencil yang berada di 32 provinsi di Indonesia dalam program Kuliah Kerja Nyata Pembelajaran dan Pemberdayaan Masyarakat Seremoni pelepasan para mahasiswa UGM ini dilakuk...
Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera

Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 781 hits
Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera Salam semua baru baru ini kita ada pergi jalan jalan cari makan di satu cafe yang namanya Cafe Hostel Pantai Jarang sangat kita buat review pas...
Alur Galley Suites Homestay Depan Sungai Setiu Belakang Pantai Penarik

Alur Galley Suites Homestay Depan Sungai Setiu Belakang Pantai Penarik

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 442 hits
Alur Galley Suites Homestay Depan Sungai Setiu Belakang Pantai Penarik l Assalamualaikum Last week tercapai juga plan bawa family ke Terengganu sekali lagi Tak tahu kenapa Ana suka sangat ke Terengganu Macam ada tarikan yang memanggil mangg...
Rasa Ada Benda Merayap Di Kaki Rupanya Kaki Wanita Ini Dimasuki Cacing Dipercayai Dari Pasir Pantai

Rasa Ada Benda Merayap Di Kaki Rupanya Kaki Wanita Ini Dimasuki Cacing Dipercayai Dari Pasir Pantai

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 562 hits
Waktu Malam Rasa Ada Benda Merayap Di Kaki Rupanya Kaki Wanita Diserang Cacing Siapa yang tidak suka bermain di pantai walaupun orang dewasa pasti akan berasa tenang jika barefoot di sekitar pasir pantai yang halus dengan pemandangan laut y...
Diduga Dibunuh Pria Asal Ambon Ditemukan Tewas Di Pantai Ancol

Diduga Dibunuh Pria Asal Ambon Ditemukan Tewas Di Pantai Ancol

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 229 hits
Seorang pria kelahiran Ambon bernama Hilarius Ladja tewas di Pantai Beach Pool Taman Impian Jaya Ancol Pademangan Jakarta Utara Minggu kemarin Diduga Hilarius merupakan korban pembunuhan
Polda Sulsel Sidik Kasus Reklamasi Pantai Di Kabupaten Barru

Polda Sulsel Sidik Kasus Reklamasi Pantai Di Kabupaten Barru

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 146 hits
Direktur Reserse Kriminal Khusus Polda Sulsel Kombes Polisi Yudhiawan Wibisono membenarkan pengusutan kasus tersebut Menurut dia semua pihak telah diperiksa termasuk Kapolres Barru dan beberapa ahli
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas