Bangga Dengan Diri Sendiri Tapi Senyap Senyap


BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI TAPI SENYAP-SENYAP. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. bangga dengan diri sendiri itu perlu. Itu tanda menghargai diri sendiri. Itu juga tanda bersyukur dan mensyukuri nikmat apa yang Allah swt beri dan pinjamkan kepada kita. Bagi PC tidak salah. Contohnya kita boleh siapkan atau lakukan dua tiga kerja dalam satu masa, ucapkan tahniah pada diri sendiri. Bisikkan dalam hati. Bercakap dengan diri sendiri. Ucap terima kasih kepada Allah swt. Kerana DIA permudahkan dan beri kemampuan itu kepada kita untuk lakukan. Sekurang-kurangnya kita tidak riak. Terlepas satu sikap kurang baikkan.
Habis tu tulis pada resume panjang berjela lepas tu bagi orang baca dan tengok tu tak ke riak?. Itu lain. Itu dalm keadaan seseorang atau kita sedang berusaha untuk mencari dan mendapatkan serta meraih kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Kerana kadang dengan sekadar percakapan tanpa bukti orang tidak mahu mempercayai. Dan itu sememangnya syarat atau prosedur wajib bagi seseorang yang mau mohon pekerjaan tidak kiralah disektor kerajaan mahupun sektor swasta. Tapi kalau selepas itu awak jaja ke mana-mana tanpa orang tanya atau minta apa kelulusan atau tahap pendidikan, kemahiran atau pengalaman rasanya itu kalau tidak dibendung boleh meleset ke riak.
Macam mak bapak yang suka sembang cerita sana sini pasal anaknya tu macam mana. Lumrah, tidak ada ibu bapa yang tidak berasa bangga dengan anak-anaknya. Kalau dulu, bila anaknya dapat masuk universiti belajar di universiti itu suatu yang paling membanggakan. Siap buat kenduri tujuh hari tujuh malam. Cerita sampai anak tu dah beranak pinak pun masih tak habis, tapi sekarang, kalau anaknya tidak belajar di universiti pun, bila anaknya menjadi manusia yang baik, 'manusia yang manusia' sebenarnya sudah sangat membanggakan mak bapak, kerana cabaran membesarkan anak zaman sekarang bukan tugas mudan dan ringan. Jika ada orang tanya, tidak salah maklumkan sekadarnya tanpa berlebih-lebihan, tapi kalau tak ada orang tanya tapi awak dok cakap sahaja berulangkali hingga orang yang mendengar daripada selesa jadi tidak selesa, daripada suka jadi meluat dan benci, itu kena hati-hati juga.

Bangga dengan diri sendiri senyap-senyap tidak langsung menyelamatkan diri sendiri dan orang terdekat disekitar kita. ibu bapa, suami, isteri, adik beradik dan anak-anak kerana zaman sekarang yang dikecam dan diserang mental dan emosinya tidak hanya pelaku sahaja sebaliknya segenap susur galurnya akan dicari dan diheret sekali juga. Kesiankan, kerana kita yang lain tak pasal-pasal terpalit. kalau tercalit minyak wangi alhamdulillah. kalau tercalit lumpur atau arang, tak ke sedih kita. Ada masa pencapaian yang kita banggakan boleh jadi motivasi kepada orang. Kadang-kadang sebaliknya yang terjadi, orang jadikan kita musuh tanpa kita tau apa sebabnya. Alasan untuk suka dan tidak suka itu seimbang.
Tidak rugi bangga dengan diri sendiri tapi senyap-senyap. Ini pendapat PC ya. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Apa sahaja kemampuan atau kelebihan dan pencapaian yang mungkin kita ada, telah lakukan dan sedang lakukan kadang kalau Allah swt nak tunjukkan pada orang lain ianya boleh sahaja terjadi tanpa keluar daripada mulut kita sendiri dan tanpa kita tunjuk dengan perilaku pun. Sekurang-kurangnya kita sudah selamat dalam satu bab. Mulia atau hina seseorang itu boleh terjadi sekelip mata.
SekianTinta Perdu Cinta ❤Bangga Dengan Diri Sendiri Tapi Senyap-Senyap 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2021/08/bangga-dengan-diri-sendiri-tapi-senyap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Disamun Tapi Tikam Diri Sendiri

Bukan Disamun Tapi Tikam Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 219 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myGombak Tekanan perasaan akibat masalah keluarga menyebabkan seorang wanita menipu kononnya cedera selepas disamun di Jalan 10 Taman Greenwood di sini Sabtu lalu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komi...
Lepas Letak Jawatan Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri

Lepas Letak Jawatan Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 385 hits
Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Tun Dr Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada BARISAN NASIONAL pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dan mula mi...
Hiburan Tidak Suka Dibandingkan Dengan Orang Lain Sharifah Rose Ajak Peminat Hargai Diri Sendiri

Hiburan Tidak Suka Dibandingkan Dengan Orang Lain Sharifah Rose Ajak Peminat Hargai Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 452 hits
Pelakon dan juga selebriti media sosial Sharifah Rose memberitahu bahawa dia tidak gemar apabila dirinya dibandingkan dengan orang lain di sosial media ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSharifah atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed ...
Mp Umno Kem Zahid Kunci Mulut Isu Tawar Diri Jadi Pm Tapi Tak Nafikan

Mp Umno Kem Zahid Kunci Mulut Isu Tawar Diri Jadi Pm Tapi Tak Nafikan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 300 hits
agendadaily com11 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Beberapa Ahli Parlimen UMNO yang bersama dalam kem Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengunci mulut berhubung isu tawaran menjadi calon Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sr...
Bukan Susu Sendiri Tapi Kawan Saya Punya Syatilla

Bukan Susu Sendiri Tapi Kawan Saya Punya Syatilla

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 459 hits
Syatilla menjelaskan kekeliruan yang timbul berkenaan isu susu badan melibatkan bayi Shuib Ayash Affan PETALING JAYA Pelakon Syatilla Melvin tampil memjelaskan kekeliruan dan salah faham berkenaan dirinya yang dikatakan mahu menjadi ibu sus...
Hiburan Tengok Balik Diri Sendiri Dan Muhasabah Neelofa Ambil Iktibar Berita Kematian Rakan Artis

Hiburan Tengok Balik Diri Sendiri Dan Muhasabah Neelofa Ambil Iktibar Berita Kematian Rakan Artis

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 377 hits
Personaliti terkenal dan juga usahawan Neelofa mengakui hatinya berasa sangat terkesan dan terjentik dengan berita pemergian rakan artisnya Allahyarhamah Siti Sarah Isnin lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPemergian Siti Sarah yang ternyat...
Lengkap Vaksin Untuk Diri Sendiri

Lengkap Vaksin Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 256 hits
Lengkap vaksin untuk diri sendiri Satu pengalaman yang baru bila divaksin ketika dewasa ni selalunya yang cucuk cucuknya zaman bayi dan kanak kanak je kan Apa apa pun syukur Alhamdulillah setelah sekian lama mendaftar di MySejathera akhirny...
Anggota Tudm Tembak Tiga Rakan Sebelum Menembak Diri Sendiri

Anggota Tudm Tembak Tiga Rakan Sebelum Menembak Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 213 hits
Norsyazwani Nasriam hmetro com myKota Samarahan Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM di sini pagi ini Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata kejadian berlaku jam 7 50 pagi di Balai ...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Pizza Time

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Berlaku Selepas Berpantang 44 Hari

Gara Gara Perancang Tidak Bersesuaian 34 Hari Turun Darah

Tehyeash Cafe Baling Kedah

Radzi Ganti Peja Ketua Penerangan Pn

Iqoo Neo 10 Akan Tiba Telefon Gaming Pertama Guna Snapdragon 8s Gen 4 Di Malaysia

Orang Ramai Diingatkan Agar Jangan Terpedaya Akaun Tiktok Palsu Guna Nama Tengku Ampuan Pahang