Virgil Van Dijk Kapten Baharu Liverpool
Virgil van Dijk kapten Liverpool baharu selepas Jordan Henderson berhijrah.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Van Dijk kapten Liverpool, Alexander-Arnold penolong
VIRGIL Van Dijk (kanan) bersama Trent Alexander-Arnold. (Foto ©liverpoolfc.com)
SINGAPURA: Liverpool melantik Virgil van Dijk sebagai kapten baharu kelab itu manakala Trent Alexander-Arnold memegang peranan sebagai penolong kapten, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu awal pagi tadi.
Van Dijk, 32, yang turut menjadi kapten skuad kebangsaan Belanda, akan menggantikan Jordan Henderson selepas pemain tengah England itu menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq minggu lalu, menamatkan karier 12 tahun di Anfield.
Virgil van Dijk dilantik sebagai kapten baharu Liverpool menggantikan Jordan Henderson yang berpindah ke Al-Ettifaq. (Foto ©liverpoolfc.com)
Van Dijk sudah melakukan 222 penampilan bersama kelab gergasi Merseyside itu sejak berpindah dari kelab Liga Kejuaraan, Southampton pada tahun 2018.
"Ia benar-benar satu hari yang membanggakan buat saya, isteri, anak-anak dan keluarga saya. Ia satu perasaan yang istimewa dan saya tidak boleh menggambarkannya ketika ini. Tetapi ia sesuatu yang saya amat banggakan," kata Van Dijk dalam satu kenyataan.
"Saya akan melakukan segala-galanya dengan kudrat saya dan apa saja yang boleh untuk membuatkan setiap orang bangga serta gembira dengan saya dan kelab ini."
Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk (kiri) memerhati rakan sepasukannya Curtis Jones (kanan) bersaing dengan penyerang Leicester City dari Zambia, Patson Daka pada aksi persahabatan pramusim di Singapura, Ahad lalu. (Foto ©AFP)
Sesudah terlepas peluang meraih empat kejuaraan pada musim 2021-22 apabila memenangi dua trofi domestik, Liverpool gagal beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama di bawah kendalian Jurgen Klopp sejak musim penuh pertama pengurus dari Jerman itu pada 2016-17.
"Kami juga perlu bersabar tetapi kami mahu berada di sana dan mahu membuktikan keupayaan kerana kami mempunyai satu kelompok pemain yang fantastik, staf, peminat, stadium...," kata Van Dijk.
"Ia mengenai melakukannya bersama-sama secara konsisten dan harapnya kami mampu melaksanakannya."
Alexander-Arnold, 24, menyertai akademi Liverpool pada 2004 dan menjadi kapten kelab itu bagi hampir semua pasukan peringkat umur.
Dia akan mengambil alih daripada pemain veteran James Milner, yang menyertai Brighton pada jendela perpindahan kali ini. – REUTERS
SOURCE:
Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/07/virgil-van-dijk-kapten-baharu-liverpool.html