Bandang Part 2
PART 2
Cerita ayah bukan sampai disitu sahaja, ini pulak berlaku semasa ayah baru berada di FELDA. Aku pun baru berusia 3 tahun .
Mula-mula masuk rumah FELDA , mak aku kata memang sedih tengok keadaan rumah. Macam rumah yang ditinggalkan dengan lalang tinggi berdiri. Sebab itu ada yang tak tahan bila Nampak rumah itu begitu terus blah lari dari Felda. Jenis yang tak sanggup nak hidup susah.
Jadi, aktiviti utama pada masa itu adalah mengemas kawasan rumah. Lalang memang naik sampai ke lantai rumah. Kena tebas semua kemudian cuci atas rumah, gosok bagi lantai licin. Al-maklumlah rumah lantai kayu dan tak pernah duduk, penuh dengan selumbar. Mak kata, 2-3 minggu selepas itu bermulalah ganguan dialami oleh ayah aku yang selalu mengalami sakit bahu. Pada awalanya mak buat biasa saja dan menyangka bahwa ayah mungkin penat menebas, mencuci rumah apa semua la kan… yela penat buat semua tu,.. jadi mak aku takdelah berfikiran pelik masa tu..
Tetapi, selepas itu semakin lama semakin teruk penyakit ayah. Ada sampai tahap ayah aku tak boleh nak berdiri. Katanya bahu terasa berat sangat. Pada masa yang sama, mak aku selalu merasa macam ada orang berlegar-legar di dalam rumah. Tapi bila tengok, taka da. Mak tak hairan sangat tentang hal itu sebab dia kata gangguan seperti itu biasa saja. Tiap-tiap malam terdengar orang menjerit, kejap rumah ini, kejap rumah itu. Yela, kawasan baru duduk kan jadi mak aku tak ambik pusing sangat.
Bila dah teruk sangat, sampai ayah aku tak boleh nak pergi menoreh, mak pun minta tolong dri jiran kalau ada sesiapa yang mahir menggubat orang ini. Jiran pun tolong bawa ayah pergi berubat ke sana sini.
Masa tu hanya seorang jiran jer yang mempunyai kereta. Yang lain semua belum kemampuan memiliki kereta. Kalau ada sesiapa sakit ke , nak pergi pekan ke, jiran inilah yang tolong bawakan. Last-last dia la jadi ketua kampong kat kawasan perumahan Felda. Mak aku kata dia tak berapa ingat ramai yang dia pergi berubat. Tapi masalahnya setiap kali nak berubat, ayah aku jadi elok. Tapi bila sampai di rumah punyalah datang balik penyakit ayah, dah tak boleh bangun, muka tak berdaya, sampai kena papah masuk dalam kereta.
Bila keluar saja dari kawasan Felda, automatic ayah segar bugar. Siap lepak minum di pekan Bahau lagi, langsung tak sakit.
Bila dah tengok sihat macam tu, diaorang pun bawa ayah balik. Sampai di rumah, naik rumah terus terbaring tak boleh nak bangun. Bila dah banyak kali begitu, mak aku pun cari cara lain
untuk perawatan ayah aku. Mak aku meminta perawat datang ke rumah pula sebab gangguan berlaku di rumah saja.
Mak kata, perawat yang terakhir sekali datang itu bukan setakat ubatkan ayah tetapi mereka pagarkan sekali kawasan rumah di kejiranan itu. Jadi bila perawat ini naik atas rumah dah tengok keadaan ayah aku dia pun duduk menghadap depan ayah aku dan Tanya.
“kau ada alih katil dalam bilik tu ke hari tu?”
“ada” jawab ayah.
“haaa tu la dia marah. Dia kata kau alih katil tu dah halang laluan dia,” katanya
“manalah aku tahu, aku bukannya Nampak” jawab ayah aku
“sekarang ni dia duduk bertenggek di atas bahu kau. Tu yang bahu kau rasa sakit saja. Tapi dia tak boleh keluar dari rumah ini dan sebab itu bila kau berada di rumah ini je akan rasa sakit”, kata perawat itu.Dipendekkan cerita, perawat itu tu pun berbincang dengan makhluk itu dan meminta dia pindah. Tak tahu la cerita selanjutnya.
Mak kata proses perubatan ayah memang memakan masa juga la. Dalam masa yang sama, ayah dan anak-anak diminta duduk menumpang di rumah jiran sementara. Tapi perawat itu bagitahu benda alah itu nak keluar, cuma syarat dia dia nak tunjuk muka sebelum keluar nanti.
Lebih kurang hari ketiga, mak balik ke rumah seorang diri pagi itu, nak kemas rumah katanya. Dah buka tingkap pintu semua, dia mulalah menyapu. Tengah mak aku menyapu area tengah rumah, dia perasan seperti orang mengikutinya dari belakang. Bila dia langkah setapak, benda tu pun langkah setapak. Mak lari tetapi takut benda tu kejar. Jadi dia pun sambung menyapu sambil menyusur di dinding rumah nak turun ke pintu dapur. Mak langsung tak tengok kat atas,takut katanya. Dia hanya menunduk saja sambil menyapu lantai.
Mak nak lari ikut pintu belakang jadi kenalah turun melalui dapur. Sampai jer area dapur, mak tak terus lari tapi acah-acah menyapu lagi. Tapi bunyi yang mengekori itu sudah berhenti.
Sambil tunduk mak aku menjeling kearah tangga tadi. Nampaklah kaki besar bukan main tegak saja di atas tangga itu. Macam kaki beruk berbulu-bulu. Memang dia tak ikut dah tapi dia macam perhati saja mak menyapu. Mak pun bila dah sampai saja ke pintu nak ke bawah, perlahan-lahan turun. Bila dah jejak tanah , tak sempat sarung selipar terus pecut berlari ke rumah jiran.
Bila diberitahu kepada perawat tersebut, benda tulah yang duduk di bahu ayah aku. Dia nak tunjuk diri sebelum keluar dari rumah. Sebab tu la mak aku terjumpa makhluk tersebut. Itu adalah salah satu syarat makhluk sebelum keluar dari rumah..
TAMAT.
Baca Part 1 : Bandang - Part 1
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.seramshit.com/2019/07/bandang-part-2.html