Balkondes Ngadiharjo Guesthouse Di Borobodur Magelang Central Java Indonesia
Assalammualaikum, memandangkan tempoh perintah kawalan pergerakan Cik iena tak boleh keluar jadi Cik iena nak kongsikan video travel yang masih cik iena belum upload lagi. Sebenarnya task wajib yang perlu di buat sudah selesai mengikut perjanjian. Yang selebihnya Cik iena tetap akan publish cuma bila Cik iena ada kelapangan masa untuk update. Almaklumlah Cik iena kerja as programmer so agak sibukk.
Sekarang bersempena perintah kawalan pergerakan ni memang banyak masa terluang ketika weekend dan juga di malam hari. Berbeza hari biasa weekend sentiasa sibuk dan weekday sibuk kerja. Jadi mas ani lah Cik iena akan update semua travel log cik iena samada di luar negara mahulpun dalam negara yang cik iena belum kongsikan lagi.
Now Cik iena kongsikan Guesthouse yang cantik di Desa Magelang semasa percutian FAM TRIP cik iena bersama Ministry of Tourism of the Republic of Indonesia dalam usaha memperkenalkan Kulinari di Borobodur, Indonesia.
Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
Balkondes Ngadiharjo Guesthouse yang terletak di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia merupakan lokasi tempat bermalam pertama kami semasa FAM trip ni. Sejujurnya Cik iena sangat teruja bila samai disini. Keadaan yang sangat tenang. Udara yang nyaman.
Gambar permandangan Balkondes Ngadiharjo Guesthouse dari atas yang diambil menggunakan dron
Gambar permandangan Balkondes Ngadiharjo Guesthouse dari atas yang diambil menggunakan dron Untuk pengetahuan di sini anda akan dapat tengok view bukit bukau yang cantik. Tapi malangnya semasa kehadiran Cik iena keadaan cuaca tidak mengizinkan. Keadaan cuaca berkabus tebal. Tambahan lagi semasa kehadiran kami malam tersebut kalau tak silap ada gunung berapi baru meletus. Gunung berapi apa Cik iena lupa tapi boleh dikatakan berdekatan. Walaubagaimanapun difahamkan ianya adalah kejadian biasa dan letusan yang berlaku itu tidak membahayakan.
Vlog Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
Berikut Cik iena kongsikan maklumat yang cik iena google mengenai guesthouse ni ya
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Balkon Ngadiharjo terletak di Magelang dan mempunyai taman. Terdapat teres dan para tetamu boleh menggunakan WiFi percuma dan tempat letak kenderaan peribadi percuma.
Bilik-bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, TV berskrin rata dengan saluran satelit, cerek, tab mandi panas, peralatan mandian percuma dan meja. Di bilik tetamu tetamu terdapat almari pakaian dan bilik mandi peribadi.
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Tetamu di Balkondes Ngadiharjo boleh menikmati sarapan pagi Asia.
Yogyakarta adalah 44 km dari penginapan, sementara Borobudur adalah 2.4 km dari hotel ini. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta, 35 km dari Balkondes Ngadiharjo.
Parking percuma
Saiz bilik 25 m²
2 katil double
Apartmen ini mempunyai ruang makan, peralatan dapur dan microwave.
Dalam bilik mandi anda:
Kelengkapan dandanan diri Bidet Tandas Tab mandi atau pancuran mandian Tuala Linen Selipar Tandas berkongsi Tandas tambahan Tisu tandasPemandangan:
Pemandangan taman Pemandangan gunung Menghadap halaman dalamanKemudahan bilik:
Seluruh unit terletak di aras bawah Tab mandi panas Almari Penutup soket keselamatan kanak-kanak Pembuat teh/kopi Penyaman udara Lantai kayu atau parket Hipoalergenik Kalis bunyi Cerek elektrik Meja kerja Ruang duduk TV Saluran satelit TV skrin rata Saluran kabel Balkoni Teres Perabot luaran Ruang makan luaran Soket dekat dengan katil Rak baju Rak pengering baju Perkhidmatan bangun tidurMerokok: Merokok tidak dibenarkan
Harga semasa Cik iena google RM136 untuk 1 malam
Untuk tempahan secara online boleh dilakukan di booking.com
Cik iena dah lihat gambar di booking.com jangan risau gambar sama macam yang cik iena pergi tau. Berikut Cik iena kongsikan juga gambar yang sempat Cik iena ambil. Cik iena tak dapap ambil banyak sangat sebab sibuk dengan aktiviti dari Ministry of Tourism of the Republic of Indonesia
Gambar sewaktu makan malam di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar ketika bersiar-siar diwaktu petang di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar di pintu masuk Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Antara lukisan di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse yang menarik perhatian cik iena
Tempat rehat dan makan di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar ketika sarapan pagi di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar ketika pertandingan memasak di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR
Untuk update di instagram boleh lihat di #ienaelienajogja
Playlist di Youtube : IENAELIENA X TOURISM INDONESIA
Artikel Berkaitan
Day 1 :
Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java IndonesiaRumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
#jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia #ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2020/04/balkondes-ngadiharjo-guesthouse-di-borobodur.html