Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis




Isu 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Raja-Raja) yang dimainkan secara berterusan oleh pihak pembangkang sejak kebelakangan ini tidak boleh dibiarkan sehingga menggoncang pemerintahan negara.
Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowin, isu 3R perlu ditangani secara tuntas dan komprehensif oleh pihak polis, termasuk mewujudkan langkah pencegahan tertentu kerana isu itu seolah olah telah dirancang untuk dimainkan secara mengikut agenda tertentu.
Sehubungan itu, Manivanan mengemukakan cadangan 10 perkara yang boleh diperhalusi, diperbaiki atau dipinda mengikut garis panduan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mewujudkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalam mempercepatkan proses tindakan PDRM ke atas isu 3R.
“Saya terpanggil untuk mengingatkan semua mengenai komitmen Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani isu 3R ini.
“Pada 11 Julai 2023, beliau mewakili Kerajaan Madani memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang memainkan
sentimen 3R sehingga melanggar undang-undang dan mencabar Perlembagaan.
“Selaras dengan komitmen tersebut, saya ingin mencadangkan kepada Ketua Polis Negara Malaysia (KPN), Tan Sri Razarudin Husain dan PDRM agar menyediakan Tatacara Pengendalian Piawai (TTP) atau SOP untuk menyiasat kes melibatkan isu 3R ini,” katanya dalam satu kenyataan.
10 perkara yang dicadangkan itu antaranya, Mewujudkan Jabatan Siasatan Jenayah 3R untuk menyiasat kes 3R; PDRM menyediakan senarai kesalahan – kesalahan kes 3R yang boleh dikenakan tindakan (segera); PDRM bertindak melalui maklumat pertama atau maklumat awal untuk mempercepatkan siasatan; PDRM membuka kertas siasatan sejurus memperoleh maklumat pertama atau maklumat awal.
“PDRM juga dicadang memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi atau laporan polis
“Siasatan diselesaikan dalam tempoh 7 hari setelah kenyataan 3R dilakukan.
“PDRM juga perlu mengeluarkan kenyataan media awal dalam tempoh 3 hari setelah kenyataan 3R dilakukan (bagi mengelakkan kekeliruan rakyat berpanjangan,” katanya.
Manakala selepas siasatan, kata mantan Ahli Parlimen Kapar itu, PDRM perlu mengeluarkan kenyataan media susulan dalam tempoh 7 hari; Kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Peguam Negara dalam tempoh 10 hari setelah kenyataan 3R dilakukan dan sekiranya terdapat bukti yang kukuh wajar dirujuk ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari setelah kenyataan 3R dilakukan.
“Cadangan sebegini boleh diperhalusi, diperbaiki atau dipinda mengikut garis panduan PDRM.
“Sebalik baiknya, pihak KPN dan PDRM terlibat dalam sesi dialog untuk merangka suatu arahan kerja dan garis panduan terperinci, untuk siasatan dan tindakan yang perlu diambil menurut pendekatan yang seragam dan konsisten dalam menangani isu 3R,” ujarnya.
Manivanan yang juga seorang peguam yakin cadangan beliau itu mampu dipraktikkan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada seperti Akta Polis 1967 dan Kanun Tatacara Jenayah.
“Isu 3R yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan raja, sekiranya tidak dibendung akan memudaratkan dan mengugat ketenteraman awam, mengganggu keamanan, keharmonian serta keselamatan negara.
“Dulunya isu 3R hanya hangat semasa musim pilihanraya tetapi kini merebak sehingga ke musim perayaan.
“Maka, satu pendekatan berstruktur melalui SOP untuk menyiasat kes 3R wajar disyorkan untuk kebaikan bersama, demi bangsa dan negara,” katanya lagi.
The post Banteras isu 3R: Manivanan cadang 10 langkah percepat siasatan polis first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37092?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=banteras-isu-3r-manivanan-cadang-10-langkah-percepat-siasatan-polis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 375 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis Jerman dilapor menyita empat kereta super Bugatti Veyron edisi khas di Munich awal minggu ini dalam siasatan ke atas skandal 1MDB Akhbar Jerman Bild melaporkan empat kereta super itu disita daripada sebuah k...
Polis Raub Menahan Empat Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Pakir Sebuah Kuil Pada Ahad Lalu

Polis Raub Menahan Empat Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Pakir Sebuah Kuil Pada Ahad Lalu

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 205 hits
RAUB Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kuil di sini Ahad lepas Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata kesemua lelaki berusia antara 23 dan 44 tahun itu ditahan di sekitar daerah...
Seniman Saran Artis2 Kena Petik Sarah Yasmine Buat Laporan Polis

Seniman Saran Artis2 Kena Petik Sarah Yasmine Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 120 hits
Persatuan Seniman Malaysia saran artis2 kena petik Sarah Yasmine untuk membuat laporan polis lebih lebih lagi mengaitkan mereka dengan kontroversi aktor Aliff Aziz Bimbang hal akan jadi tambah besar Hal ini dinyatakan Seniman menerusi satu ...
Kelantan Polis Tembak Kereta Mewah Bawa Dadah Lebih Rm100 000

Kelantan Polis Tembak Kereta Mewah Bawa Dadah Lebih Rm100 000

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 211 hits
BERNAMAKota Bharu Polis Kelantan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kereta mewah yang dipercayai membawa dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di Ketereh di sini Sabtu lalu Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata po...
Polis Siasat Dakwaan Pusat Keagamaan Lakukan Aktiviti Mencurigakan

Polis Siasat Dakwaan Pusat Keagamaan Lakukan Aktiviti Mencurigakan

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 209 hits
BernamaSEREMBAN Polis menjalankan siasatan terperinci susulan aduan yang mendakwa terdapat aktiviti mencurigakan di sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya meneri...
Dua Bekas Anggota Polis Terlepas Tali Gantung Kes Mekanik Ditembak Dengan Tangan Bergari

Dua Bekas Anggota Polis Terlepas Tali Gantung Kes Mekanik Ditembak Dengan Tangan Bergari

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 149 hits
Suraya Roslansurayaroslan mediaprima com myPutrajaya Dua bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadap mereka dengan pemenjaraan maksimum 40 tahun bagi kesalahan membunuh ...
Kereta Langgar Tiang Elektrik Kerana Cuaca Panas Polis

Kereta Langgar Tiang Elektrik Kerana Cuaca Panas Polis

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 139 hits
MIR AZRI SHAHARUDINSEBUAH kereta remuk dipandu Panya selepas melanggar sebatang tiang elektrik di Pattaya semalam Foto Pattaya MailPATTAYA nbsp Polis percaya cuaca panas melampau menyebabkan sebuah kereta sedan melanggar tiang elektrik di J...
Video Disalah Sunting Teo Lapor Polis

Video Disalah Sunting Teo Lapor Polis

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 165 hits
Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata laporan polis dibuat berhubung penyebaran video berkenaan yang didakwa berniat jahat dan berunsur fitnah HULU SELANGOR Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching memaklumkan video yang dimuat naik ...
Koperal Polis Tak Mengaku Terima Rm1 450 Bawa Masuk Tembakau Dalam Lokap

Koperal Polis Tak Mengaku Terima Rm1 450 Bawa Masuk Tembakau Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 106 hits
Zatul Iffah Zolkiplyzatuliffah hmetro com mySeorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah yang berjumlah RM1 450 tiga tahun lalu FOTO GHAZALI KORIKuala Teren...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner