Baling Belakang Sambut Birthday Lagi
Bukan raya je sebulan. Sambut birthday pun boleh sebulan juga. Alhamdulillah, murah rezeki orang kata. Petang celebrate birthday dengan husband, malam tu family kakak datang pulak bawa surprise birthday kek lagi. Petang dapat sepotong kek, malam dapat sebiji kek. Rezeki sangat tu kan. Tapi tidak lah potong malam tu juga sebab dia orang sampai tengah malam, awal pagi nak membawa ke subuh. Jadinya simpan dulu.
Tak rancang apa pun. Dah namanya surprise kan! Ada orang nak belanja, rezeki jangan ditolak. Lepas zohor, makan-makan kat The Windmill Station (TWS) Seremban Gateway. Pening betul nak cari makan-makan ni sebab banyak tekak, banyak citarasanya. Last-last ke TWS je lah layan menu western. Lagipun kat Seremban Gateway ni banyak restaurant dan cafe. Boleh lagi kalau nak memilih. Tapi tak sempat nak memilih, kejar masa. Jadi, memang ke TWS je terus jangan fikir-fikir dah
Sedang hampir habis makan, tetiba muncul pulak nak makan aiskrim kat baskin robbins. Ahh sudah, perut tak sempat rehat lagi kot. Ikut nafsu sangat ni oii! Disebabkan dah kebetulan mereka datang dari jauh, kita pun spend masa sama-sama lah. Beli dua dan kongsi ramai-ramai. Barulah habis dan tak membazir. Kalau sorang satu jenuh senak perut makan. Sesambil tu kira celebrate birthday dan juga sempena wedding anniversary ke 17 kakak dan abang ipar sebenarnya. Double celebrations lah kiranya ni
Seusai makan aiskrim, gerak ke Port Dickson, kononnya nak celebrate birthday potong kek kat tepi pantai cerita dia. Amboii.. kemain jauh nak memotong kek pun. Nak jadi cerita, kek tu kakak bawa dari Kuala Selangor ke Seremban. Kemudian bawa ke Port Dickson pula. Jauh betul kek makan angin. Mujur beli kek yang tahan lama tak cair.
Kami orang pergi Pulau Burung dekat Pantai Cahaya Negeri. Ramai umat betul datang Pantai Cahaya Negeri ni hujung minggu. Syukur kat Pulau Burung ni tak ramai orang sangat. Adalah port nak lepak potong kek dan makan-makan sikit. Kat pantai tu jangan cakap lah padat dia macamana. Tak ada port kosong. Tambah pulak ada event zumba kat situ. Betul-betul meriah
New York Cheese Cake Secret Recipe
Dah potong kek, makan-makan kamiorang gerak balik rumah masing-masing. Jadilah buat kenang-kenangan. Suka datang Pulau Burung ni sebab suka view yang sangat cantik kat sini. Ini entah keberapa kali datang tak tahulah. Tapi belum lebih 10 kali kot. Setiap kali datang mesti bawa orang yang berbeza. Habis fikir dah tak tahu tempat mana best kat Seremban, Kat Port Dickson je lah banyak tempat best. Mujur dekat kan
Alhamdulillah syukur. Dalam tak jadi bercuti tu, bila family datang kita bawa jalan-jalan kira bercuti juga lah tu. Perancangan Allah sangat baik dan tetamu datang membawa rezeki. By the way, ada banyak hari lagi ni dalam bulan Februari. Boleh lagi kot nak celebrate. Hihi..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/02/baling-belakang-sambut-birthday-lagi.html