Balik Pulau Pak Ku Roti Canai Sawah Padi Kampung Terang


Ahad | 20.09.2020
Ada beberapa orang bertanya saya, “Dah sampai Balik Pulau?”. Jadinya hujung minggu lalu saya dan suami ke Balik Pulau, saja nak melihat-lihat. Sebelum pergi, saya buat carian di internet mengenai Balik Pulau.
Dalam lingkaran warna merah itulah Balik Pulau, terletak di sebelah barat daya pulau. Patutlah namanya Balik Pulau, sebab memang terletak disebalik pulau. Balik Pulau ni berada di bawah daerah pentadbiran Barat Daya. Saja letak peta sekali kasi mudah faham. Sebab saya pun tak faham lagi Pulau Pinang ni, maklum saja baru beberapa bulan menetap di sini

Setelah melalui jalan yang berliku, kami tiba di Balik Pulau sekitar pukul 9 pagi. Saja datang awal sebab nak cuba sarapan pagi di sini. Mata saya tertarik pada binaan rumah di sebelah kanan tu

PAK KU ROTI CANAISaya buat carian ‘roti canai’ pada aplikasi Google Maps, nak cari kedai roti canai yang paling hampir dengan lokasi semasa kami. Jumpalah kedai Pak Ku ni, sebuah kedai yang terletak di bahagian tepi hadapan Pejabat Agama.
Tu dia...berderet menu roti canai kat atas, siap letak harga. Senang nak pilih. Saya pilih ‘roti canai cotek extra’ setelah bertanya kepada pelayan kedai maksud ‘cotek extra’

Air teh o limau suam pilihan saya. Saya perasan kalau di bahagian utara memang akan letak ais begini. Mungkin sebab pekedai guna air panas sepenuhnya, untuk jadikan suam maka letak ais di keliling gelas. Dalam gambar ni dah jadi selonggok sebab saya dah mula minum dan tolak ais untuk mudah letak gelas

Inilah Roti Canai Cotek Extra - roti canai dilekat dengan dua biji telur yang tak pecah kuningnya. Memang sedap dan memuaskan selera. Rotinya lembut je. Masa menunggu roti canai ni agak lama...kira-kira 25 minit. Tapi berbaloi sebab sedap dan banyak pilihan. Patutlah ramai pelanggan makan kat sini

Kalau nak makan kat sini kena awal pagi, sebab nampaknya cepat habis. Masa kami sedang makan, orang-orang yang baru datang semua terpaksa beredar hampa. “Habih! Habih!” akak kedai jerit bagitau pada sekumpulan penunggang basikal yang baru tiba. Tapi kalau nak roti kosong je, masih ada

Sawah Padi, Kampung TerangMenurut info yang saya baca, satu-satunya tempat yang ada sawah padi di pulau adalah di Balik Pulau. Terdapat beberapa lokasi, saya pilih untuk ke Kampung Terang

Kalau ikut Google Maps di bawa ke satu jalan yang agak susah kereta nak parkir. Tapi kalau jalan je terus nanti akan jumpa lokasi macam dalam gambar di atas. Ada la sikit ruangan untuk kita parkir kereta. Lepas tu jalan kaki pergi kat dinding tengah sawah tu, ada wall art boleh bergambar di situ. Takde gambar wall art dari dekat sebab saya malas pulak nak turun

Seterusnya kami ke Pantai Pasir Panjang dan melihat beberapa wall art yang menarik di bandar Balik Pulau ni. Catatannya pada entri akan datang..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/09/balik-pulau-pak-ku-roti-canai-sawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3h2m Roti Canai Kayu Arang

3h2m Roti Canai Kayu Arang

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 969 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Hari terakhir KK dan kawan kawan di Melaka bangun pagi pun rasa malas hahaha tapi apakan daya tuntutan kerja terpaksa diturutkan heheUntuk pagi ni kami ke satu lagi kedai sarapan pagi yang terkenal tida...
Balik Kampung Batu Pahat Pekena Mee Bandung Odeon

Balik Kampung Batu Pahat Pekena Mee Bandung Odeon

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 436 hits
BALIK KAMPUNG BATU PAHAT PEKENA MEE BANDUNG ODEON Hujung Ogos 2020 baru baru ini mummy sekeluarga atok tok mak ke Batu Pahat Johor Daddy aje yang tak ada Kerja So kami share kereta je dengan atok Adik mummy sekeluarga naik kereta sendiri be...
Peniaga Roti Canai Jual Air Ketum Ditahan

Peniaga Roti Canai Jual Air Ketum Ditahan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 500 hits
KULIM Tidak cukup dengan hanya menjual roti canai seorang peniaga roti canai ditahan kerana turut disyaki mengedar air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perak di sini kira kira 6 30 petang semalam Ketua Polis Daerah Kulim Superin...
Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi Lakonan Andi Bernandee Mas Idayu Shamsul Ghau Ghau Nik Adam Mika

Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi Lakonan Andi Bernandee Mas Idayu Shamsul Ghau Ghau Nik Adam Mika

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 469 hits
Telefilem komedi seram Balik Kampung Tak Lonely Lagi lakonan Andi Bernandee Mas Idayu Shamsul Ghau Ghau Nik Adam Mika dan ramai lagi disiarkan pada Sabtu 26 September 2020 pukul 9 00 malam di TV3 SINOPSIS BALIK KAMPUNG TAK LONELY LAGIMegat ...
Balik Kampung Tak Lonely Lagi

Balik Kampung Tak Lonely Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 814 hits
Saksikan telefilem komedi seram Balik Kampung Tak Lonely Lagi lakonan Andi Bernandee Mas Idayu Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi pada Sabtu 26 September 2020 pukul 9 00 malam di TV3 JUDUL BALIK KAMPUNG TAK LONELY LAGI WAKTU SIARAN Sabtu 26 S...
Roti Canai Pilihan Ramai Di Tanah Merah Kelantan Roti Canai Cikgu

Roti Canai Pilihan Ramai Di Tanah Merah Kelantan Roti Canai Cikgu

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 1012 hits
Roti Canai pilihan ramai di Tanah Merah Kelantan Roti Canai Cikgu Semalam ada urusan sikit dekat bandar Tanah Merah sampai tak perasan dah tengahari Perut pulak tengah lapar tapi tak tahu nak makan dekat mana As usual cari dekat google la s...
Roti Canai Merecik Barakah Corner Melaka

Roti Canai Merecik Barakah Corner Melaka

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 894 hits
Kami selalu bershortvacay ke Melaka tetapi kami amat jarang keluar mencari tempat makan sarapan pagi sedap di Melaka Umum mengetahui banyak tempat makan sedap di
Anak Anak Sidek Balik Kampung Warnakan Sendiri Mural Wajah Di Depan Rumah

Anak Anak Sidek Balik Kampung Warnakan Sendiri Mural Wajah Di Depan Rumah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 613 hits
Siapa yang tidak mengenali anak anak Sidek yang merupakan jaguh badminton Tanah Air apabila berjaya menjulang Piala Thomas sekitar tahun 1992 Berasal daripada Banting Selangor Datuk Misbun Dato Razif Datuk Jailani Abdul Rahman dan Abdul Ras...
Sarapan Roti Canai Di Hujung Minggu

Sarapan Roti Canai Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 572 hits
Sarapan Roti Canai Di Hujung Minggu Sebenarnya sarapan yang berat berat dan berkalori di pagi hari tak berapa bagus Nanti mulalah malas nak bergerak nak buat kerja dan mata mula mengantuk Tetapi disebabkan sekarang ni hari sabtu dan hujung ...
Mcdonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak Kanak Oku Di Perlis

Ex Boss Datang Rumah

Jadual Sekolah Berubah Sepanjang Ramadan Sesi Petang Tamat Lebih Awal Kpm

Elak Dan Rawatan Dengan Makan Minum Yang Halalan Toiyibban Adalah Asas Utama

Minum Petang Dengan Cekodok Resepi Emak

World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Pengalaman Pembedahan Kanser Lipoma

Tapaulah Launches Website And New Lunchbox Series


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

China Matahari Terbit Di Jade Dragon Snow Mountain

Afc Champions League Match Results Jdt Vs Pohang 18 February 2025

Elevate Your Workplace Efficiency With The Revolutionary Tablet Huawei Matepad Pro 13 2

Kanser Tahap Akhir Sembuh Sepenuhnya

Tiga Maut Berhampiran Resort Air Panas Kepekatan Tinggi Gas Toksik