Balik Kampung Sebelum Ramadan


Beberapa hari saya tak berblog kerana berada di kampung menjenguk mak dan mak mentua. Sejak malam tadi dah kembali di rumah NS, bolehlah saya sambung mencatat kisah hidup sebagai kenangan masa hadapan

Bulan Mac ini nampaknya kami kerap berada di rumah NS. Baru balik dua malam di rumah PP, kami kembali semula ke rumah NS pada hari Selasa 7 hb. Mac lalu. Hujung minggunya ditambah dengan encik suami ambil cuti kerja, dapatlah kami balik kampung di selatan tanah air - kampung saya di Pontian dan kampung encik suami di Batu Pahat

InsyaAllah sehingga hujung minggu ini kami akan berada di rumah NS

[Catatan hari Sabtu, 11 Mac 2023]
Pagi hari Sabtu, kami menuju ke kampung saya di Pontian. Biasanya begitulah, kami akan balik kampung yang lebih jauh

Sang rembulan di waktu siang. Sempat saya memotret bulan sebelum bergerak meninggalkan rumah NS.
Menziarahi Makcik di Teluk KerangKami tiba di rumah Mak saya pada waktu tengah hari. Sebelah petang selepas Asar, kami bersama Mak dan beberapa ahli keluarga yang lain pergi menziarahi makcik (kakak kepada Allahyarham Bapak saya) yang baru beberapa hari keluar hospital

Makcik terjatuh sewaktu nak duduk di birai katil, menyebabkan keretakan tulang dan tulang beralih. Atas faktor usia, doktor tak dapat melakukan pembedahan. Sedih saya lihat keadaan Makcik yang kini tak mampu nak bergerak sendiri. Semoga Allah permudahkan segala urusan rawatan Makcik dan dikurniakan kekuatan hati buat Makcik dan juga buat sepupu yang menjaga. 
Sepupu hidangkan ubi kayu rebus bersama sambal tumis dan kelapa parut.
MasyaAllah…sedap sangat! Dah lama tak makan begini, terasa nikmatnya.
Senja dan Makan Malam di Coxn Cafe, Rimba TerjunBalik dari rumah Makcik, kami bersama kakak saya dan seorang anak saudara ke Coxn Cafe yang terletak berhampiran dengan rumah Mak. Kami datang berempat, Mak dan ahli keluarga lain tak berminat ikut serta

Coxn Cafe ni sebenarnya dah lama beroperasi, tapi baru kali ini kami nak mencuba makan di sini. Biasalah kan, kalau yang dekat ni kurang teruja nak mencuba

Panorama senja di Coxn Cafe. 
Kami menyaksikan kumpulan memerang di kawasan ini (tak kelihatan di foto).Sambil menunggu hidangan tiba, kami sibuk berfoto dan memerhati suasana langit senja bertukar gelap. Dalam samar cahaya, kami melihat sesuatu sedang berenang di aliran anak sungai bersebelahan kafe. Memerang! Teruja kami melihat gerakan pantas beberapa ekor memerang berenang di air. Haiwan separa akuatik ini kemudiannya naik ke tebing dan menghilang di balik hutan bakau. Wah…pengalaman pertama kami lihat memerang di habitat asal

Hidangan kami, semuanya hidangan Barat sebab di sini cuma menghidangkan masakan Barat.Kami sangka sekejap saja boleh dapat makanan sebab kami memesan masakan Barat yang agak ringkas. Rupanya, sangatlah lama menunggu. Sementara menunggu, bolehlah solat Maghrib di ruang solat tersedia - sebuah ruang sederhana luas tanpa pemisah lelaki/perempuan

Setelah menunggu kira-kira 50 minit, barulah kami dapat menikmati hidangan yang dipesan. Kecuali minuman dan ice cream, itu kami dah dapat lebih awal. Saya sebenarnya hampir hilang selera dek lama menunggu. Mujur mushroom soup yang saya pesan, sedap menepati selera

Mungkin lepas ni saya tak ke sini lagi. Serik pula kena menunggu begitu lama. Panorama senja merupakan satu-satunya tarikan di sini






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/03/balik-kampung-sebelum-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Balik Kampung Dengan Tenang Bersama Sikecil

Tips Balik Kampung Dengan Tenang Bersama Sikecil

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 172 hits
Tips balik kampung dengan tenang bersama sikecil Stress kan bila dalam perjalanan di dalam kereta anak dok meragam Kalaulah dapat balik didalam kenderaan dengan anak yang tenang Begitulah yang dialami umi masa anak masih kecil ada je yang t...
Balik Kampung Juadah Tradisi Ramadhan Dinner Buffet A Taste Of Malaysian Tradition At Hyatt Regency Kinabalu

Balik Kampung Juadah Tradisi Ramadhan Dinner Buffet A Taste Of Malaysian Tradition At Hyatt Regency Kinabalu

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 289 hits
To celebrate this year s holy month of Ramadhan Hyatt Regency Kinabalu invites guests to a bountiful buffets pread that are thoughtfully sourced and carefully served using authentic preparation methods as well as traditional family recipes ...
Menu Ayam Bakakak Dan Nasi Liwet Ini Potret Acara Munggahan Sambut Ramadan Di Kampung

Menu Ayam Bakakak Dan Nasi Liwet Ini Potret Acara Munggahan Sambut Ramadan Di Kampung

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 153 hits
Kumpulan potret para warga di salah satu kampung sedang gelar acara munggahan atau papajar Perayaan ini dalam rangka menyambut bulan suci Ramadan Menu andalannya pun menjadi sorotan Demikian potretnya seperti dilansir dari video unggahan la...
Persediaan Sebelum Menyambut Ramadan

Persediaan Sebelum Menyambut Ramadan

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 215 hits
Assalamaualaikum Ramadan bakal tiba tidak lama lagi apa kata kita tengok senarai semak dibawah ini Adakah kita telah bersedia untuk menyambut ramadan Kalau belum masih ada masa lagi untuk kita memperbaiki diri sebelum ramadan InsyaAllah sam...
The Manhattan Fish Market Menyambut Ramadan Dan Syawal Dengan Sajian Kampung Kat Sea Nie

The Manhattan Fish Market Menyambut Ramadan Dan Syawal Dengan Sajian Kampung Kat Sea Nie

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 1514 hits
Ramadan dan Syawal semakin hampir dan The Manhattan FISH MARKET ingin menjadikan perayaan kali ini yang tidak boleh dilupakan Bermula dari Mac The Manhattan FISH MARKET melancarkan kempen Kampung Kat Sea Nie dengan menawarkan pelbagai pilih...
Boleh Dapat Rm1 500 Sehari Pemuda Berhenti Kerja Kilang Balik Kampung Jadi Beach Boy Lagi Masyuk

Boleh Dapat Rm1 500 Sehari Pemuda Berhenti Kerja Kilang Balik Kampung Jadi Beach Boy Lagi Masyuk

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 179 hits
nbsp Arash Nashran Abdul Maser merantau ke negeri orang tetapi hanya mampu bertahan selama tiga bulan sebelum memutuskan untuk kembali ke tempat asalnya nbsp Kini pada usia 20 tahun dia bekerja dengan selesa sebagai beach boy yang banyak te...
Ramadan Buffet Yang Meriah Citarasa Warisan Kampung Di Orchid Ballroom Thistle Hotel Jb

Ramadan Buffet Yang Meriah Citarasa Warisan Kampung Di Orchid Ballroom Thistle Hotel Jb

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 284 hits
Ramadan Buffet yang Meriah Citarasa Warisan Kampung di Orchid Ballroom Thistle Hotel JB Hi readers Syukur still alive today Jom sambung aktiviti Bufet Ramadan preview Ini one of my favourite hotel jugak kalau time Ramadan sebab makanannya m...
Balik Kampung This Hari Raya With Airasia S Extra Flights At Fixed Low Fares

Balik Kampung This Hari Raya With Airasia S Extra Flights At Fixed Low Fares

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 284 hits
AirAsia the People s Airline with the widest network and lowest fares in Asean has announced additional flights with fixed fares to help connect families this upcoming Hari Raya Aidilfitri festive period Yang Berhormat Anthony Loke Minister...
Restoran Rebung Menyajikan Buffet Ramadan 2023 Bertemakan Sajian Hidangan Istana

Restoran Rebung Menyajikan Buffet Ramadan 2023 Bertemakan Sajian Hidangan Istana

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 250 hits
Assalammualaikum and Hai Rata rata mesti dah tau kan tentang Restoran Rebung Chef Ismail ni Mustahil tak kenal Chef Selebriti ni kan Restoran milik Chef Ismail ni sentiasa penuh tak kira la utuk breakfast lunch atau Dinner Dan seperti tahun...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment