Balik Kampung Naik Ets Beli Tiket Ets Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak ceritakan tentang perjalanan aku balik ke kampung menaiki ETS

Untuk tahun ini sudah dua kali aku menaiki ETS, iaitu pertama kali menaiki ETS dari Bukit Mertajam ke Terminal Bersepadu Selatan dan kali kedua adalah baru-baru ini iaitu dari KL Sentral ke Bukit Mertajam. 
Kebiasaannya aku akan balik kampung menggunakan kenderaan sendiri sahaja, tetapi disebabkan sifat malas menyebabkan aku memilih untuk menaiki ETS. Eh, bukan itu sahaja, kos yang lebih murah berbanding menaiki kenderaan sendiri serta aku akan pulang ke KL bersama keluarga. Itulah antara alasannya

KENAPA AKU MEMILIH MENAIKI ETS

Kebiasaannya aku akan balik kampung menggunakan kenderaan sendiri sahaja, tetapi disebabkan beberapa perkara menyebabkan aku memilih menaiki ETS berbanding Bas Ekspress

Pertamanya, untuk kes pada bulan Januari yang lalu dimana aku menaiki ETS dari Bukit Mertajam ke Terminal Bersepadu Selatan adalah disebabkan aku mengikut keluarga aku pulang ke kampung. Mereka datang ke KL dan kemudiannya sewaktu pulang, aku memilih untuk mengikut mereka dan pulang ke kotaraya menaiki ETS

Untuk kes bulan Februari ini pula, aku menaiki ETS dari KL Sentral ke Bukit Mertajam adalah disebabkan beberapa selepasnya keluarga aku akan ke Port Dickson untuk menghadiri majlis perkahwinan kenalan rapat. Jadi, aku pulang lebih awal beberapa hari dan kemudiannya mereka akan meninggalkan aku di kotaraya selepas selesainya majlis perkahwinan itu

KENAPA TAK NAIK BAS EKSPRESS?
Sudah banyak pengalaman aku menaiki bas ekspress yang mempunyai pelbagai ragam. Antaranya  berhenti entah dimana , dan dipaksa untuk tukar ke bas lain sewaktu sedang lena tidur. Seterusnya, bas lambat sampai sehinggakan mengambil masa 9 jam dari Kulim ke Shah Alam dan pelbagai lagi kejadian lain

Menaiki ETS sudah pastinya tiada kesesakan lalu lintas, ETS pula sampai memang tepat pada waktunya. Jadi aku pastinya akan memilih ETS berbanding bas ekspress yang kadangkala tidaklah se-ekspress mana

BELI TIKET ETS ONLINEUntuk orang yang suka beli barangan secara online, aku lebih suka membeli tiket ETS melalui online sahaja. Kalau sewaktu belajar dulu aku pernahlah beli tiket di kaunter, tapi macam susah pulak, disebabkan lokasi tempat nak beli tiket tu jauh. Buat habis minyak dan masa sahaja

Okay, jadi kali ini aku nak ajarlah cara-cara beli tiket ETS secara online. Sebenarnya agak mudah untuk membuat pembelian. Berikut aku tunjuk cara-caranya dengan gambar sekali ya


#1 Buka laman web: https://online.ktmb.com.my/. Kalau anda belum ada akaun, perlu membuat akaun dan seterusnya log masuk ya. Dah siap isi pada bahagian My account, anda boleh teruskan pada langkah berikutnya.


#2 Langkah seterusnya adalah anda perku pilih lokasi tempat dituju.  Pertama pilih lokasi berlepas dan kemudian adalah lokasi ketibaan. Jangan lupa untuk letakkan tarikh yang tepat supaya pembelian anda tidak sia-sia.


#3 Sekiranya sudah tepat dan pasti, anda boleh teruskan dibahagian seterusnya iaitu Passenger Details. Isi selengkapnya kemudian boleh ke bahagian Proceed To Payment.

#4 Ada beberapa cara pembayaran anda boleh pilih. Macam pengalaman aku sendiri, aku lebih suka untuk menggunakan cara KTM Wallet

KTM Wallet ni selalunya sebelum aku nak beli apa-apa tiket ETS, aku akan topup dulu jumlah yang tepat. Lepas tu, nanti bila nak buat pembayaran terus pilih KTM Wallet, jadi tak susah dah. Sebelum ni, aku adalah jugak buat pembayaran guna Visa dan MyDebit, tapi kadang-kadang ada problem pula bila nak buat pembayaran disitu. Lepas tu terus melepaslah seat yang dipilih.
Anda boleh sahaja nak buat pembayaran mengikut cara pembayaran yang anda pilih.

PERBEZAAN SEAT ETSOkay, ada yang tanya apa perbezaan antara setiap jenis seat ETS? Baiklah, kali ini aku nak share pula perbezaanya. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk mencuba setiap jenis seat ETS. ETS Gold aku naik untuk perjalanan dari Bukit Mertajam ke Terminal Bersepadu Selatan, ETS Platinum aku naik perjalanan dari KL Sentral ke Bukit Mertajam manakala ETS Business Class pula aku naik dari Padang Besar ke KL Sentral. Berikut adalah perbezaannya ;

ETS Business Class : Hanya tersedia untuk koc ETS Platinum sahaja, bermakna jumlah hentian adalah sama dengan ETS Platinum. Terdapat kemudahan serba mewah dan canggih seperti wifi, paparan skrin hiburan, slot USB, sokey kuasa tiga pin. Makanan dan juga minuman turut disediakan. Layanan daripada pramugara dan pramugari. Seat yang lebih selesa dan luas. Harga pula pastinya lebih mahal. 

ETS Platinum : Hentian di stesen besar dan utama sahaja. Jadual waktu lebih kepada waktu puncak. lebih cepat sampai. Harga yang agak mahal berbanding ETS Gold

Sebagai contoh, ETS Platinum yang aku naik dari KL Sentral ke Bukit Mertajam adalah seperti berikut :
KL SENTRAL > KUALA LUMPUR >SG BULOH> RAWANG> TANJUNG MALIM >  IPOH> KUALA KANGSAR> TAIPING > BUKIT MERTAJAM


ETS Gold : Berhenti di pelbagai stesen dan mengambil masa lebih lama. Tiket Gold lebih cepat habis berbanding Platinum. Kena tempah lebih awal untuk dapatkan seats. Harga yang lebih murah. 
Sebagai contoh, harga ETS Platinum dari KL Sentral ke Bukit Mertajam bersamaan RM82, ETS Gold pula berharga RM62

KESIMPULANNYABaiklah, bagi aku pulanglah ke kampung selaliu dan jenguk-jenguklah keluarga anda. Pelbagai cara tersedia untuk pulang ke kampung, dan bagi aku pastinya ku memilih yang paling selesa. Semoga perjalanan anda pulang ke kampung atau ke mana-mana sahaja menaiki ETS akan berjalan lancar. 
Tak sabar pulak nak balik kampung untuk raya nanti, tapi mungkin aku akan balik menaiki kereta sendiri sebab macam banyak barang nak dibawa. Harapannya semoga tidaklah sesak lebuhraya PLUS ya

SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/02/balik-kampung-naik-ets-beli-tiket-ets.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zoo Negara Makin Best Beli Tiket Online Tak Rugi Bawa Anak Anak Korang Mengenal Haiwan

Zoo Negara Makin Best Beli Tiket Online Tak Rugi Bawa Anak Anak Korang Mengenal Haiwan

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum Wahhh akhirnya masa untuk Fiza cerita pengalaman kami sekeluarga ke Zoo Negara selepas Covid Bukan apa waktu covid boleh kata susah jugak Zoo Negara nak survive kan Sekarang dorang dah kembali dibuka dan ramai sangat pengunj...
Bolak Balik Beli Solar Pakai Jeriken 2 Pria Diringkus Polda Sumbar

Bolak Balik Beli Solar Pakai Jeriken 2 Pria Diringkus Polda Sumbar

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 152 hits
Dua pria asal Sumatera Barat diringkus polisi terkait penyalahgunaan BBM bersubsidi jenis solar yang dibeli menggunakan jeriken dari SPBU di Kabupaten Dharmasraya
Balik Kampung Juadah Tradisi Ramadhan Dinner Buffet A Taste Of Malaysian Tradition At Hyatt Regency Kinabalu

Balik Kampung Juadah Tradisi Ramadhan Dinner Buffet A Taste Of Malaysian Tradition At Hyatt Regency Kinabalu

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 295 hits
To celebrate this year s holy month of Ramadhan Hyatt Regency Kinabalu invites guests to a bountiful buffets pread that are thoughtfully sourced and carefully served using authentic preparation methods as well as traditional family recipes ...
Ingat Ini Syarat Terbaru Jual Beli Minyakita Dan Minyak Goreng Curah

Ingat Ini Syarat Terbaru Jual Beli Minyakita Dan Minyak Goreng Curah

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 128 hits
Kementerian Perdagangan merilis aturan baru mengenai tata cara jual dan beli minyak goreng guna memastikan ketersediaan dan stabilitas harga minyak goreng rakyat Ini tercantum dalam Surat Edaran Nomor 03 Tahun 2023 tentang Pedoman Penjualan...
Beli Telekung Terawih Dari Sistergojes Empire

Beli Telekung Terawih Dari Sistergojes Empire

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 156 hits
Korang dah ada telekung baru ke Dah hampir bulan puasa ni nak persiapkan diri dari segi mental dan fizikal Bukan tu je of course niat nak memenuhi sebulan terawih tu pun kena juga kan Jadi kita beli telekung baru supaya lebih bersemangat Ja...
Ibu Tunggal Merayu Jangan Ditarik Motosikal Terpaksa Berhutang Beli Beras Telur Untuk Anak Makan

Ibu Tunggal Merayu Jangan Ditarik Motosikal Terpaksa Berhutang Beli Beras Telur Untuk Anak Makan

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 211 hits
Berat mata memandang tak seberat bahu yang memikul Begitulah peribahasa yang sesuai digambarkan untuk seorang wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu Lagi lagi mereka yang bekerja bersendirian mencari rezeki sesuap nasi untu...
Saya Beli Banyak Bakal Jumpa Park Seojoon Adriana Adnan Menangis Menang Peraduan Milo

Saya Beli Banyak Bakal Jumpa Park Seojoon Adriana Adnan Menangis Menang Peraduan Milo

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 233 hits
Siapa sangka impian bertemu Park Seo joon secara berhadapan bukan lagi hanya angan angan kini ARTIKEL BERKAITAN Nampaknya ramai yang sedang mencuba peluang untuk berjumpa pelakon lelaki Korea itu menerusi peraduan anjuran MILO Peluang keema...
Cara Beli Kad Nfc Touch N Go Dengan Mudah Dan Pantas

Cara Beli Kad Nfc Touch N Go Dengan Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 356 hits
Dahulu mungkin sukar namun kini memiliki kad NFC Touch N Go tidaklah sesukar mana asalkan anda mengikuti perkembangan stok di pasaran Asyik kehabisan stok je Jangan risau saya akan bagitau cara beli kad NFC Touch N Go ini tanpa perlu beratu...
Kenapa Aku Beli Baju Sekolah Di Hari Hari

Kenapa Aku Beli Baju Sekolah Di Hari Hari

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 196 hits
Lagi berapa minggu sesi persekolahan sesi 2023 2024 dah nak bermula Pejam celik pejam celik kejap je anak aku dah nak masuk darjah 5 pulak Daripada dulu kecik dok berkepit celah ketiak berdukung kena bebel kena marah gelak gelak tengok teng...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal