Balik Dari Kerja Ada Kotak Depan Pintu Rumah
Hah ko, elok sampai kat rumah time balik dari kerja, nampak ada kotak misteri depan pintu.. Apakah? Orang bagi hadiah ke kat k.fiezz atau mr hubby. haha.
Ceritanya minggu lepas k.fiezz beli barang dari satu website ni. Bukan shopee atau Lazada. K.fiezz beli supplement tambahan untuk mr hubby. Sebelum beli, k.fiezz ada call customer service kat situ guna kurier apa?Diaorang beritahu samada Pos Laju, Nationwide & satu lagi apa entah. Lupa pula. Tak apa lah k.fiezz proceed je beli sebab supplement memang dah habis. Mr hubby memang wajib makan supplement ni dengan ubat hospital hari-hari. Bila stok dah habis, memang kena top up juga. Tak kisah lah diaorang hantar guna apa. K.fiezz punya assumption, nanti budak kurier hantar, tak ada orang kat rumah mesti dia call k.fiezz sebab dah ada nama & no.handphone k.fiezz kat airwaybill tu. Itu lah guna letak no. handphone yea tak.
TAK HANTAR BARANG
Selepas dapat update dari website yang jual supplement ni, barang dah pickup & dah ada no.tracking, k.fiezz biarkan dalam sehari dua baru check semula dalam website Nationwide sebab nak tengok barang dah sampai kat mana?Hari yang k.fiezz semak no tracking, barang dah bawa keluar. Tunggu punya tunggu sampai ke petang tak ada terima call pun dari budak kurier. K.fiezz pun tak ingat. Dah malam baru mr hubby tanya apa status barang?Eh baru teringat siang tadi tengok dah bawa keluar. Bila check semula dalam tracking, unattempted delivery pula.
Okey tak apa. Tengok esok punya status. Kalau statik atau tak ada perubahan, k.fiezz nak minta hantar keesokannya. Bila check esok, dah di bawa keluar lagi sekali. Legaaa..Tak jadi lah k.fiezz call ke apa. Bior je lah. Tunggu budak kurier call. Masa hari yang kurier Nationwide bawa keluar barang ni untuk hantar, mr hubby kerja dari rumah. K.fiezz standby je handphone kat tangan kot-kot kurier call. Mana tahu time dia datang, mr hubby tak dengar orang ketuk pintu atau panggil. Kat rumah k.fiezz dah pasang doorbell tapi takut tak perasan. Tapi tak apa lah handphone kan ada, kalau kurier lain biasanya diaorang akan call bila ketuk pintu tak ada orang buka. Jadi andaian k.fiezz, nationwide ni pun sama lah juga.
So k.fiezz tunggu je lah. Sampai ke petang, tak ada terima call dari siapa-siapa. Dalam duk tunggu tu pun, k.fiezz terlupa lagi sekali yang ada barang on the way. Nak salah kan faktor usia ke, sis atau sis memang sejenis pelupa. Ngaku je lah..haha..
Dah sampai rumah nampak kotak depan pintu pagar & check dari siapa baru teringat ni supplement yang duk tunggu Nationwide hantar tu. Lorrr kurier Nationwide letak gitu je. Sabor je lah sis..
Ni k.fiezz dah masukkan kotak dalam rumah. Lupa nak snap masa depan pintu.. Tergamam sbb 1st time kurier hantar barang letak je depan pintu tak beritahu apa-apa...
Dah buka pintu, terus masuk rumah tanya mr hubby ada tak dengar orang ketuk pintu atau panggil. Mr hubby cakap tak ada pun. Lepas tu baru k.fiezz cerita kat mr hubby, kurier Nationwide letak kotak depan pintu macam tu je. Adeh..Nasib baik lah tak ada siapa yang curi kotak ni. Orang nak ambil bukan dia kira barang apa dalamnya. Curi dulu, nanti tengok. Hah, sekali buka-buka supplement..Nak buat apa dengan supplement ni.
Tapi alhamdulillah barang elok sampai walaupun kurier Nationwide letak gitu je depan pintu tanpa call atau ketuk pintu rumah.
BARANG ELOK & CUKUP
Dah unbox kotak, tengok dalam dia isi semua cukup seperti yang order. Legaaa lagi sekali. Aihhh buat hal tau. Nasib baik barang semua cukup & elok semua.
First time guna Nationwide ni, jadi tak tahu sangat servis diaorang okey ke idak. Kalau macam ni k.fiezz tak tahu nak bagi rating macamana. Alhamdulillah barang sampai cuma tue lah penerimaan barang tu tak berapa puas hati sebab letak gitu je depan pintu. Kalau kurier call dulu beritahu nak letak depan pintu, k.fiezz okey je. Terus laju2 beritahu mr hubby pula suruh ambil parcel depan pintu sbb masa hari kurier hantar ni, mr hubby kerja dari rumah...tapi dalam kes k.fiezz ni kurier main letak je barang depan pintu tanpa beritahu k.fiezz. Ermmm tak tau lah nak komen camne..Satu lagi nasib baik betul alamatnya, kalau salah letak kat umah lain, tak ke haru.. Dah 1 keja kena buat report bagai.. Aiyakkk.. Nationwide Nationwide...
Apapun alhamdullilah barang selamat sampai kat rumah.. Sebab memang duk tunggu supplement mr hubby ni...
Macam-macam perangai kurier ni...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/04/Balik-Dari-Kerja-Ada-Kotak-Depan-Pintu-Rumah.html