Balada Seorang Penulis Buku Politik



KHAS 
Jual buku secara on line di rumah.
PAGI ini dihubungi moderator televisyen popular sdr Dahlan Maamor. Beliau mencadangkan untuk mengadakan slog bagi membicara dan memperkatakan buku terbaru saya, KEMENANGAN YANG DIKHIANATI, BIPOLAR POLITK OT95 (Kronologi Kejatuhan Kerajaan PN) di PVC Tv.  

Tampaknya Dahlan berminat untuk mengetahui penghuraian mengenai peristiwa akhir Februari itu, kejatuhan kerajaan PH berusia 22 bulan yang disebabkan angkara "pengkhianatan", dimana tragedi itulah menjadi tema buku saya ke - 54 kali ini. 

Pengamal undang-undang itu semasa berbicara dengan saya menerusi slog "Apa Kata Dahlan" di PVC Tv dua tiga malam lepas tidak senang dengan perkataan "pengkhianat" yang saya gunakan. 

Bersama Dahlan.
Beliau menolak keras konotasi khianat yang saya pakai atau gelar terhadap perampas kuasa yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali serta dibantu dengan gigih oleh individu "cambukan" dalam Pas dan Umno, seperti "Jaafar Kamaruddin." 
Sepantasnya sebagai seorang aktivis Ngo, ahli majlis Gabungan Perundingan Melayu (GPM) yang vokal memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu, (agama belum boleh dikira lagi?) dan oknum yang kerandanya akan diselimuti panji Umno kelak tidak setuju dengan perkataan itu. 

Beliau terasa istilah pengkhianatan itu tidak tepat mungkin kerana ia membabitkan sama Umno. Apakah Umno ikut memainkan peranan penting dalam peristiwa itu, dan beliau merasakan "bersalah" dan segan dengan penggunaan istilah khianat itu?
Simpati kepada Muhyiddin.

Hairan juga saya Shahbudin adalah pemegang jawatan penting dalam Umno, dan katanya beliau akan kekal sampai selama-lamanya dalam parti kebangsaan itu. Tetapi dalam kasus rampasan kuasa tersebut beliau menunjukkan simpati kepada Muhyiddin, sementara nampak sangat kemarahannya kepada OT95 alias Dr Mahathir Mohamad. Apakah hubung kait Muhyiddin dengan Umno dalam pelaksanaan agenda busuk itu?

Husam sudah memiliki
buku terbaru saya.
Apakah kerana beliau terlampau marah dan keceewa dengan OT95, menyebabkan beliau jadi begitu? Meletakkan kemarahan hanya kepada OT95 sahaja tanpa "mengapuhkan" sama orang yang menjadi wak yeh-wak yeh "cabukan" tidak betul. 
Berbalik kepada undangan Dahlan tadi, saya nampak beliau mahu saya perluaskan lagi apakah maksud "khianat" yang saya paparkan dalam buku itu. Sebenarnya yang khianat itu bukan tertakluk kepada Muhyiddin dan Azmin sahaja, atau membabitkan indivdu-individu dalam Bersatu dan PKR sahaja tetapi lebih luas, dan ramai lagi yang terlibat dengan kudeta itu yang boleh dikategorikan sebagai pengkhianat. 


Semuanya ada saya ceritakan dan senaraikan satu persatu dalam buku terbaru itu, baik secara nyata ataupun tersirat daripada ketua pengkhianat kepada ekor-ekornya, sayap-sayapnya serta tahi-tahinya sekali. 

Surat Husam kepada
Dr Mahathir 
yang termuat dalam
buku ini. Surat
ini dianggap pedih.Boleh dikatakan semua individu dalam semua kelompok parti terbabit dengan peristiwa dan pengkhianatan menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah, ada saya dedahkan dalam buku setebal 562 muka surat itu.
Paling jelas pengkhianatan dari dalam PKR, Bersatu sendiri. Kalau pun yang tidak nampak unsur pengkhianatan hanya daripada DAP dan Amanah, tetapi di hujung-hujungnya ada juga menampakkan ciri-ciri untuk bersekongkol sama dengan pengkhianat mungkin kerana mereka masih terhimbau dengan kekuasaan dan mahu kembali tercatuk di atas takhta jawatan. 
Insya-Allah saya sedia untuk tampil dalam slog khas itu nanti. Bila pihak PVC Tv akan menguar-uarkannya. Di situ nanti saya akan memberi terjemahan dan huraian pengkhianatan yang saya maksud itu dalam buku itu. Siapa yang menjadi hero dan pahlawan khianat?
Sesungguhnya kejatuhan kerajaan PH itu menjadi satu moment penting dalam sejarah politik negara ini, ia pertama kali sebuah kerajaan Persekutuan yang dibentuk dengan mandat rakyat di rampas. Selain buku itu memfokuskan kepada pengkhianatan dan rentetan peristiwa itu, ia juga merupakan dokumen kronologi kepada kejatuhan kerajaan PH dan cerita macam mana boleh terbentuknya kerajaan PN dari sejak awal hingga ke hari terakhir.

Autograf buku-buku tempahan
pre cetak.Berkebetulan terlanjur membicarakan soal buku berkenaan, suka disini saya bercerita mengenai kisah penulis buku seperti saya yang salah seorang mangsa dunia pembukuan kini yang sudah lesu setelah wujud ledakan internet. Media sosial seakan meracuni dunia akademik, pembukuan. 
Lantaran itu kalau diperhatikan, tidak ramai lagi penulis politik yang satu masa lalu muncul seperti jamur selepas hujan tetapi seorang demi seorang berundur entah ghaib ke lubuk mana. Toh, saya Alhamdulilah masih boleh bertahan sampai kini walaupun menghadapi risiko dan kesusahan sendiri. Kalaupun tidak begitu produktif tetapi masih ada satu judul buku untuk setahun.  
Dalam slog Bersama Dahlan di TVC tempoh hari beliau ada bertanya saya, apakah yang menjadi resepi dan ramuan saya boleh bertahan menulis dan menghasil buku-buku politik sampai kini. Pertanyaan itu mungkin selepas beliau menyedari seorang demi seorang penulis-penulis khasnya penulis politik seangkatan dengan saya, yang juga rakan beliau, atau lebih awal telah menutup laptop atau pun tidak menukar bateri tetikus desktop masing-masing menyebabkan skrin laptop atau desktop mereka menjadi hitam atau putih?
Bagi menjawab pertanyaan itu saya jelaskan, apa yang mengukuhkan saya dan terus menulis dan menerbit sendiri buku-buku adalah kerana dua sebab utama. Pertama kerana saya menjadikan penulisan sebagai wadah perjuangan saya. Saya telah menjadikan penulisan sebagai alat saya menuangkan idealisme perjuangan. 
Keduanya, penulisan sebagai pekerjaan mendapatkan sumber rezeki untuk membina rumah tangga dan membesarkan anak-anak. Saya bukan menulis secara suka-suka atau sambil lewa, atau menjadikan penulisan sebagai melepaskan geram semata-mata. Iya, memang ada sesetengah orang menjadikan penulisan sebagai kerja sampingan setelah kehilangan kerja hakiki atau terdesak.

Bila disebut untuk mendapat sumber rezeki, di sinilah akan kedengaran atau tersebutnya dosa dan noda sebagai seorang penulis. Sudah tentu tuduhan dan persepsi nakal ini saya tidak menghiraukannya kerana ia adalah pembunuh dan racun kepada kerjaya saya kalau diambil kira. Segala tuduhan itu kemudian terjawab dengan sendiri kepada mereka yang menggemari budaya itu. 
Sebenarnya bukan senang untuk bertahan sebagai penulis dan terus menghasilkan karya setelah melewati empat dekad, atau kira-kira 40 tahun. Banyak cabaran dan halangannya. Menjadi penulis memang satu bidang menyeronokkan, glamour tetapi banyak cabaran dan rintangan yang boleh menjadikan seseorang penulis itu sangsara jiwa dan raga.
Salah satu cabaran besar kepada penulis adalah tindakan undang-undang, ugutan dan tawaran. Sebagai penulis politik inilah masalah dan cabaran utama. Bukan sekali dua saya disaman dan terrpaksa ke mahkamah untuk mempertahan apa yang saya tegaskan. Begitu juga dengan ancaman dan tawaran. Namun Alhamdulilah kerana yakin dengan nawaitu pekerjaan ini saya masih mempertahankan prinsip dan harga diri tanpa pernah mengaku kalah.  
Itulah perkara dan mehnah biasa bagi orang yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang tanpa mengira bentuk dan wadah perjuangan itu. Sebab itu ada kata-kata berbunyi kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.  
Menulis dan menerbit buku di era maklumat dan pelbagai alat canggih ini sebenarnya tidak sesulit dahulu. Ia lebih mudah dan ringkas asalkan kita sedia bergulat dengannya. Dalam usaha mendapatkan maklumat dan sumber asas ia sangat mudah. Tekan saja geoogle semua ada apa yang dikehendaki. Cuma yang sulit sedikit untuk keabsahan segala sumber itu memerlukan sedikit kajian dan kerajinan. 
Perkara sangat terkesan bagi saya ialah untuk memasarkan buku dan mendapat pulangannya. Kalau semasa era manual dahulu hasil sesebuah buku baru dapat dikecapi selepas berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun berada di pasaran. Kaedahnya juga sungguh menyedihkan. Modal untuk penerbitan sesabuah buku sudah banyak dikeluarkan secara tunai, tetapi hasil pulangannya terpaksa menannti sampai setahun malahan ada yang melewati bertahun-tahun kemudian hilang begitu sahaja.
Bayangkan, semua kos percetakan dan penerbitan terpaksa dibayar tunai, tidak ada pencetak yang sanggup membenarkan berhutang, manakala pengedar pula tidak banyak yang sanggup membayar advance (pendahuluan) sampai 30 persen. Bayaran hasil julan pula dibuat secara beransur-ansuran (conssignmnet) sampai enam bulan atau setahun. 

Kalau dahulu buku terpaksa dipasarkan menerusi agen atau dikenali sebagai pengedar. Pengedaran inilah yang akan memasarkan ke kedai-kedai buku. Pengedar biasanya tidak membayar terus setiap buku yang diedarkan tetapi secara conssignment bayar mengikut tempoh dan terpulang kepada jumlah yang lakukan. Tempoh conssignment paling pendek ialah selama tiga bulan. Kata sahaja tiga bulan tetapi untuk mendapat bayaran penuh cecah sampai melewati enam bulan malahan sampai setahun pun ada.
Kebanyakan pengedaran dimonopoli oleh India manakala printer pula China, kedua-dua capitalis. Mereka ada budaya sendiri. Pencetak tidak sama sekali beri hutang harus banyak sepenuhnya atau paling tidak perlu diberi post dated cheqqe. Manakala pengedar pula tidak pernah ikhlas untuk melunasi bayaran sementara advance pula pahit untuk dihulurkan. Bayangan penulis mahu makan apa
Namun segala kerenah itu tidak ada lagi hari ini. Penjualan buku bukan lagi secara manual tetapi secara online. Tidak ada istilah berhutang atau menangguh bayaran. Hari ini wang masuk dahulu baharu barang (buku) menurutinya. Berbeza dengan dahulu barang (buku) berjeruk berhabuk di rak buku, manakala bayarannya masih belum tahu diperolehi.
Cuma bezanya kalau dahulu jumlah atau oplah cetakah mencecah ribuan, paling sedikit pun 10,000 cetakan pertama, tetapi hari ini untuk menggapai 10 persen daripada jumlah itu pun "rohok". Tetapi yang seronoknya semua mengalir dan bergerak dalam tunai. Hakikat dan realiti ini sudah difahami oleh peminat dunia pembukuan yang tetap setia dan merasa puas membaca buku dicetak atas kertas daripada dibaca di skrin komputer. 
Sejujurnya saya mengucapkan terima kasih agung kepada pembaca buku-buku saya baik sejak awal dahulu era Reformasi ataupun pasca Reformasi. Atas sokongan dan dukungan anda pembaca budiman khasnya rakan-rakan medsos saya, saya berterima kasih banyak. Alhamdulilah untuk buku terbaru ini seperti kena diulang cetak dalam masa terdekat walaupun baru beredar lima hari. BERMINAT UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT BUKU BERKENAAN BOLEH WHATSAAP 013 233 6776 / 016 843 996. [wm.kl. 1:03 pm 01/12/2020]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/12/balada-seorang-penulis-buku-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Kurang Senang Menteri Agama Dikaitkan Dengan Penulis Buku Dajjal Illuminati

Netizen Kurang Senang Menteri Agama Dikaitkan Dengan Penulis Buku Dajjal Illuminati

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 346 hits
Jika pada awal bulan lalu tular mengenai Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri yang disahkan positif COVID 19 minggu ini tokoh agamawan yang diidolakan ramai ini dikaitkan pula dengan penulis buku Dajjal Illuminati Menerusi perkongsian daripad...
Bukan Kerja Agong Atau Sultan Untuk Selesaikan Masalah Yang Dibuat Oleh Ahli Politik

Bukan Kerja Agong Atau Sultan Untuk Selesaikan Masalah Yang Dibuat Oleh Ahli Politik

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 362 hits
IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa parti politik di negeri Perak untuk mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik di negeri itu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Annuar Zaini berkata bukan tanggungjawa...
Politik Perak Saya Dukacita Jika Orang Melayu Berpecah Annuar Musa

Politik Perak Saya Dukacita Jika Orang Melayu Berpecah Annuar Musa

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menyatakan rasa tidak gembira atas apa yang berlaku dalam arena politik Perak ketika ini Beliau pada masa sama mendedahkan bahawa pemimpin UMNO juga tidak berpeluang untuk b...
Apa Penyelesaian Kemelut Politik Perak

Apa Penyelesaian Kemelut Politik Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 270 hits
Dalam perlembagaan negeri tidak ada satu kaedah khusus untuk menentukan cara seseorang Menteri Besar hilang sokongan majoriti Waktu DS Nizar hilang kuasa di Perak dahulu ia diukur melalui lompatnya tiga orang ADUN yang kemudiannya disahkan ...
Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 304 hits
nbsp IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan semua parti politik di negeri berkenaan mencari formula terbaik untuk membentuk kerajaan negeri baharu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin bertitah ...
Kemelut Politik Perak Patut Selesai Secara Rundingan Terlebih Dahulu Tuan Ibrahim

Kemelut Politik Perak Patut Selesai Secara Rundingan Terlebih Dahulu Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 299 hits
Oleh Disember 5 2020 2 25pmMenteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir serta petugas di Pusat Pemindahan Banjir di SK Tiong Kota BharuKOTA BHARU PAS menyifatkan kemelut politik y...
Politik Perak Umno Patut Sembunyi Sifat Tamak Tunggu Pru15

Politik Perak Umno Patut Sembunyi Sifat Tamak Tunggu Pru15

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 251 hits
ismaweb netOleh Ainul Illia Meor SuzurudinTak mustahil PH ambil kesempatan ambil alih kerajaan negeri PerakBANGI 19 Rabiulakhir 1442H Sabtu Barisan pemimpin parti parti Melayu iaitu UMNO PAS dan Bersatu di Perak sepatutnya jelas dengan perj...
Anak Menantu Maju Ke Pilkada Media Asing Soroti Dinasti Politik Keluarga Jokowi

Anak Menantu Maju Ke Pilkada Media Asing Soroti Dinasti Politik Keluarga Jokowi

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 202 hits
Anak sulung serta menantu dari Presiden Joko Widodo akan maju dalam Pilkada Serentak yang digelar pada 9 Desember 2020 mendatang Hal ini rupanya menjadi sorotan dari media asing Dalam artikel yang berjudul Indonesian politics is becoming a ...
Aku Ta Jub Dengan Seni Politik Membelit Seakan Ular Yang Dimainkan Oleh Umno Perak

Aku Ta Jub Dengan Seni Politik Membelit Seakan Ular Yang Dimainkan Oleh Umno Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 246 hits
Cerita UMNO di Perak ni kita boleh nampak perangai membelit UMNO Wow just Wow Jom kita perhatikan bagaimana kronologi MB Perak hilang majoritiStep 1 Usulkan undi percaya untuk sokong MB Perak Ajaib kan UMNO tak usulkan undi tak percaya kepa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024