Bakul Cheh Cha Alor Setar


Semasa berada di Alor Setar, Kedah tempoh hari, saya sempat mencuba hidangan di sebuah restoran masakan Cina iaitu Bakul Cheh Cha

Carian saya mendapati, restoran ini milik syarikat orang Muslim dan bukan Muslim. Restoran ini juga mendapat status Halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), jadinya bolehlah kita menikmati masakan Cina di sini tanpa rasa ragu

Bahagian hadapan restoran dihiasi pintu gerbang dengan sentuhan seni bina Cina

Pelanggan boleh memilih untuk makan di bahagian luar atau di dalam

Bahagian dalam restoran. Dekorasi ringkas tetapi menarik dan sangat selesa - seperti makan di rumah. Alunan muzik instrumental Cina pula menjadi halwa telinga dan menambah elemen restoran Cina

Nampak klasik corak pada sudu dan pinggan kecil ni

Lampu di atas meja makan kami, pun menarik

Cara membuat pesanan - imbas kod QR

Tak lama menunggu, minuman kami tiba - white coffee dan cham (teh + kopi). Besar saiz permukaan cawan ni, minuman panas jadi cepat sejuk

Lao Sa Bao (Salted Egg Bun) dan Xian Tan Mai - sejenis dim sum, besar saiznya berbanding dim sum yang biasa saya makan. Kedua-dua hidangan ni sangat sedap dan pasti saya repeat order kalau datang ke sini lagi

Menu utama kami - masing-masing memesan hidangan jenis mi

Char kuetiau yang menepati cita rasa saya. Tapi tak habis makan sebab saiz hidangan besar dan saya kenyang makan dim sum

Menyebut berkenaan char kuetiau (CKT), terdapat perbezaan di antara CKT style Melayu dengan style Cina. Jika style Melayu - CKT merujuk kepada kuetiau basah/berkuah, tetapi style Cina - CKT merujuk kepada kuetiau goreng/kering (seperti dalam foto di atas). Perkataan ‘char’ itu sendiri membawa maksud goreng dalam bahasa Cina

Kalian suka yang mana satu? Saya lebih suka CKT style Cina - goreng/kering. Tetapi kalau ke kedai Melayu saya biasanya memesan CKT (jenis basah), sebab selalunya hasil masakan kuetiau goreng kedai Melayu tak menepati cita rasa saya

Claypot Yee Mee. Rupa menarik, tapi agak kurang kena dengan selera kami. Dah biasa makan yee mee kuah pekat, jadi rasa lain pulak bila makan dengan kuah cair

InsyaAllah lain kali kami nak ke sini lagi untuk mencuba hidangan yang lain pula, terutamanya makanan jenis dim sum dan pau (bun). Tapi kena atur strategi - jangan ambil hidangan utama seorang satu sebab saiz hidangannya besar, nanti tak muat perut pulak nak menikmati hidangan sampingan yang lain 🤭
Kalau kalian ke Alor Setar dan suka makan masakan Cina, bolehlah cuba makan di restoran Bakul Cheh Cha ini ya. Nak beli dim sum frozen pun ada jugak tau, boleh beli bawa balik untuk makan di rumah. 
Untuk info - restoran ini mengenakan caj cukai SST 6% dan caj perkhidmatan (SC) 10%


——————————————————————
BAKUL CHEH CHA288D, Jalan Lumpur,Kampung Lubuk Peringgi,05100 Alor Setar,Kedah
Telefon : 010 294 2886
Waktu operasi :Setiap hari | 8 pagi - 11 malam








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/11/bakul-cheh-cha-alor-setar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgah Sarapan Pagi Di Kedai Kopi Chubani Alor Setar Memang Puashati

Singgah Sarapan Pagi Di Kedai Kopi Chubani Alor Setar Memang Puashati

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 347 hits
Bak kata orang balik kampung mesti nak makan ala ala kampung Sebenarnya duduk di bandaraya Kuala Lumpur ni memang banyak kedai makan dan kafe yang menyajikan makanan kampung seperti lempeng ubik kayu rebus pulut ikan masin yang sering dised...
Penginapan Selesa Di Imperio Professional Suite By Imperio Alor Setar

Penginapan Selesa Di Imperio Professional Suite By Imperio Alor Setar

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 364 hits
Pertama kali kami balik kampung tidak menginap di rumah pusaka tapi menginap di Imperio Professional Suite By Imperio Alor Setar sebabnya kami pasti akan sampai lewat dan tak nak menganggu keluarga habibi yang bukannya muda lagi Lagipun bil...
Menjelajahi Wisata Pulau Alor Menyibak Keindahan Di Ujung Timur Ntt

Menjelajahi Wisata Pulau Alor Menyibak Keindahan Di Ujung Timur Ntt

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 360 hits
Apa saja objek wisata Pulau Alor yang bisa kamu jelajahi Alor menawarkan pesona alam yang bikin kamu lupa sama tugas dan masalah kehidupan Mulai dari pantai berpasir putih laut sebening kristal mata air panas hingga kekayaan bawah laut yang...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

10 Cara Mengurangkan Kerugian Banjir Untuk Rumah

Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor