Bakhoor Setiap Hari Harum Satu Rumah



Bakhoor Setiap Hari! Harum Satu Rumah |  Assalammualaikum semua! Buat ape tu? Stay Safe, Stay at Home tau. Ruby ada hobi baru. Hehehe. Hobi kali ni ber-Bakhoor. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba aromaterapi jenis Islamik dan mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi, tiada sumber untuk belajar. Keluarga dan kawan-kawan Ruby pun tiada yang jenis ber-Bakhoor. Ramai membeli lilin wangi, diffuse essential oil dari jenama Melaleuca, Young Living, Narinar dan jenama-jenama di Shopee. Ruby pun sama la. Hahaha. Dah mereka jual, kita mesti support. 

Bakhoor Setiap Hari! Harum Satu Rumah.

Bakhoor adalah cara aromaterapi masyarakat di negara Arab dan Timur Tengah. Ia adalah sunnah berwangian cara Nabi Muhammad S.A.W. Pada zaman Rasullullah S.A.W tiada minyak wangi spray dan diffuser macam zaman kita. Jadi, cara Rasulullah berwangian adalah melalui membakar Bakhoor. Dengan kayu asli Gaharu, bau yang dihasilkan amat menyegarkan. 

Ia memberi satu perasaan yang unik apabila membakar Bakhoor. Rumah pun wangi dengan cepat. Haruman aroma Bakhoor boleh bertahan di dalam rumah selama 2 hari. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis haruman Bakhoor? Bahagian ini paling rumit untuk Ruby pilih. Sebab, semuanya best!. 

Ruby ada tonton youtube Ustaz Syeikh Mohib Khouli. Seronok tengok dia menerangkan setiap wangian Bakhoor. Sambil membakar Bakhoor, ustaz akan mmberkongsi bauan berasaskan apa. Top notes, heart notes dan base notes. Korang cari Youtube ustaz iaitu channel Ilmu Islam. 
https://youtube.com/channel/UCo_vDXTf30is20VqQzuUSyA

https://www.facebook.com/Syeikh-Mohib-Khouli-Fans-113203386750205/
Ustaz juga menjual Bakhoor boleh beli dari dia melalui whatsapp. Hehe. 

Kisah Ruby Dan Bakhoor

Permulaan Ruby tahu berkenaan Bakhoor adalah dari kedai Arab. Nak masuk kedai Arab pun takut-takut. Terutama kedai perfume tu. Ramai kata mahal, jadi terhenti kat situ lah. Masa tu zaman sekolah. Memang duit takda. Kemudian masa nak cuba hamil anak pertama. Mencari makanan sunnah. Baru lah berani masuk kedai Arab. Tapi tiada wangian. Makanan sahaja yang ada. Hahaha. 

2015 Ruby ke Dubai. Pengalaman di sana buat Ruby lebih ingin tahu berkenaan Bakhoor. Ketika itu di segala pelusuk Dubai, bau wangian Arab begitu kuat. Tapi wangian dia berbeza. Tapi sedap. Susah ingin digambarkan. Ruby cuba mencari wangian itu, tetapi menemui jalan buntu. Apa yang Ruby cerita orang tak faham. Semua suruh Ruby pergi kedai Arab yang jual wangian dan tanya. 

Cuma, sebab tidak fasih berbahasa Arab, tak jumpa juga lah Bakhoor ni. Hahaha. Pada Disember 2020. Ruby berkesempatan ke Arabian Village di KL Traders Square. 

Baca sini >> https://www.ruby.my/2020/12/makanan-sunnah-di-arabian-village-kl-traders-square-.html

Di Arabian Village baru lah Ruby boleh bertanya tenang Bakhoor sebab mereka fasih berbahasa Melayu. Banyak soalan tau. 

Bakhoor ni untuk apa? Selamat ke untuk sistem pernafasan kita? Berapa lama perlu perasap Bakhoor? Apa manfaat Bakhoor? Wangian sunnah yang mana satu? Wangian best seller? Wangian macam di Tanah Suci Makkah yang mana? Wangian Madinah ada? Apa perlu ada untuk mula Bakhoor? Harga


Apabila semua persoalan terjawab. Okay, next aku nak Bakhoor. Tapi, kena bincang dengan suami. Sebab karang terkejut pula rumah berasap. Hahahaha. Nampak kelakar kan. Tapi memang perlu berbincang sebab kita ni masyarakat Melayu Islam mana ada perasap-perasap begitu. Tengok orang tua bakar kemenyan ketika menguruskan jenazah pu  kita dah seram. Sebab umum ketahui bakar kemenyan mesti ada kisah mistik disebaliknya. Malah ketika jenazah menunggu masa untuk dimandikan, mesti kemenyan dibakar. Seram betul. Meremang bulu roma. Kalau mereka ber-Bakhoor dengan wangian syurga kan bagus. Tenang je kita mengaji di sebalah jenazah. Harap kalau tiada COVID-19, jenazah boleh diuruskan oleh ahli keluarga atau majlis tahlil ke. Semoga waris ku pasang Bakhoor. InsyaAllah


Persediaan Bakhoor Yang Perlu Anda Tahu.

Sebelum mula Bakhoor. Sila sediakan lima barang ini ya. Semuanya mudah. Cuma, mungkin jadi rumit apabila anda mempunyai tema untuk perhiasan rumah. Maka, Mabkhara perlu warna hitam, coklat, putih, jenis seramik, besi atau kayu? Hehe.  Lagi satu pemilihan Bakhoor, aroma mana satu nak cuba ni??? Garu kepala. Hahaha. Sebolehnya pergi ke Arabian Village dan bau semua aroma bakhoor. Cuba hidu satu persatu. Beli 1 tin boleh tahan 1 bulan. InsyaAllah. 

1. Mabkhara

Mabkhara adalah bekas untuk membakar. Keunikan mabkhara adalah ia terdiri dari kepelbagaian reka bentuk. Ada yang diperbuat daripada seramik, kayu dan besi. Dilengkapkan dengan ukiran bermotif Islamik, menjadikan ia pilihan untuk mereka yang menginginkan kelainan pada haruman di ruang pilihan



Saiz juga pelbagai, ada bersaiz kecil mini mudah untuk bawa travel. Ada saiz sederhana dan besar. Ruby punya adalah saiz sederhana sahaja. Ini sudah memadai untuk kawasan 850 kaki persegi. Hehehe. 
Terdapat dua jenis mabkhara di pasaran iaitu yang menggunakan arang dan elektrik. Mabkhara jenis arang mengambil masa 20 saat untuk menjadi bara, manakala elektrik pula boleh panas dalam tempoh seminit dan mengeluarkan asap serta bau yang semerbak. Melalui pendapat kedai Arab, mabkhara dikhuatiri tidak selamat kerana tiada pensijilan SIRIM Malaysia. Selain itu risau kerosakan berlaku apabila pengguna leka dan lupa untuk menutup elektrik setelah menggunakannya. Aliran elektrik berlebihan akan membahayakan. 


Mabkhara tradisioanal lebih mudah dan selesa digunakan. Anda boleh menyediakan Bakhoor dan membiarkannya reda sendiri tanpa risau sebarang kemalangan. Cuma, jika ada anak-anak kecil atau haiwan peliharaan. Letakkan mabkhara di tempat yang tidak boleh dicapai. Pengalaman Ruby, Ruby Bakhoor semasa anak tidur atau sedang ada kelas PdPR. 


2. Sepit

Sepit ini digunakan untuk arang dan bakhoor. Ruby tiada sepit yang bersesuaian. Tetapi, buat sementara waktu, guna penyepit uban extra ni dulu. Hahaha. Penyepit ni tak digunakan pun. Guna untuk sepit arang dan bakhoor lah. Hahaha



3. Arang 

Arang juga ada pelbagai. Ada yang senang dibakar, ada yang lama perlu dibakar. Jenis arang yang dijual di pasaran juga ada pelbagai. Ruby beli sekotak jenis arang macam dalam gambar di bawah. 

Permukaan arang di bahagian tengah ada ruang untuk anda letak bakhoor. Mudah kan


4. Bakhoor / Oudh

Ruby menggunakan Al Haramain Oudh Ma'al Attar. RM 85 untuk 50 gram. Boleh beli di Arabian Village dan Shopee. Di Shopee ada lebih banyak tawaran harga. Boleh cuba beli saiz kecil juga. 

Oudh Ma'al Attar Al Haramain telah digunakan berabad-abad lamanya sejak asap wangian pertama melayang di udara, dan selama hampir setengah abad jenama Al Haramain telah menjadikan Bakhoor terus menyala


Oudh Ma'al Attar adalah salah satu wangian yang membuat anda bersedia sepanjang hari, ia menyegarkan minda, badan dan jiwa. Bau yang dikeluarkan adalah jenis bunga-bungaan floral. Lembut dan mengasyikkan. 

Manfaat Oudh Ma'al Attar Al Haramain:- Digunakan dalam perubatan tradisional
- Sesuai digunakan ketika majlis khas seperti perkahwinan, majlis ilmu dan penyeri rumah
- Mewujudkan suasana romantis di bilik tidur.  - Aromaterapi untuk menghilangkan stress
- Digunakan untuk meningkatkan tenaga positif dan membuang negativiti
- Bakhoor dapat meningkatkan mood dan memotivasi kreativiti
- Juga digunakan di kedai-kedai komersial pakaian untuk keselesaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman membeli mereka
- Gunakan selepas memasak atau merokok. Ia akan membantu membuang bau busuk dengan cepat. 

5. Pemetik Api 

Kalau di Kedai Arab, pemetik api mereka lagi unik. Tapi untuk Ruby, Ruby beli jenis Cooking Torch untuk Crème brûlée tu. Beli dekat Mr DIY je. Jenis pemetik api ni lagi cepat. Harga pun lain. RM 10.90. 😄



Bakhoor Sunnah Rasulullah S.A.W.
Mengharumkan ruangan dengan membakar kemenyan, dupa, mustiki, kayu gaharu yang membawa ketenangan suasana adalah suatu hal yang baik. Karena hal ini ittiba' dengan Rasulullah SAW karena beliau sendiri sangat menyukai wangi-wangian, baik minyak wangi, bunga-bungaan ataupun pembakaran dupa. Hal ini turun-temurun diwariskan oleh beliau kepada sahabat dan tabi'in. 


Hingga sekarang banyak sekali penjual minyak wangi dan juga kayu gaharu, serta dupa-dupaan di sekitar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.




ﻣﺴﺌﻠﺔ ﺝ: ﺍﺧﺮﺍﻕ ﺍﻟﺒﺨﻮﺭ ﻋﻨﺪ ﺫﻛﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻧﺤﻮﻩ ﻛﻘﺮﺍﺀﺓ ﺍﻟﻘﺮﺃﻥ ﻭﻣﺠﻠﺲ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻟﻪ ﺍﺻﻞ ﻓﻰ ﺍﻟﺴﻨﺔ ﻣﻦ ﺣﻴﺚ ﺍﻥ ﺍﻟﻨﺒﻰ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﺤﺐ ﺍﻟﺮﻳﺢ ﺍﻟﻄﻴﺐ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﻳﺤﺐ ﺍﻟﻄﻴﺐ ﻭﻳﺴﺘﻌﻤﻠﻬﺎ ﻛﺜﻴﺮﺍ
ﺑﻠﻐﺔ ﺍﻟﻄﻼﺏ ﺹ ٥٣ - ٥٤


"Membakar dupa atau kemenyan ketika berzikir kepada Allah dan sebagainya seperti membaca Alqur'an atau di majlis-majlis ilmu, mempunyai dasar dalil dari Al-Hadis yaitu dilihat dari sudut pandang bahwa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW menyukai bau wangi dan menyukai minyak wangi dan beliau pun sering memakainya." (Lihat Kitab Bulghat ath-Thullab halaman 53-54).


Daripada Nafi’ RA, dia berkata:
كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Maksudnya: Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah SAW berwangi.”
Hadis riwayat Muslim (2254)


Kesimpulannya boleh digunakan kemenyan sebagai pewangi dalam majlis doa selamat atau majlis tahlil tanpa diikat dengan apa-apa kepercayaan dan khurafat yang bertentangan dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, yang sentiasa menerangi hati nurani kita, menjadi cahaya bagi segala perbuatan mulia. Semoga kita semua tergolong dalam umat Nabi Muhammad S.A.W. dan dapat ke syurga bersama baginda. 
InsyaAllah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/08/bakhoor-setiap-hari-harum-satu-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Susu Kambing Setiap Hari Susu Pekat Banyak Dua Dua Anak Tak Hisap Botol

Minum Susu Kambing Setiap Hari Susu Pekat Banyak Dua Dua Anak Tak Hisap Botol

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 321 hits
Menyusukan anak kita perlu enjoy Ini antara tip yang dipegang oleh ibu muda yang juga seorang influencer Shazwanie Yazip yang berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga dua tahun secara eksklusif dan kini sedang menyusu pula anak kedua beru...
Gerai Ini Hanya Buka 1 Jam Lambat Habis Kerana Makanan Ini Pelanggan Sanggup Tunggu Setiap Hari

Gerai Ini Hanya Buka 1 Jam Lambat Habis Kerana Makanan Ini Pelanggan Sanggup Tunggu Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 291 hits
Lokasi Jalan Lebuh Rajawali Kampung Dato Ahmad Said Tambahan ll 30020 Ipoh Perak Waktu Niaga Setiap Hari 4 30 petang sampai habis Untuk Tempahan 011 5158 1309 Contact azfar
Tips Masak Cepat Mudah Setiap Hari

Tips Masak Cepat Mudah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 313 hits
Sudah menjadi impian bagi setiap suri rumah untuk menyediakan hidangan daripada air tangan sendiriyang sihat bersih lagi berkhasiat buat keluarga tersayang Namun adakalanya keterbatasan masa sering menjadi alasan impian ini tidak dapat dila...
Betul Ke Off Telefon Setiap Hari Boleh Elakkan Telefon Kena Hack

Betul Ke Off Telefon Setiap Hari Boleh Elakkan Telefon Kena Hack

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 335 hits
Sebelum saya menjawab soalan ini anda kena tanya dulu diri anda Penting sangat kah anda sampai orang nak hack Kalau ya jawapan mudah dia adalah kemungkinan besar TIDAK Pertama sekali kalau telefon anda sudah pun di hack ataupun di tapped ta...
Resep Masakan Sederhana Sehari Hari Ibu Rumah Tangga

Resep Masakan Sederhana Sehari Hari Ibu Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 1811 hits
Masing masing dari masakan pasti terdapat menu masakan sehari hari untuk anak Kali ini kami akan berbagi Menu Praktis Sehari Hari Pin Di Rahasia Cara Memasak Mudah Resep Nasi Goreng Sosis sederhana Resep masakan sederhana sehari hari ibu ru...
Allah Bagi Saya Peluang Nyawa Kedua 29 Hari Di Rawat Di Hospital Fazli Zainal Pulang Ke Rumah

Allah Bagi Saya Peluang Nyawa Kedua 29 Hari Di Rawat Di Hospital Fazli Zainal Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 248 hits
PENYANYI Fazli Zainal meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas 29 hari di rawat di Hospital Ampang setelah dijangkiti Covid 19
Tubuh Manusia Sangat Memerlukan Lycopene Setiap Hari Apa Itu Lycopene

Tubuh Manusia Sangat Memerlukan Lycopene Setiap Hari Apa Itu Lycopene

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 243 hits
Lycopene adalah salah satu nutrien yang diperlukan oleh badan manusia setiap hari kerana ia dapat menangani banyak masalah kesihatan dengan berkesan Satu hidangan buah buahan dan sayur sayuran yang mengandungi Lycopene boleh memberi kesan k...
Setiap Kementerian Harus Bukti Pencapaian Dalam 100 Hari

Setiap Kementerian Harus Bukti Pencapaian Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 186 hits
Setiap kementerian harus bukti pencapaian dalam 100 hari Yasmin Ramlan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meletakkan syarat supaya kabinetnya membuktikan pencapaian kementerian masing masing dalam masa 100 hari pertama menggalas tanggungja...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat