Bakar Emosi Simpati Menangkan Pn


 
Selesai sudah PRK Sungai Bakap
Seterusnya bersambung ke Nenggiri
Sudah-sudahlah banyak bercakap
Elok buat kerja dan bermuhasabah diri.
Ketika berucap di ceramah perdana Perikatan Nasional (PN) sempena PRK Sungai Bakap pada Khamis, Hadi Awang dua kali tersasul mengingatkan supaya keluar mengundi pada Ahad. Mengulanginya di penghujung ucapan, hadirin bersorak mengingatkannya, “Mengundi Sabtu, Ahad dah menang dah”.
“Hari Sabtu (mengundi)… Ahad dah menang dah? Berkat doa, Ahad dah menang, Insya-Allah kita menang,” sambut presiden PAS yang mungkin lebih membayangkan harapan berbanding keyakinan untuk menang jika diambil kira kekuatan jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sepanjang dua minggu berkempen.
“Ini peluang kita nak tolak PH. Untuk memberi isyarat walau ini pilihan raya kecil (ia) membawa makna yang sangat besar kepada politik negara. Sungai Bakap akan mengajar seluruh Malaysia (agar) berani membuat perubahan memilih PN,” kata timbalan pengerusi PN itu lagi.
Malah, dari detik mereka menamakan Abidin Ismail sebagai calon pada 15 Jun — tiga hari selepas PH-BN mengumumkan Joohari Ariffin sebagai wakilnya — ceramah PN lebih menekankan kepada penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun dan kesan secara langsungnya kepada kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat gara-gara peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
Hal itu yang ditambah dengan polemik kononnya kerajaan bersekongkol dengan rejim zionis Israel dengan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang bakal dimiliki BlackRock lebih mudah mempengaruhi rakyat daripada rasionalisasi subsidi yang dapat meningkatkan kantung kewangan negara, yang manfaatnya akan dikembalikan kepada rakyat juga.
Apabila direnungkan balik, terfikir juga apakah kesilapan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Abang Bidin memiliki kelayakan ISO 14001 disengajakan atau sebaliknya. Daripada mulanya dipersendakan, ia mungkin menguntungkannya. Tindakan berterusan PH-BN mempertikaikan kelayakan Abang Bidin yang tidak memiliki ijazah hingga mengaibkannya berbanding Joohari yang memiliki PhD mengundang simpati yang bukan sedikit kepadanya selaku pembantu peribadi Adun terdahulu, Nor Zamri Latiff.
Kempen PN yang membakar emosi rakyat — baik di pentas ceramah mahupun kunjungan rumah ke rumah — diakui lebih berkesan untuk membangkitkan sentimen penentangan mereka terhadap kerajaan perpaduan berbanding usaha PH-BN untuk menolak dakyah berkenaan dengan logik dan fakta, yang kesudahannya didapati seolah-olah tidak mahu didengar masyarakat setempat.
Rata-rata kepada mereka, usaha mengatasi masalah bekalan air di utara Perak hingga ke Pulau Pinang dengan biaya RM4 bilion serta pengurangan kesesakan jalan raya dengan projek pembinaan lebuh raya bertingkat di Juru adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan tidak mempengaruhi undi mereka.
Bukan sedikit menteri kerajaan perpaduan yang turun ke pentas ceramah — antaranya Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Kadir yang masing-masing mengetuai jentera PH dan BN sepanjang kempen PRK berkenaan. Tidak ketinggalan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Sumber Manusia Steven Sim, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Selain Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang turut mempunyai program di Sungai Bakap, timbalan-timbalan menteri Ahmad Maslan (Kerja Raya), Saraswathy Kandasami (Perpaduan) dan Adam Adli Abd Halim (Belia dan Sukan) juga mempunyai jadual di pentas ceramah, dengan malam terakhir kempen turut menampilkan antaranya Khalid Samad, Mujahid Yusof dan Nurul Izzah Anwar.
Tidak tahulah keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak turun berkempen — seperti pada PRK Kuala Kubu Bharu 11 Mei lalu — satu kerugian buat PH-BN kali ini tapi senarai penceramah yang ditampilkan gabungan itu sebenar sudah cukup kuat untuk memberi pencerahan sejelas-jelasnya. Cuma, pengundi Sungai Bakap seperti sudah menetapkan dari awal hanya mahu mendengar apa yang mereka suka nak dengar.
“Kemenangan ini sangat bermakna kepada PN yang bertanding di padang tidak sama rata, dicemari proses demokrasi tempang dan rasuah politik berleluasa. Keputusan PRK ini isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH-BN menguruskan ekonomi dan membela kebajikan rakyat,” kata Hadi dalam kenyataan selepas diumumkan Abang Bidin (14,489) menewaskan Joohari (10,222) dengan majoriti 4,267 undi — jauh mengatasi majoriti 1,563 undi diperoleh Nor Zamri pada PRN Ogos tahun lalu.
Seperti isu dimainkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dalam ceramahnya, apa yang menjadi masalah dan isu yang dekat di hati pengundi Sungai Bakap ialah soal nak hidup, nak makan, nak cari duit, nak hantar anak ke sekolah dan mahukan barang murah.
“Dalam semua kajian (ekonomi yang dibuat), yang paling utama nombor satu dalam pemikiran rakyat ialah soal kos sara hidup. Nak menyelamatkan negara, orang Sungai Bakap ada tanggungjawab bagi satu isyarat kuat baik di Pulau Pinang ini atau di Putrajaya memberitahu bahawa kami tak suka, kami tak setuju, kami tak sokong dasar yang dibuat oleh kerajaan hari ini,” katanya.
Selain Pengerusi PH Pulau Pinang dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengakui kekalahan itu kerana gabungan berkenaan gagal meyakinkan pengundi dalam isu penting bagi mereka, penganalisis politik termasuk Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar menyimpulkan kekecewaan terhadap pencapaian ekonomi dan tidak gembira dengan penyasaran subsidi menjadi punca utama. Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula merumuskan orang Melayu yang keluar mengundi nampak bersungguh-sungguh menunjukkan mereka protes terhadap kerajaan berkaitan kenaikan harga bahan api sehingga merasakan kerajaan tidak menunaikan janji di samping isu BlackRock.
Dilaporkan juga kira-kira 70% daripada 22,815 pengundi Melayu keluar mengundi, dengan majoriti menyokong pembangkang. Kurang separuh daripada 8,642 pengundi Cina keluar mengundi sementara kira-kira 58% daripada 6,683 pengundi India mengundi kali ini. Sebanyak 6,176 undi bukan Melayu berpihak kepada PH — jauh kurang daripada disasarkan mereka — dengan 1,763 lagi menyokong PN.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi dan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hassan Karim bersependapat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan mula merosot.
“Defisit kepercayaan datang lagi. Kejayaan di Kuala Kubu Bharu tidak bertahan lama. Beberapa keputusan dan tindak-tanduk kerajaan jadi bola tanggung lawan,” kata Puad sambil Hassan menambah: “Di Sungai Bakap kerajaan perpaduan kalah dengan isu pelaksanaan subsidi diesel bersasar. Rakyat marah kerana kenaikan harga diesel menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain menjadikan kos sara hidup semakin tinggi.”
Masalahnya penyasaran subsidi diesel yang dirasakan betul dan bertanggungjawab dari sudut ekonomi tidak sampai naratifnya untuk diterima rakyat. Usaha perlu terus digiatkan untuk membendung pihak-pihak daripada mengambil kesempatan menaikkan harga barang dengan tindakan penguatkuasaan yang tegas.
Menuju ke PRK Nenggiri pada 17 Ogos, banyak yang harus dibimbangi kerajaan perpaduan. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Azman Ibrahim menjangkakan momentum kemenangan di Sungai Bakap akan terbawa-bawa ke Nenggiri yang akan dipertahankan parti itu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/bakar-emosi-simpati-menangkan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diduga Emosi Karena Cemburu Suami Tega Bakar Istrinya Di Tangerang

Diduga Emosi Karena Cemburu Suami Tega Bakar Istrinya Di Tangerang

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 82 hits
Pelaku yang emosi menyiramkan satu botol bensin kemudian membakar istrinya
Video Meutya Emosi Sampai Nunjuk Pdn Diretas Bapak Buat Resah Seakan Pemerintah Nyerah

Video Meutya Emosi Sampai Nunjuk Pdn Diretas Bapak Buat Resah Seakan Pemerintah Nyerah

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 149 hits
Pimpinan Rapat Komisi I Meutya Hafid emosi karena Telkom mengumumkan data yang diretas tidak bisa diselamatkan
Hiburan Pelakon Veteran Kamal Bakar Meninggal Dunia Di Usia 62 Tahun

Hiburan Pelakon Veteran Kamal Bakar Meninggal Dunia Di Usia 62 Tahun

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 266 hits
Industri seni hiburan kehilangan seorang pelakon berkaliber Kamal Bakar pada jam 1 pagi Selasa Allahyarham Kamal Bakar dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru paru tahap empat Advertisement Berita duka itu d...
Pelatihan The Writers Melatih Daya Analitis Dan Emosi Lewat Menulis

Pelatihan The Writers Melatih Daya Analitis Dan Emosi Lewat Menulis

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 263 hits
BloggerBorneo com Tahukah Dalam proses menulis setidaknya ada 3 hal dari bagian diri kita yang bekerja Pertama daya analitis kita Kedua emosi kita Ketiga sinkronisasi saraf motorik kita Mari kita bahas satu demi satu ya Menulis melatih daya...
Saksi Ungkap Ada Arahan Untuk Menangkan Waskita Dan Acset Pada Lelang Proyek Tol Mbz

Saksi Ungkap Ada Arahan Untuk Menangkan Waskita Dan Acset Pada Lelang Proyek Tol Mbz

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 87 hits
Seorang saksi dalam perkara dugaan korupsi pembangunan Jalan Tol MBZ mengungkap proyek itu sudah dikondisikan untuk dimenangkan KSO Waskita Acset
Simpati Nasib Najib Noh Omar Masuk Bersatu

Simpati Nasib Najib Noh Omar Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 336 hits
freemalaysiatoday com 04 Jul 2024 06 36 PMNoh Omar berkata Najib Razak sebelum ini pernah menasihatkan supaya kekal dalam Umno dan tidak sertai mana mana parti Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar menyertai Bersatu semalam PETALING JAYA Noh O...
Restoran Ikan Bakar Sri Anjung Teluk Kumbar Pulau Pinang

Restoran Ikan Bakar Sri Anjung Teluk Kumbar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 158 hits
Restoran Ikan Bakar Sri Anjung Teluk KumbarRestoran Ikan Bakar Sri Anjung Teluk KumbarMacam mana aku jumpa restoran ni haaaaa ceritanya begini Al kisahnya aku dengan family check in hotel lexis kat teluk kumbar ni hotel ni sesuai kalau kora...
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang

Calpis Soda One In A Million


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Cara Ke Genting Highlands Dari Kl Sentral Panduan Lengkap

Porsche 911 Release Date Specs And Pricing Information

Tokyo Triple A 2010 Triumph Street Triple 675 Caf Racer From Japan

The Government Shutdown What Travelers Need To Know