Bakal Timbalan Perdana Menteri Dari Pas Bukan Umno


Oleh FAZLI RADZImalaysiadateline.comDecember 2, 2020


Pas dilihat lebih mesra Bersatu ketika parti diterajui Muhyiddin itu terus dicemburui Umno.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat duduk di sebelah kanan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) malam tadi.

Kedudukan Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri di sebelah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat mendorong kepada teka-teki siapa Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerajaan PN.

Menjelang pembentangan Belanjawan 2021 lalu, hangat diperkatakan calon TPM yang hanya dibarisi daripada wakil Umno sesuai dengan jumlah kerusi Parlimen paling banyak dimiliki dalam kerajaan.

Penegasan Muhyiddin hanya memilih calon ‘yang boleh diterima’ dilihat sekali gus menyingkirkan nama tertentu dari Umno sebagai TPM.

Namun, Muhyiddin tentu masih memberi pertimbangan untuk memberi jawatan TPM kepada Umno sebagai parti tunjang Barisan Nasional (BN).

Keputusan melantik TPM daripada Umno juga dilihat mampu ‘menutup mulut’ sebahagian pemimpin parti itu daripada terus lantang mengkritik kerajaan PN.

Kabinet XXL Muhyiddin pada masa ini menyaksikan portfolio kementerian yang paling penting diberikan kepada Bersatu walaupun mempunyai 31 kerusi berbanding Umno menguasai 39 kerusi Dewan Rakyat.

Agihan kerusi dan jawatan dalam Kabinet yang tidak memihak kepada Umno turut diakui Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu sebagai punca masalah dalaman dalam kerajaan PN.

Bahkan, Pas yang memiliki hanya 18 kerusi Parlimen menghantar tiga menteri penuh dalam Kabinet Muhyiddin manakala lima lagi pemimpinnya dilantik sebagai timbalan menteri.

Kembali menyertai Kabinet selepas 43 tahun dan kali kedua menjadi parti peringkat Persekutuan menyaksikan Pas hari demi hari dilihat lebih mesra dengan Bersatu.

Walhal, Pas telah memeterai piagam kerjasama, yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional (MN) dengan Umno pada 14 September tahun lalu.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam tadi juga, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali duduk di bahagian kiri Muhyiddin dan bersebelahan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Azmin yang secara rasmi menyertai Bersatu pada 22 Ogos kemudiannya pada 9 November lalu dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.

‘Jasa’ Azmin dalam pembentukan kerajaan tebuk atap PN amat signifikan sebagai dalang utama drama Langkah Sheraton yang menamatkan hayat 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/bakal-timbalan-perdana-menteri-dari-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Bakal Jadi Pembangkang Di Negeri Sendiri

Perdana Menteri Bakal Jadi Pembangkang Di Negeri Sendiri

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 474 hits
AMNI JAGATKetua Pemuda Parti Amanah Negara Johor Muhammad Taqiuddin Cheman hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi pembangkang di Johor Ujarnya ketika dihubungi berkata situasi yang melanda negeri P...
Jangan Sampai Menteri Menteri Kabinet Dari Umno Bn Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri Ppbm

Jangan Sampai Menteri Menteri Kabinet Dari Umno Bn Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri Ppbm

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 472 hits
ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO BN YANG BERADA DALAM KABINET TS MUHYIDDIN YASSIN MEMANG MEMBAWA SUARA MEWAKILI PARTI UMNO BN Ketika diwawancara dalam satu program Soal Jawab bersama Saudara Shahril Hamdan Ketua Penerangan UMNO merangkap Naib Ket...
Idea Timbalan Menteri Supaya Bank Cetak Agih Wang Tidak Masuk Akal Kata Pakar Ekonomi

Idea Timbalan Menteri Supaya Bank Cetak Agih Wang Tidak Masuk Akal Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 402 hits
Seorang ahli ekonomi menolak cadangan seorang timbalan menteri agar Bank Negara mencetak dan mengedarkan wang kepada golongan bawah 40 untuk meningkatkan kemampuan perbelanjaan mereka dengan menyifatkan idea itu sebagai naif Dalam temu bual...
Muhyddin Perdana Menteri Lembab

Muhyddin Perdana Menteri Lembab

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 299 hits
1 DISEMBER 2020 Muhyiddin Yassin menerusi Facebook beliau memaparkan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang di pejabat beliau di Putrajaya Berikutan perjumpaan tersebut Za...
Umno Warisan Dan Pejuang Bakal Bergabung

Umno Warisan Dan Pejuang Bakal Bergabung

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 446 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan UMNO akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah dan Parti Pejuang Tanah Air Bekas Perdana Menteri itu dalam nada berseloroh berkata disebabkan itu beliau tida...
Umno Tak Perlu Gentar Dengan Ugutan Pas Dan Bersatu

Umno Tak Perlu Gentar Dengan Ugutan Pas Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 366 hits
Pertama kerana parti mereka ciput Kedua di belakang UMNO adalah PKR dan DAP kerusi terbanyak Bergabung jadi pakatan 2 3 bermajoriti WSRISAN AMANAH dan PGSarswak pasti akan ikut Semua kes selesai Kalau itu pun tak pandai elok berhenti berpol...
3 Reasons Why Pas Prefers Ppbm To Umno

3 Reasons Why Pas Prefers Ppbm To Umno

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 317 hits
PETALING JAYA Although it started out by cooperating with Umno in the Muakafat Nasional PAS seems to prefer working in the Perikatan Nasional with PPBM says an analyst There are three reasons for this says Bridget Welsh of the University of...
Pas Pulau Pinang Komited Jayakan Kerjasama Dengan Umno Bersatu

Pas Pulau Pinang Komited Jayakan Kerjasama Dengan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 352 hits
GEORGETOWN Pas Pulau Pinang komited dalam mempertahankan kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri ini sama ada menerusi Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional Pesuruhjaya Pas negeri Muhammad Fauzi Yusof berkata...
Pakar Perunding Buah Pinggang Negara Tegur Timbalan Menteri Kesihatan Kerana Beri Nasihat Salah

Pakar Perunding Buah Pinggang Negara Tegur Timbalan Menteri Kesihatan Kerana Beri Nasihat Salah

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 656 hits
Pakar Perundingan Perubatan dan Buah Pinggang yang terkenal yang menjadi rujukan ramai telah menegur Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook beliau malam tadi Pakar Perunding Peru...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Makanan Minuman Tidak Pernah Habis Mia Boat Noodle Di Aeropod

Hari Gaji Datang Sekejap Pergi Pun Sekejap

Tl19 Travelog Kelantan

Confessions Of A Drained Mom When Your Cup Is Empty

Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem

A Legend Reimagined Seven Honda Cb750s That Redefined An Icon