Bakal Pesara Bumiputera Diancam Daif Jika I Citra Dilanjutkan



(Malaysia Dateline) – Nampaknya masih ada suara-suara yang kuat mendesak pengeluaran tambahan dari KWSP walaupun ekonomi sudah dibuka dan setiap pelosok negara menyaksikan rakyat kian sibuk dengan urusan tugas dan perniagaan.
Antara yang tegar menuntut pelanjutan ini adalah beberapa ahli politik, tetapi sebagai rakyat yang prihatin kita perlu bertanya apa tujuan sebenar di sebalik tuntutan ini?
Sememangnya, sejak dua tahun lalu, ramai rakyat yang terjejas pendapatan akibat langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan kegiatan ekonomi.
Sudah puluhan bilion ringgit bantuan tunai dan program pembiayaan untuk rakyat dan perniagaan (PKS dan mikro) diperkenalkan kerajaan.
Dalam masa sama, pihak KWSP pula telah mengizinkan program pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan disusuli dengan i-Citra untuk pencarum.
Hari ini, kesan daripada semua program pengeluaran KWSP tersebut adalah amat membimbangkan.
Data KWSP terbaharu mendedahkan bahawa 6.1 juta ahli kini mempunyai baki kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka. Lebih mengejutkan adalah daripada jumlah itu, 3.6 juta ahli mempunyai kurang RM1,000 dalam akaun mereka.
Pencarum Bumiputera merupakan kelompok paling ramai mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 berbanding pencarum kaum lain.
Menurut KWSP, pencarum Bumiputera mewakili 74 peratus daripada 5.9 juta pencarum yang baki simpanan kurang RM10,000. Nisbah pencarum KWSP kaum Cina ialah 13 peratus dan pencarum India pula sebanyak 7 peratus.
Apa sudah jadi dengan simpanan saraan pekerja Bumiputera ini? Sudah begitu banyak inisiatif dan bantuan tunai daripada kerajaan untuk membantu mereka dalam pelbagai segi—dan memandangkan pembukaan ekonomi semakin pesat—perlukah diizinkan pencarum menyentuh lagi wang untuk simpanan hari tua mereka?
Saranan beberapa ahli politik seperti Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut menyumbang kepada masalah ini.
Beliaulah yang paling kuat bersuara untuk melanjutkan program i-Citra di bawah KWSP, malah masih menyarankan diadakan lagi pengeluaran sehingga RM10,000.
Antara hujah yang dibuat beberapa pihak untuk lanjutan i-Citra adalah wang ini boleh digunakan untuk modal perniagaan atau membayar hutang. Namun, ini bukanlah tujuan sebenar simpanan KWSP ditubuhkan.
Tidak pula kita mendengar pemimpin dari parti atau kaum lain membuat desakan sebegini.
Minggu ini, beberapa kesatuan sekerja seperti MTUC, NUSPM dan UNI-MLC turut sama menyeru kerajaan supaya tidak lagi mengizinkan sebarang pengeluaran tambahan dari simpanan KWSP.
Jika pengeluaran i-Citra tidak dihentikan, majoriti ahli KWSP tidak akan mampu membiayai sara hidup mereka di hari tua. Kemungkinan besar, ini akan menjadi suatu beban ke atas sistem kebajikan dan kewangan negara pada masa depan.
Apa yang rakyat patut buat sekarang ialah mencari peluang pekerjaan dan bisnes yang sudah terbuka luas. Janganlah ambil jalan mudah mengeluarkan wang simpanan KWSP.
Kita yakin, rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk bangkit kembali daripada cabaran ekonomi Covid-19.
Ambillah manfaat daripada ratusan inisiatif dan bantuan yang disalurkan pihak kementerian, kerajaan negeri dan pusat pungutan zakat masing-masing. Peliharalah simpanan KWSP kita.
Jangan apabila tiba hari tua, kita terjerumus ke lembah kemiskinan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/12/17/bakal-pesara-bumiputera-diancam-daif-jika-i-citra-dilanjutkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Konsep Resepsi Pernikahan Yang Interaktif Dan Seru Bakal Tak Terlupakan Buat Tamu

6 Konsep Resepsi Pernikahan Yang Interaktif Dan Seru Bakal Tak Terlupakan Buat Tamu

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 336 hits
Jangan biarkan tamu pulang cuma ghibahin soal kateringmu Ajak mereka nikmati pestamu
Moonbyul Mamamoo Bakal Comeback Solo Tahun Depan

Moonbyul Mamamoo Bakal Comeback Solo Tahun Depan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 316 hits
Pada 3 Disember Moonbyul MAMAMOO telah mengeluarkan video teaser misteri bertajuk 6ix Artis itu sebelum ini memberi bayangan kepada peminat bahawa dia sedang membuat persiapan untuk kemunculan semula solo atau beberapa projek solo lain sebe...
Jurulatih Terengganu Fc Musim 2022 Bakal Diputuskan Esok

Jurulatih Terengganu Fc Musim 2022 Bakal Diputuskan Esok

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 458 hits
Kuala Terengganu Keputusan sama ada Nafuzi Zain kekal atau tidak bakal diketahui esok sumber daripada wartawan Astro Arena Fina Nasrom menyatakan perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat lembaga pengarah Kptsn akhir terganggu dgn na...
Piala Aff Harimau Malaya Bakal Buat Kejutan

Piala Aff Harimau Malaya Bakal Buat Kejutan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 239 hits
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin skuad Harimau Malaya mampu menampilkan prestasi terbaik pada saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN yang membuka tirai hari ini Beliau berkata skuad kebangsaan yang akan memula...
Skandal Rm 700 Juta Keluarga Zeti Bakal Jadi Beban Kepada Semua Perdana Menteri Jika Tidak Bertindak

Skandal Rm 700 Juta Keluarga Zeti Bakal Jadi Beban Kepada Semua Perdana Menteri Jika Tidak Bertindak

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 397 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDalam sebuah artikel yang di tulis oleh seorang wartawan politik tersohor dan ternama Joceline Tan beliau berkata bahawa sangat misteri apabila kes begitu menonjol masih belum dibuka buka lagi Sangat misteri kata beliau...
Pengguna Unifi Mobile Bakal Menikmati 5g Bulan Hadapan

Pengguna Unifi Mobile Bakal Menikmati 5g Bulan Hadapan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 271 hits
Berita yang amat ditunggu buat rakyat Malaysia telah sampai untuk merasai pengalaman menikmati kelajuan data 5G sehingga 1Gbps Malaysia menjadi negera yang paling lambat dalam perlumbaan perkhidmatan 5G di Asia Tenggara dibelakang Thailand ...
Terengganu Fc Bakal Lantik Pengarah Teknikal

Terengganu Fc Bakal Lantik Pengarah Teknikal

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 359 hits
KUALA TERENGGANU BeIum reda berkenaan peIantikan ketua juruIatih Terengganu FootbaII CIub Nafuzi Zain ahIi Iembaga pengarah TFC sebenarnya turut membuat keputusan mengejut apabiIa bersetuju meIantik Pengarah TeknikaI baru bagi pasukan panta...
Pelawak Jang Dongmin Umum Bakal Kahwin Bulan Ini

Pelawak Jang Dongmin Umum Bakal Kahwin Bulan Ini

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 256 hits
Pelawak Jang Dong min akan berkahwin Pada 6 Disember dilaporkan bahawa Jang Dong min akan berkahwin akhir bulan ini dengan seorang wanita bukan selebriti Kemudian agensinya LD Story mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan berita itu Helo in...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai