Saya Reda Asalkan Anak Anak Bahagia Hafiz Suip Akui Bercerai Fokus Sebagai Ayah


Dalam hidup berkeluarga, tak semua perkara berjalan seperti yang kita rancang. Itulah yang dilalui oleh penyanyi terkenal Hafiz Suip apabila mengesahkan bahawa beliau telah sah bercerai dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, pada 29 Mei lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Walaupun berpisah, Hafiz tetap tenang dan matang dalam menerima takdir yang telah tertulis. Malah, dia sendiri menyatakan bahawa perpisahan itu berlaku secara baik tanpa sebarang pertelingkahan besar.

“Saya dan isteri sah bercerai talak satu. Kami tidak lagi sehaluan dan tiada lagi persefahaman. Tapi hubungan kami tetap baik demi anak-anak,” ujar Hafiz dalam nada yang penuh ketenangan.
Ibu Tetap Yang Terbaik Untuk Anak Sebagai ayah, Hafiz memahami keutamaan emosi dan kestabilan anak-anak. Sebab itulah dia tidak mempertikaikan soal hak penjagaan. Jelasnya, bekas isterinya adalah insan paling layak untuk menjaga anak-anak mereka.
“Saya reda dengan keputusan ini. Ibu adalah tempat paling sesuai untuk anak-anak. Kalau kita asyik nak pertikaikan soal hak, sampai bila pun tak akan selesai. Lebih baik kita berdamai,” katanya jujur.
Kata-kata ini sangat memberi kesan, terutama buat ibu bapa yang mungkin sedang melalui situasi serupa. Dalam apa jua keadaan, emosi dan kesejahteraan anak-anak harus jadi keutamaan.

Rindu Anak, Tapi Pilih Untuk Bertolak Ansur Hafiz turut mengakui bahawa dia sentiasa memikirkan anak-anak dan merindui mereka. Namun, dia juga faham bahawa anak-anak perlu fokus pada persekolahan dan rutin harian mereka.
“Ya Allah, tipu kalau saya tak rindukan mereka. Tapi mereka pun ada jadual sendiri. Kami masih dalam proses perbincangan, mungkin saya akan ke Kuala Lumpur sebulan sekali untuk bertemu mereka,” ujarnya.
Kini Hafiz menetap di Kuching, Sarawak dan berusaha untuk terus kekal berhubung dengan anak-anak sebaik mungkin.
Hadam Ujian, Pilih Untuk Reda Bagi Hafiz, apa yang berlaku adalah satu ujian yang besar dalam hidupnya. Namun dia tidak mahu menyesal. Sebaliknya, beliau anggap semua ini sebagai pengalaman dan pengajaran yang mendewasakan.
“Saya tak menyesal. Ini adalah pengajaran paling besar dalam hidup saya. Kita tak perlu saling menyalahkan. Dalam Islam sendiri mengajar kita untuk reda dengan takdir kalau mahu rasa tenang,” katanya penuh pengharapan.
Beliau turut menitipkan nasihat buat pasangan yang sedang merancang untuk berkahwin.
“Kalau nak kahwin, kena fikir masak-masak. Kena betul-betul bersedia dan matang.”

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Meskipun jalan hidup berubah, kasih seorang ibu dan bapa tetap tidak akan berkurang. Kisah Hafiz ini membuktikan bahawa walaupun tidak lagi bersama, ibu bapa masih boleh bekerjasama dan saling menghormati demi kesejahteraan anak-anak. ❤️
The post “Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Hafiz Suip Akui Bercerai, Fokus Sebagai Ayah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-reda-asalkan-anak-anak-bahagia-hafiz-suip-akui-bercerai-fokus-sebagai-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hafiz Suip Akui Sifat Marah Tak Terkawal Punca Diri Keluarga Musnah Semua Orang Ada Rasa Itu

Hiburan Hafiz Suip Akui Sifat Marah Tak Terkawal Punca Diri Keluarga Musnah Semua Orang Ada Rasa Itu

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 135 hits
Baru baru ini penyanyi dikenali ramai iaitu mengakui bahawa sifat amarah yang tak terkawal punca hidupnya hancur serta terumbang ambing Sifat kuat marah punca hidup musnah Menurut Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip pernah suatu...
Suraya Borhan Akui Perit Tinggalkan Suria Fm Fokus Kini Pada Anak Anak

Suraya Borhan Akui Perit Tinggalkan Suria Fm Fokus Kini Pada Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 162 hits
Kuala Lumpur Pelakon dan usahawan Suraya Borhan meluahkan rasa sebak apabila terpaksa mengakhiri tugasnya sebagai penyampai radio di Suria FM selepas sembilan tahun berkhidmat Menurut Suraya meskipun sudah dimaklumkan mengenai penamatan kon...
Hiburan Hafiz Suip Isteri Sah Cerai Talak Satu Saya Tidak Menyesal Dengan Apa Yang Berlaku

Hiburan Hafiz Suip Isteri Sah Cerai Talak Satu Saya Tidak Menyesal Dengan Apa Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 133 hits
Penyanyi dikenali ramai iaitu mengesahkan dirinya dan isteri telah pun sah bercerai talak satu pada 29 Mei lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor Advertisement Menurut Hafiz buat masa ini hak penjagaan anak anak berada di bawah bekas i...
Hafiz Suip Bangkit Buat Comeback

Hafiz Suip Bangkit Buat Comeback

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 169 hits
Hi Korang Agak lama penyanyi Hafiz Suip menyepikan diri dari dunia sini Dan siapa sangka Hafiz Suip kini kembali dan bakal mengadakan konsert solo berskala besar di ibu kota menerusi Di Sebalik Aku Hafiz Suip Konsert ini bakal berlangsung d...
Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 186 hits
Berita semalam menggemparkan hati ramai ibu bapa di seluruh negara seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia di sebuah taska di Melaka Hancur luluh hati pasangan suami isteri itu Anak yang selama ini dibelai sejak dalam kandung...
Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 194 hits
Bermain trampolin nampak seronok tapi bahayanya bukan biasa biasa Buat ibu ayah yang suka bawa anak ke taman tema indoor atau pusat permainan kanak kanak pasti dah biasa tengok trampolin jadi tarikan utama Seronok tengok anak melompat gembi...
Sekali Lagi Tinggi Suara Aku Gigit Kucing Masuk Campur Bila Ayah Marah Anak Netizen Terhibur

Sekali Lagi Tinggi Suara Aku Gigit Kucing Masuk Campur Bila Ayah Marah Anak Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 151 hits
Seekor kucing comel menjadi tumpuan ramai di TikTok apabila videonya yang naik angin kerana tidak puas hati dengan seorang ayah yang meninggikan suara terhadap anaknya menjadi tular Rakaman yang dikongsi oleh pengguna manggo shake sega itu ...
Kes Zayn Rayyan Ismanira Akui Tidak Cari Anak Di Kawasan Kebun Tempat Mayat Ditemui

Kes Zayn Rayyan Ismanira Akui Tidak Cari Anak Di Kawasan Kebun Tempat Mayat Ditemui

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 178 hits
Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin Ismanira Abdul Manaf 30 hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini Foto Bernama PETALING JAYA Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan hari ini membuat pengakuan di Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak mencari an...
Bila Waktu Terbaik Tegur Anak Mak Ayah Kena Ambil Tahu

Bila Waktu Terbaik Tegur Anak Mak Ayah Kena Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 114 hits
Menegur anak zaman ini perlukan cara dan masa yang lebih sesuai Anak anak perlu ditegur dengan baik agar hati mereka tidak terusik paling penting terkesan dengan teguran yang diberikan mak ayah Apa dan bagaimana caranya Menurut Kaunselor Be...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Kelantan Cuba Rempuh Polis Lepas Tembakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Harapalsu Arghpiez Ft Mus Satira

Drama Dr Pontianak 2

Expecting The Lion Not To Eat You

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Memilih Kamu Chord

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

Cara Masuk Whatsapp Web Bikin Chat An Di Laptop Makin Seamless