Baju Siti Kena Kritik Lagi
Wartawan MalaysiaGazette                                                                                                                                                                                              

Foto Instagram Siti Nurhaliza 
KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti  Nurhaliza memberitahu dia memberi kebebasan kepada pereka fesyen untuk  berkarya dan tidak pernah menggangu hasil kerja mereka.
 Justeru Siti, 40, berkata, dia sengaja mahu melihat komen-komen netizen yang dikatakan bijak mengkritik fesyennya.
 Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana ini, netizen  yang gemar memberi komen serta kritikan terhadap rekaan pakaiannya  tetapi tidak tahu pereka fesyen juga berasa gementar untuk menghasilkan  setiap busananya mengikut tema setiap acara atau majlis.
 “Saja nak tengok komen orang bijak pandai fesyen… Yang melampau saya  sekat. Jangan marah aaa. Saya saja bagi pereka fesyen berkarya dan saya  tak kacau pun sebab dia ikut tema.
 “Korang (kau orang) ingat semua pereka fesyen tak ketar ke nak buat  untuk Siti Nurhaliza? Sebabnya yang rasa lebih hebat daripada pereka  fesyen tu ramai nak beri komen.
 “Sayang tu saya faham tapi… Berpada-pada la ya,” tulis Siti di Instagramnya.
 Kelmarin, Siti muncul memakai busana berwarna rekaan Ridzuan Bohari  di malam CIMB Islamic X Maher Zain yang mengundang kritikan netizen yang  beranggapan rekaan tersebut tidak sesuai dengannya.
 Bagaimanapun, ada segelintir pengikut di laman sosial seperti tidak  percaya kenyataan tersebut ditulis oleh penyanyi tersohor itu.
 Sebelum ini, busana Siti ketika mengadakan konsert jelajah di  Jakarta, Indonesia menerima kritikan daripada seorang pereka fesyen  baharu yang menganggap ia sudah lapuk dan tidak sesuai dengan kehebatan  namanya.
 Namun, Siti memberitahu dia tidak kisah dengan pandangan terhadap  perkara tersebut kerana apa yang paling penting dirinya selesa  memandangkan perlu banyak pergerakan di pentas. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/baju-siti-kena-kritik-lagi.html