







.. … #Repost @rozisangdewi with @make_repost ・・・ Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja. . Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau. Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk. . Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira. . Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar. . Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyah dan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya. . Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati ( walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu. . Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha. . Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini. . Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!



|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |