Bajet Ph Bn Negeri Majoriti Melayu Diketepikan Negeri Dap Diutamakan


agendaily.com25/02/2023
Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang juga Ahli Parlimen PN Machang.
Hambar dan mengecewakan. Demikian ulasan Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung Bajet 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.

Malah, belanjawan itu dianggapnya ‘indah khabar dari rupa’ yang dibentang di sebalik bunga-bunga bahasa, sedangkan janji kononnya bajet itu akan menghasilkan lonjakan ekonomi, tidak pula seperti yang dicitrakan.

Dalam kenyataan malam tadi (24 Februari 2023), beliau yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Machang, sedih kerana amat sedikit diketengahkan peranan kerajaan untuk membantu ekonomi Melayu dan Bumiputera.

“Negeri-negeri majoriti Melayu dan Bumiputera di Semenanjung seperti Kedah, Kelantan, dan Terengganu tidak langsung diberi insentif dan peruntukan pembangunan yang dapat mengubah nasib rakyat di sana.

“Tiada projek pemangkin ekonomi yang mahu disebut, walhal keutamaan dari segi keadilan ekonomi adalah di sana, seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-12,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal juga mengatakan bahawa dendam politik Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) terhadap wakil rakyat parti lawan juga belum surut, termasuk tidak menyediakan peruntukan untuk pembangkang.

“Dendam politik juga belum surut. Peruntukan untuk semua ahli Parlimen pembangkang dinafikan terus.

“Walhal kami mendapat mandat yang besar dan jelas daripada rakyat!

“Manifesto Pakatan Harapan jelas berjanji memberi peruntukan sama adil buat semua wakil rakyat. Nampaknya seperti janji PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ) dalam manifesto – semua itu DUSTA belaka,” tegasnya lagi.

Lebih malang, kata Wan Ahmad Fayhsal tiada belas ihsan untuk peneroka Felda yang mana hutangnya telah Tan Sri Muhyiddin Yassin langsaikan ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, tapi kini dibatalkan semula.

Beliau berkata sepatutnya benda yang baik diteruskan saja.

“Mengapa dibuat begini? Adakah kerana majoriti pengundi Felda memilih Perikatan Nasional tempoh hari (pada Pilihan Raya Umum Ke-15)?

“Lain pula nikmatnya untuk Pulau Pinang yang diterajui DAP. Lapangan terbang dibesarkan tapi untuk Kedah, dibatalkan projek lapangan terbang untuk Kulim yang mampu mengangkat taraf sosio ekonomi dan industri orang Melayu di sana.

“Banyak lagi perkara tempang yang kami akan angkat dan bahaskan minggu hadapan. Bak kata pepatah: “the devils are in the details”!,” katanya.

Pada masa sama, Wan Ahmad Fayhsal juga mengetengahkan persoalan mengenai syarikat swasta mana yang akan membangunkan pelabuhan di Pulau Carey, Selangor seperti yang diumumkan dalam bajet itu.

“Khabar angin bertiup kencang dari kalangan orang-orang pelabuhan. Jangan digadaikan kedaulatan negara dalam perang proksi kuasa besar!

“Kami akan semak dan imbang nanti semua butiran yang tempang ini dalam perbahasan minggu hadapan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/bajet-ph-bn-negeri-majoriti-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Di Semenanjung Tak Puas Hati Dengan Kerajaan Menteri Dap Terbaik Kajian

Orang Melayu Di Semenanjung Tak Puas Hati Dengan Kerajaan Menteri Dap Terbaik Kajian

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 324 hits
agendaily com26 02 2023Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat Satu tinjauan mendapati sebanyak 71 peratus responden orang Melayu di Semenanjung tidak berpuas hati dengan kerajaan campuran dalam menunaikan janji manifesto Pili...
Dr Mahathir Jelaskan Mengapa Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam

Dr Mahathir Jelaskan Mengapa Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 271 hits
Kita khuatir tentang masa depan orang Melayu kerana kita sedar mereka tidak mampu bersaing dengan orang Cina Sebab itu ditentukan bagi jawatan tertinggi empat orang Melayu kemudian orang bukan Melayu Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohama...
Hiburan Rosak Busana Tradisional Baju Melayu Dikutuk Buruk Siap Runway Di Tengah Kesesakan Jalan Raya

Hiburan Rosak Busana Tradisional Baju Melayu Dikutuk Buruk Siap Runway Di Tengah Kesesakan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 398 hits
Satu di media sosial baru baru ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen gara gara koleksi raya 2023 oleh seorang pereka fesyen tempatan dikatakan telah merosakkan nilai tradisional dalam rekaan baju Melayu Difahamkan koleksi ...
Saya Bagi Jaminan Kepentingan Melayu Di Kampong Bharu Pm Anwar

Saya Bagi Jaminan Kepentingan Melayu Di Kampong Bharu Pm Anwar

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 375 hits
694 views Feb 21 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kaedah lebih baik untuk penempatan di Kampong Bharu termasuk isu melibatkan peruntukan kewangan
Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam Ini Penjelasan Tun Mahathir

Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam Ini Penjelasan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Ketika proses rundingan sebelum negara mencapai kemerdekaan kerajaan sedar orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina selepas merdeka Oleh itu menurut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad wujud dasar keraj...
Menari Sambil Nyanyi Lagu Birthday Untuk Rakan Melayu Aksi Murid Cina Ini Cuit Hati Ramai Crush Ke Tu

Menari Sambil Nyanyi Lagu Birthday Untuk Rakan Melayu Aksi Murid Cina Ini Cuit Hati Ramai Crush Ke Tu

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 336 hits
Seperti yang kita sedia maklum terdapat ramai ibu bapa yang menghantar anak anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hal ini demikian kerana mereka mahukan anak anak mereka berpeluang untuk belajar bahasa baharu dan fasih berbual dalam ...
Mahathir Khuatir Kerajaan Akan Buat Persempadanan Semula Kurangkan Pengaruh Melayu

Mahathir Khuatir Kerajaan Akan Buat Persempadanan Semula Kurangkan Pengaruh Melayu

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 193 hits
freemalaysiatoday com 18 Feb 2023 10 15pmBekas perdana menteri berkata penguasaan dua pertiga kerajaan perpaduan akan memungkinkan ada pihak mengambil kesempatan membuat persempadanan kawasan pilihan raya Dr Mahathir mendakwa penguasaan dua...
Ph Hanya Dapat Tujuh Peratus Undi Melayu Luar Bandar Penganalisis

Ph Hanya Dapat Tujuh Peratus Undi Melayu Luar Bandar Penganalisis

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 237 hits
agendaily com19 02 2023Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan gabungan itu mendapat 31 peratus undi Melayu pada Piliha...
Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto