Bajet Biar Rakyat Makan Sedikit Asalkan Halal
Tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Itulah yg diamalkan di dalam Bajet kerajaan PH semalam. ATM memohon agar penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) diberikan elaun bulanan, namun atas sebab kekangan kewangan mungkin, maka hasrat itu tidak tercapai. Tetapi, penerima PJM tidak dipinggirkan terus, maka mereka akan mendapat hadiah "one off" sebanyak RM 500. Alhamdulillah
Hasrat dari JPM (hal ehwal agama) adalah untuk menyerapkan guru2 KAFA ke dalam jawatan tetap seperti kakitangan awam di bawah JPA. Hasrat ini terbantut kerana kekangan di dalam polisi JPA yang perlu dikaji atau dibuat pindaan terlebih dahulu bagi merealisasikan hasrat murni berkenaan. Namun, adakah JPM akan membatalkan hasrat berkenaan? Jawapannya tidak. Ianya akan diteruskan sehingga berjaya. Walau bagaimanapun, kakitangan guru KAFA masih boleh menarik nafas sedikit apabila kerajaan menaikkan elaun mereka sebanyak RM 100. Ertinya, mereka masih mendapat bahagiannya melalui bajet ini
Sebenarnya masih banyak lagi yang boleh diperkatakan melalui bajet kali ini yang pada saya lebih baik dari bajet tahun lepas. Sudah tentu berganda lebih baik dari bajet di era Umno/Bn. Kalau ditanya kepasa Umno dan Pas, tentunya mereka kata bajet kali ini tiada sesuatu yg baru dan besar. Pada mereka, bajet terbaik adalah menggula2kan rakyat untuk mendapat populariti dan rasuah sokongan dari rakyat. Di era mereka, suah tentu mereka boleh beri bulan dan bintang kepada rakyat kerana duit hasil rompakan menimbun2 banyaknya
Kerajaan PH, walaupun di dalam keadaan terpaksa menanggung kesan hutang dari skandal 1MDB, namun masih mampu membela nasib rakyat. Kerajaan PH tidak rela menyumbat perut2 rakyat dari hasil yang haram. Biar rakyat makan sedikit asalkan halal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wfauzdin.blogspot.com/2019/10/bajet-biar-rakyat-makan-sedikit-asalkan.html