Makan Kacang Pun Boleh Kurus Biar Betul Baca Ni Dulu


Untuk mendapatkan berat badan ideal serta bentuk badan yang sempurna, semestinya perlu diselitkan sekali dengan usaha yang banyak dan disiplin yang tinggi. Pelbagai produk-produk kurus yang terdapat di pasaran hari ini tidak pernah menjamin anda untuk mendapatkan bentuk badan seperti yang anda inginkan.
Kunci kepada mendapatkan berat badan yang ideal sebenarnya datang daripada amalan pemakanan yang seimbang. Untuk orang yang sedang berdiet, makanan seperti sayuran serta buah-buahan pastinya sudah lali dalam menu mereka. Namun tahukah anda bahawa, kacang juga boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penulisan yang telah dikongsi oleh Hello Doktor ini berkenaan dengan khasiat kacang dalam membantu menurunkan berat badan anda seperti berikut:
Kami ingin bertanya kepada anda, berapa jenis kacang yang anda tahu dan kenal? Mungkin yang paling terkenal adalah kacang tanah disebabkan anda memakannya setiap hari daripada nasi lemak anda. Selain itu, anda juga pasti mengenali kacang pistachio, badam, gajus, kacang parang dan pelbagai jenis kacang-kacang lain yang tinggi harganya. Harga kacang turut bergantung kepada variasinya yang tersendiri, bermula semurah kacang tanah sehinggalah yang mahal harganya seperti macadamia yang mungkin tidak dijumpai di kedai-kedai runcit. Bagi peminat kacang, ada khabar baik untuk anda. Apa dia? Baca penulisan kami di bawah untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Kacang kekalkan berat badan anda Gambar hiasan Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard, memakan sebilangan kecil atau separuh hidangan kacang setiap hari mampu untuk membantu anda mengekalkan berat badan. Adakah kajian ini benar-benar terbukti? Ya, ini kerana kajian ini telah dilaksanakan dengan cara menjejaki seramai 300,000 individu selama dua dekad. Peserta kajian telah ditanyakan berkenaan jumlah kacang yang mereka ambil selain melakukan analisis berdasarkan berat badan, diet dan aktiviti fizikal mereka. Hasilnya, peserta kajian yang memakan 14 gram kacang setiap hari didapati mempunyai berat badan yang lebih kurang selain kurang cenderung untuk menjadi obes.
Kadar pengurangan berat badan Gambar hiasan Pengambilan sebarang jenis kacang dikaitkan dengan kurangnya penambahan berat badan dalam tempoh jangka panjang selain mengurangkan risiko menjadi obes. Menurut kajian tersebut, penggantian jenis snek yang tidak sihat kepada hidangan kacang telah didapati mampu mengelakkan peningkatan berat badan sebanyak 0.41 hingga 0.7 kilogram dalam 4 tahun berikutnya. Selain itu, penambahan separuh hidangan kacang dalam pemakanan yang baharu dikaitkan pengurangan berat badan sebanyak 0.74 kilogram. Begitu juga dengan pengambilan separuh hidangan kacang setiap hari, telah dikaitkan dengan penurunan risiko menjadi obes sebanyak 23%.
Apakah sebenarnya yang terdapat dalam kacang? Kandungan serat yang tinggi dalam kacang menjadikan individu yang memakannya kenyang lebih lama. Selain itu, serat kacang turut mengikat dengan baik bersama lemak di dalam usus, menyebabkannya lebih banyak kalori dikeluarkan. Selain serat, kacang juga diketahui kaya dengan kandungan lemak tidak tepu, vitamin dan mineral.
Untuk makluman pembaca, kajian tersebut telah meneliti hasil kajian daripada pemakanan pelbagai jenis kacang yang tidak terhad kepada satu-satu jenis kacang sahaja. Oleh itu, jika anda tidak meminati kacang tanah tetapi masih bermotivasi untuk mengekalkan berat badan ideal, cubalah mengambil jenis kacang yang lain seperti badam, walnut dan macadamia. Siapa tahu, mungkin selera anda lebih kepada jenis kacang-kacang branded atau high-class.
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/29/makan-kacang-pun-boleh-kurus-biar-betul-baca-ni-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Makan Kicap Boleh Gelapkan Kulit Anak Baca Fakta Ni

Benarkah Makan Kicap Boleh Gelapkan Kulit Anak Baca Fakta Ni

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 507 hits
Pantang larang dan petua nenek moyang sering kali diamalkan sebagai ikhtiar atau alternatif selain perubatan moden ketika berdepan masalah kesihatan Walau bagaimanapun selalunya pantang larang dan petua ini tidak mempunyai bukti saintifik I...
Kempen Bmf Kena Hati Hati Boleh Makan Diri Johari

Kempen Bmf Kena Hati Hati Boleh Makan Diri Johari

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 396 hits
Mantan Menteri kewangan kedua Johari Abdul Ghani mengingatkan kempen utamakan produk Muslim perlu berhati hati dan mungkin boleh memakan diri Menurutnya pemilikan sesuatu produk tidak boleh dipastikan melalui pegangan saham semata mata Ini ...
Biar Pun Perlahan Pembaharuan Pilihan Raya Di Landasan Betul Bersih

Biar Pun Perlahan Pembaharuan Pilihan Raya Di Landasan Betul Bersih

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 244 hits
NGO pemantau hak asasi pilihan raya Malaysia Bersih 2 0 berpendapat kerajaan Pakatan Harapan dilandasan yang betul apabila berjaya menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun dan meluluskan pendaftaran secara automatik Langkah seterusnya menur...
Senakal Nakal Seorang Lelaki Pasti Boleh Berubah Juga Demi Seorang Perempuan Yang Dia Betul Betul Sayangi

Senakal Nakal Seorang Lelaki Pasti Boleh Berubah Juga Demi Seorang Perempuan Yang Dia Betul Betul Sayangi

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 1803 hits
Setiap makhluk yang dicipta di dunia ini unik Setiap makluk itu juga mempunyai keunikkan masing masing sama ada dari segi rupa paras perwatakan dan tingkah laku Begitu juga perbezaan jantina Lelaki ada keistimewaannya begitu juga wanita Nak...
Grab Telah Didenda Lebih Rm86 Juta Biar Betul

Grab Telah Didenda Lebih Rm86 Juta Biar Betul

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 332 hits
Kuala Lumpur Kerana amalan menindas Grab mungkin dikenakan denda lebih RM86 juta Graoleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia Sejak Grab dan Uber bergabung pihak MyCC telah menerima banyak aduan terhadap Grab Grab telah diberi masa selama 30 har...
Elvina Ikat Kaki Dan Tangan Anak Sampai Netizen Ugut Nak Lapor Polis Biar Betul

Elvina Ikat Kaki Dan Tangan Anak Sampai Netizen Ugut Nak Lapor Polis Biar Betul

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 477 hits
Baru baru ini Datin Elvina Mohamamd ada upload gambar anaknya Karl Mateen di Instagram Dengan berniat saja je nak bergurau dengan anaknya sampai ikat tangan dan kaki guna pita pelekat mungkin sebab lasak sangat kot Sumber Oh Media
Isteri Sufi Rashid Nak Buat Laporan Polis Biar Betul

Isteri Sufi Rashid Nak Buat Laporan Polis Biar Betul

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 526 hits
Alamak Korang ingat lagi tak kes hari tu yang video di majlis perkahwinan Sufi Rashid viral di social media Haa disebabkan video tu isteri Sufi Rashid Nurulain Md Yusof mendapat kecaman hebat daripada netizen di Instagram Sampaikan parents ...
Boleh Menangis Maya Karin Bila Baca Kenyataan Ini

Boleh Menangis Maya Karin Bila Baca Kenyataan Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 479 hits
Tular dalam medsos apabila pelakon terkenal Maya Karin berkongsi ciapannya seperti berikut Pengguna medsos rata nya mempertikaikan status tersebut Terdapat pelbagai respon dan respon yang paling menusuk kalbu saya ialah respon DR RORA berik...
Betul Ke Makan Pulut Punca Anak Lambat Cakap Ini Penjelasan Pakar

Betul Ke Makan Pulut Punca Anak Lambat Cakap Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 456 hits
Kenapa anak kau tak boleh cakap lagi anak orang lain elok je bercakap sama umur dengan anak kau juga Seringkali perasaan ibu terguris apabila soalan sebegini ditujukan kepada mereka Ya anak anak kita mestilah kita sahaja yang tahu keadaan m...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Continuous Learning In Business


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ical Mosh Bintang Tidak Bersinar Chord