Kdn Bincang Isu Gaji Polis Ismail Sabri


Oleh Bernama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) menyerahkan surat arahan pertukaran dan pemakaian pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Mansor Samsudin (dua, kanan) pada Upacara Pemakaian Pangkat Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (dua, kiri) dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kanan). --fotoBERNAMA KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan membincangkan isu gaji pegawai dan anggota polis dengan kementerian dan agensi berkaitan, kerana ia memerlukan kajian lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perbincangan itu antara lain melibatkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan yakin perbincangan awal berkaitan isu itu sudah berlangsung.
“Ini perlu perbicangan mendalam kerana melibatkan kewangan,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di Bera, Pahang hari ini.
Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N. Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.
Ismail Sabri berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media baru-baru ini, bahawa kadar gaji dan elaun polis terutamanya yang berpangkat rendah menjadi punca polis berhadapan masalah termasuk hutang dan difahamkan semakan terakhir gaji polis dibuat pada tahun 2010.

Sementara itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada polis yang cemerlang melaksanakan tugas sebagai pasukan barisan hadapan pandemik COVID-19 tanpa mengira waktu, meskipun dalam kesibukan melaksanakan tugas hakiki menjaga keselamatan negara.
Selain itu, lebih 150,000 penduduk Bera menerima berita gembira hari ini apabila Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera mengumumkan pembinaan beberapa balai dan pondok polis baharu, serta menambah baik balai sedia ada di beberapa lokasi strategik demi keselamatan penduduk selari dengan keperluan semasa.
Ini termasuk pembinaan balai dan pondok polis baharu di gugusan Felda Tembagau, Charuk Puting, Felda Bukit Mendi dan Bera Selatan, yang ketiadaan pondok polis menyebabkan penduduk sekitar perlukan sejam untuk tiba di balai polis berhampiran.
Ia juga selaras dengan kenaikan IPD Bera daripada gred C kepada gred B, yang antara lain membolehkan pertambahan jumlah keanggotaan daripada 300 orang kepada lebih 400 orang, yang dilihat sesuai dengan keluasan daerah itu yang hampir menyamai Melaka.
Peruntukan lebih RM2 juta juga diumumkan perdana menteri bagi projek penambahbaikan, antaranya pondok polis dan kuarters Triang, IPD Bera, balai polis Kuala Bera, balai polis Mengkarak, balai polis dan kuarters Kemayan, Bandar 32 serta Felda Mayam.
“Pertambahan anggota dan kewujudan balai baharu serta penambahbaikan yang dilakukan akan memberikan keyakinan kepada penduduk Bera dalam aspek keselamatan, selain membaiki kualiti perkhidmatan yang diterima rakyat,” katanya.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kdn-bincang-isu-gaji-polis-ismail-sabri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Akan Bincang Keperluan Wajibkan Vaksin Ismail Sabri

Kabinet Akan Bincang Keperluan Wajibkan Vaksin Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin COVID 19 sebelum dibawa ke Kabinet untuk dimuktamadkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun pengambilan pelalian itu belu...
Setelah Rentas Negeri Sudah Dibuka Tidak Logik Lagi Ismail Sabri Mahu Daruratkan Prn Melaka

Setelah Rentas Negeri Sudah Dibuka Tidak Logik Lagi Ismail Sabri Mahu Daruratkan Prn Melaka

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 681 hits
Sama ada PRN Melaka akan diadakan atau tidak semuanya masih lagi menjadi tanda tanya dan tiada jawapan yang pasti Mengikut rentetan yang berlaku meskipun DUN Melaka telah dibubarkan tetapi timbul pula desakan agar PRN Melaka didaruratkan be...
Mahfuz Omar Dr Ismail Salleh Isu Pandora Papers Bajet 2022

Mahfuz Omar Dr Ismail Salleh Isu Pandora Papers Bajet 2022

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 432 hits
ISU YANG DIKETENGAHKAN IALAH1 DALAM KONTEK RMK 12 DALAM KERAJAAN MELIHAT 12 KALI MERANCANG MASIH TAK LEPAS IALAH KEMISKINAN LUAR BANDAR 2 PEMIMPIN BUKAN TEMPAT MEMBINA KEKAYAAN DAN BUKAN MEMBANTU RAKYAT3 PEMIMPIN PAS TIDAK CAKNA SOAL JUDI A...
Kertas Pandora Ambil Tindakan Jika Ada Bukti Ismail Sabri

Kertas Pandora Ambil Tindakan Jika Ada Bukti Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tidak akan menghalang tindakan pihak berkuasa terhadap mana mana individu yang disebut dalam pendedahan Kertas Pandora berkenaan pemilikan aset kewangan luar pesisir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berka...
Ismail Sabri Tables 12mp At Dewan Negara

Ismail Sabri Tables 12mp At Dewan Negara

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 411 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob today tabled the 12th Malaysia Plan at the Dewan Negara The 12MP was tabled at the Dewan Rakyat on Sept 27 and passed last Thursday after being debated by 106 lawmakers The document which contains the coun...
Saksikan Sidang Media Khas Dari Pm Ismail Sabri Petang Ini

Saksikan Sidang Media Khas Dari Pm Ismail Sabri Petang Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 366 hits
Dalam muatnaik terbaru di laman Twitter rasmi Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pada jam 3 00 petang ini akan mengadakan satu sidang media khas yang bersiaran langsung dari saluran RTM BERNAMA Astro Awani...
Ismail Sabri Sedang Mendahului Persedian Pru

Ismail Sabri Sedang Mendahului Persedian Pru

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 396 hits
Strategi ini lambat laun dan tidak dapat tidak akan menjadi suara PENENTU bagi pihak umno samada akan bersama BERSATU dan PAS atau tidak di PRU15 Suara Presiden dan Timbalan Presiden jika MASIH berpegang kepada umno sdn bhd atau tidak selar...
Hiburan Penantian Berakhir Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok Pm Ismail Sabri

Hiburan Penantian Berakhir Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 448 hits
Penantian rakyat Malaysia kini berakhir apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa sekatan perjalanan rentas negeri telah pun ditarik balik dan dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021 ARTIKEL BERKAITAN A...
Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 391 hits
Umum mengetahui pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah sesuatu yang amat diperlukan pada masa ini Semua rakyat Malaysia berganding bahu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bersikap men...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Play88 Malaysia Online Casino The Trusted Choice


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram