Baik Ph Terus Jadi Pembangkang Dari Sokong Dr M Jadi Pm Lagi


Ng Xiang Yi & Annabelle Lee
Diterbitkan Hari ini 9:39 pm

WAWANCARA | PKR telah menggariskan beberapa "parameter" dalam usaha untuk menukar sokongan ahli parlimen terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut pemimpin parti, "memulakan sekali lagi" (usaha itu) tanpa Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri merupakan syarat utamanya.

Ketika wawancara dalam talian bersama Malaysiakini hari ini, Naib Presiden Chang Lih Kang menyenaraikan tiga parameter iaitu, Mahathir bukan peneraju; memastikan bahawa ahli parlimen yang menyeberang ke blok pembangkang bersetuju dengan "agenda reformasi"; dan mendapat kata sepakat di antara ketiga-tiga parti komponen PH sebelum menerima penukaran sokongan itu.

Mengulas lanjut, Chang berpendapat menjadikan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan membolehkan PH mendapat laluan bersih untuk melaksanakan reformasi dan mendapatkan kembali sokongan popular.

"Kami tidak setuju (mempunyai) Mahathir sebagai PM bukan lah kerana kami mahu presiden kami (Anwar) menjadi PM, tetapi kami fikir jika kami diberi satu lagi peluang untuk berada di dalam kerajaan lagi, maka perlu ada permulaan baru.

"Seperti yang telah kami lihat dalam 22 bulan pemerintahan HarapanPH, ada banyak masalah dan beberapa kesilapan. Kami pernah sangat popular di kalangan rakyat selepas PRU14 pada 2018 tetapi kami sangat dibenci pada pilihan raya kecil Tanjong Piai [...]

Anwar berkempen di majlis ceramah ketika PRK Tanjung Piai."Jadi jika kami memerintah lagi, kami harus menyingkirkan masalah ini dan bermula dari awal. Itulah sebabnya kami tidak boleh meminta Mahathir untuk menjadi PM lagi untuk kali ketiga, jika tidak, kami akan kembali semula pada keadaan yang sangat dibenci oleh pengundi (di Tanjong Piai)," katanya.

Chang berpendapat membiarkan Mahathir menjadi perdana menteri selama enam bulan sebelum peralihan kuasa kepada Anwar tidak dapat diterima, terutama semasa krisis kesihatan dan ekonomi akibat wabak Covid-19 yang memerlukan kepemimpinan negara yang stabil.

Halangan tukar PN

Penekanan pendirian PKR untuk memilih Anwar dan menolak Mahathir menjadi halangan dalam cubaan blok pembangkang untuk menumbangkan Perikatan Nasional.

Sekutu PKR, DAP dan Amanah pada mulanya menyokong Anwar dengan syarat beliau dapat mengumpulkan cukup ahli parlimen untuk memberi mereka majoriti.

Setelah PKR tidak dapat mencapai sasarannya pada 16 Jun lalu, DAP dan Amanah mahu PKR menganggap Mahathir sebagai calon perdana menteri

Sekutu-sekutu Mahathir berpendapat beliau mempunyai pengaruh untuk memenangi ahli parlimen Malaysia Timur - sokongan blok yang penting.
Hari ini, Chang (gambar, atas) berkata PKR masih "berusaha dengan sangat kuat" untuk melakukan perubahan tampuk pemerintahan negara berdasarkan parameternya dan dengan Anwar sebagai satu-satunya calon perdana menteri meereka.

Bagaimanapun, sekiranya rancangan itu gagal, Chang lebih suka PH terus menjadi "pembangkang yang baik" daripada membiarkan Mahathir menerajui blok pembangkang dan menjadi perdana menteri untuk kali ketiga.

"Kami akan berusaha sebaik mungkin tetapi jika kami tidak dapat sampai di sana, maka kami tidak dapat sampai di sana. Jadi biarkanlah. Kami hanya perlu menerima hakikat bahawa kami tidak mempunyai angka,” katanya.

"Kami sudah menentukan parameter kamu dan kami akan patuh terhadapnya. Kami telah putuskan tidak mahu Mahathir, maksudnya tidak mahu Mahathir sebagai perdana menteri lah," jelasnya.

Berhubung dakwaan DAP dan Amanah, Chang berpendapat bahawa "terlalu awal" mengatakan Anwar gagal meyakinkan ahli parlimen Sarawak untuk menyokongnya sebagai perdana menteri.

"Kami masih bercakap dengan ramai orang. Usaha menjatuhkan pemerintahan pintu belakang masih terus berjalan,” katanya.

PH kini mempunyai 106 kerusi sementara PN mempunyai 116 kerusi.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/baik-ph-terus-jadi-pembangkang-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sokong Bn Nasihat Calon Bn Prk Chini Terus Daulatkan Islam

Pas Sokong Bn Nasihat Calon Bn Prk Chini Terus Daulatkan Islam

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 408 hits
PEKAN Ahli PAS dalam DUN Chini akan memberi sokongan penuh terhadap calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain bagi memastikan kemenangan beliau dalam pilihan raya kecil DUN itu Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Chini Sarjuni Konting berkat...
Pkr Rela Jadi Pembangkang Dari Beri Mahathir Jadi Pm

Pkr Rela Jadi Pembangkang Dari Beri Mahathir Jadi Pm

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 336 hits
Baik PH terus jadi pembangkang dari sokong Dr M jadi PM lagi PKR telah menggariskan beberapa parameter dalam usaha untuk menukar sokongan ahli parlimen terhadap kerajaan Perikatan Nasional Menurut pemimpin parti memulakan sekali lagi tanpa ...
Di Mana Keadilan Pembangkang Gesa K Jaan Bongkar Kes Adib Mar 14 2019

Di Mana Keadilan Pembangkang Gesa K Jaan Bongkar Kes Adib Mar 14 2019

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 301 hits
WOIII MANA DIA DAH DIAM MASUK GUA KA MACAMANA KEH KEH KEH WOIII KEADILAN UNTUK ARWAH MANA
Adun Pkr Sungai Acheh Akan Melompat Ke Kem Pembangkang

Adun Pkr Sungai Acheh Akan Melompat Ke Kem Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 483 hits
Spekulasi mengenai Adun Sungai AchehTimbul spekulasi yang Adun Sungai Acheh daripada PKR Zulkifli Ibrahim akan melompat ke kem pembangkang dengan mengisytiharkan dirinya mesra Perikatan Nasional Baru baru ini Zulkifli dilantik sebagai ahli ...
03 Jalan Terus Salah Apabila Kau Hanya Memendam Rasa

03 Jalan Terus Salah Apabila Kau Hanya Memendam Rasa

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 1207 hits
Semalam ditinggalkan dan hari ini muncul lagi Di kafetaria Waktu rehat dan waktu untuk makan tengah hari Aku duduk menyandar malas di kerusi menghadap teman sekerja Siti Meja kami agak jauh ke belakang Aku memang suka begini Tidak sesak den...
Nak Jadi Kerajaan Balik Ka Nak Jadi Pembangkang Sampai Mampoih Ka Pun Ok Ja

Nak Jadi Kerajaan Balik Ka Nak Jadi Pembangkang Sampai Mampoih Ka Pun Ok Ja

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 361 hits
Ya Kita wajib saling hormat menghormati sesama kita Yang paling penting masing masing mempunyai hak untuk berbeza Bila MP s PKR mengeluarkan kenyataan rasmi menolak Tun M dan memuktamadkan calon PM 9 hanyalah DSAI Itu adalah hak mereka Dala...
Hentikan Gangguan Tindas Kebebasan Bersuara Mp Pembangkang Ph

Hentikan Gangguan Tindas Kebebasan Bersuara Mp Pembangkang Ph

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 260 hits
Siri siasatan berterusan terhadap Ahli Ahli Parlimen Pembangkang sejak kebelakangan ini kelihatan menjurus ke arah intimidasi dan melanggar hak kebebasan bersuara di Malaysia Sehubungan itu Majlis Setiausaha Pakatan Harapan memandang serius...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina