Bahtera Umno Makin Karam Menuju Pru15



UMNO sudah melalui zaman kejatuhannya sebelum ini. UMNO juga dikatakan sedang menjalani fasa membetulkan diri dan cuba naik kembali dalam pelbagai strategi serta peranan pemimpin mereka.

Kerjasama parti Melayu paling lama negara itu dengan beberapa parti, termasuk yang pernah menghumban mereka keluar dari Putrajaya, menimbulkan pelbagai persepsi

Ia sebenarnya memberi impak yang pelbagai dari semua perspektif serta pendapat positif dan negatif sekali gus membuka pelbagai andaian penganalisis politik kepada masa depan parti itu sendiri

Namun, naluri parti mungkin dijentik apabila Tan Sri Annuar Musa menyatakan UMNO perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Kadang-kadang kita masih dalam kepompong. Kita rasakan UMNO sekarang masih macam UMNO dahulu yang mana kita perlu dilayan begini dan begitu

"Kita lupa kita datang dari parti yang telah jatuh, dah kalah, tetapi secara berperingkat kita bina semula kekuatan. Jika bercakap soal layanan, layanan macam mana yang kita mahu," jelas Annuar semasa diwawancara portal parti itu baru-baru ini

Teguran Annuar itu sebenarnya cukup berani dan jelas agar UMNO tidak mendabik dada sebagai seorang 'Abang Besar' yang sebelum ini menjadi pemutus keputusan untuk kerajaan - realitinya hari ini, UMNO sudah kalah dan jatuh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Annuar sendiri pasti sudah menjangka dicemuh dengan kenyataannya yang seolah-olah berpihak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Ketereh itu juga tentunya sedar sejak sehari dua ini menjadi topik perbincangan pelbagai pihak di dalam parti termasuk di laman sosial yang mendakwanya kini mendahului Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam isu taktikal serta dasar parti

Tindakan Annuar ini membuka semula ruang perbezaan pendapat serta persepsi di kalangan pemimpin UMNO. Pada saat PRU15 dikatakan mahu diadakan juga dalam prosedur operasi standard (SOP) selepas beberapa negara lain berjaya menjalankan proses pengundian, situasi pasti menjadi lebih rumit untuk UMNO memberi penerangan kepada rakyat dalam menuju hari pembuangan undi

Masih kabur
Rakyat di bawah masih kabur, masih perlu dijelaskan dalam pelbagai isu dalaman parti agar mereka tidak membuat pendapat sendiri di kedai kopi yang mungkin menjadi isu besar dan lebih menyedihkan tidak benar sama sekali

Akar umbi mahu tahu apakah nasib Ahmad Zahid yang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah dan kesan ke atas UMNO yang menjadi penentu hidup atau mati parti keramat orang Melayu itu

Tiga juta ahli UMNO juga mahu jelas terhadap nasib bekas presiden, Datuk Seri Najib Razak yang membawa imej besar dalam parti walaupun sudah didapati bersalah dalam kes melibatkan SRC International Sdn Bhd

Mereka juga ingin tahu apakah susulan khabar angin yang mengatakan langkah Najib serta sokongan untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bagaimana tidak, migrain ahli UMNO perlu dicari penawar untuk menjelaskan cadangan bersama dengan Anwar dalam sebuah kapal yang bernama kerajaan selepas berpuluh-puluh tahun bergasak untuk menewaskan ikon reformasi itu sejak zaman Pakatan Rakyat (PR) sehingga ke Pakatan Harapan (PH)

Pada saat menanti apakah tindakan Ahmad Zahid, bagaimana strategi yang akan digunakan, teori apa yang perlu diaplikasi untuk membawa UMNO melayari bahtera bersama kesetiaan kepada seorang nakhoda, orang nombor dua, Datuk Seri Mohamad Hasan pula dilihat sepi tanpa berita

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga seolah-olah tidak melakukan apa-apa usaha untuk mengembalikan keyakinan pengundi selain penerangan hala tuju UMNO.


Masih senyap
Selain Ahmad Zahid dan Mohamad, panglima-panglima lain dalam UMNO juga perlu dipertikai kerana senyap seribu bahasa kini

Apakah mereka sudah terlampau selesa dalam dunia masing-masing tanpa memperdulikan rintihan serta keresahan ahli yang semakin lama semakin keliru dengan apa yang sedang dan bakal berlaku

Ahli bawahan ini juga sudah tersekat langkah dan tidak tahu apa lagi yang mahu diceritakan kepada rakyat terutama orang Melayu untuk menerangkan langkah susulan yang mahu dilakukan panglima-panglima parti demi masa depan yang lebih baik

Menteri-menteri UMNO seperti Datuk Seri Ismail Sabri juga masih belum membuat penjelasan kepada akar umbi UMNO dalam isu hala tuju parti walau tidak dinafikan tampil hampir setiap hari di kaca televisyen dalam isu penerangan usaha menangani COVID-19

Ahli UMNO juga menanti apakah langkah seterusnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein setelah tidak mahu bertanding pada pemilihan UMNO sebelum ini selepas BN kalah pada PRU yang lalu

Mereka melihat Hishammuddin saban hari terlalu sibuk dengan kerja-kerja di kementeriannya sehingga ahli-ahli UMNO ternanti-nanti maklumat dan strategi untuk mula bekerja menuju PRU15

Situasi bertambah parah apabila beberapa menteri UMNO di dalam kerajaan PN yang sudah dicop 'berwajah UMNO tetapi berjiwa Bersatu' seperti dilabel ke atas Datuk Dr Noraini Ahmad dan Khairy Jamaluddin yang masing-masing menerajui kementerian penting pada masa ini

Realitinya, akar umbi UMNO terpinga-pinga menantikan strategi, pelan tindakan dan hala tuju daripada pimpinan parti itu untuk digembelingkan dalam usaha mereka untuk kembali menang pada PRU akan datang, setidak-tidaknya mencatatkan prestasi lebih baik berbanding PRU14

Keputusan lebih baik tentu mengembalikan kepercayaan rakyat yang satu masa dahulu melihat UMNO sebagai parti pemerintah dan boleh membantu akar umbi dalam pelbagai aspek

Inilah masa paling tepat untuk bermuhasabah, mengenang kembali nasib, belajar dari sejarah serta menilai kembali kepimpinan teraju utama parti hari ini bukan lagi pimpinan yang layak untuk membawa UMNO kembali ke era kegemilangannya

Jika tetap gagal, status 'Abang Besar' yang pernah dipegang akan menjadi lipatan sejarah selain diambil alih oleh Bersatu atau Pas

Parti selain UMNO itu juga berpotensi untuk mendapat tempat di hati rakyat yang mahukan pemimpin yang bersih, kompeten dan mampu menyatukan semua, tidak kira parti atau kaum di negara ini.

Wan Syamsul Amly
wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI
lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/bahtera-umno-makin-karam-menuju-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Pas Tak Kerjasama Dengan Umno Jika Tanpa Bersatu Annuar

Pru15 Pas Tak Kerjasama Dengan Umno Jika Tanpa Bersatu Annuar

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 351 hits
Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu seperti rancangan awalnya dahulu menurut setiausaha agung BN Annuar Musa Katanya ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut ...
Pru15 Bersatu Pahang Harap Umno Terima Seruan Muhyiddin Bentuk Gabungan Besar

Pru15 Bersatu Pahang Harap Umno Terima Seruan Muhyiddin Bentuk Gabungan Besar

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 351 hits
198 total views 138 views today Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang berharap UMNO menerima seruan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kepimpinan parti Melayu Islam membentuk gabungan terbesar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum...
Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung

Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 270 hits
KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin buat masa ini memilih untuk tidak terbabit dalam perbalahan atas isu pembahagian kerusi dengan rakan politik di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang Ketua Barisan Nasiona...
Umno Tidak Sertai Pn Dan Akan Guna Logo Bn Dalam Pru15 Kata Ismail Sabri

Umno Tidak Sertai Pn Dan Akan Guna Logo Bn Dalam Pru15 Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 15 susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional sebagai salah satu komponen kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob UMNO juga memb...
Bersedialah Umno Untuk Terima Hukuman Kali Kedua Pada Pru15

Bersedialah Umno Untuk Terima Hukuman Kali Kedua Pada Pru15

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 548 hits
Saya lihat kebelakangan ini kita mula serang sesama kita di sosial media dan di lapangan Bagi saya ini satu perkara yang tidak baik buat parti UMNO jika berterusan berpanjangan Selaku pemimpin muda dalam UMNO saya mengambil pendekatan untuk...
Noraini Bidas Fitnah Tersebar Dakwa Beliau Berwajah Umno Tapi Jiwa Bersatu

Noraini Bidas Fitnah Tersebar Dakwa Beliau Berwajah Umno Tapi Jiwa Bersatu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 351 hits
Umno Wanita chief Datuk Dr Noraini Ahmad IZZRAFIQ ALIAS The Star July 4 2018 Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu adalah tidak benar sama sekali kata Ketua Wanitanya...
Tun M Memang Tidak Suka Anwar Dan Dap Dan Merancang Untuk Bersama Umno

Tun M Memang Tidak Suka Anwar Dan Dap Dan Merancang Untuk Bersama Umno

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 231 hits
INTI PATI KLIP VIDEO 1 MEMANG TUN M DAN BERSATU MERANCANG UNTUK KELUAR DARI PH 2 MEMANG TUN M AKUI BELIAU TIDAK SUKA KEPADA ANWAR DAN DAP 3 TUN M MEMANG MAHU BERSAMA UMNO TETAPI PERLUKAN SEDIKIT MASA OLEH KERANA ITU JANGAN PELIK BILA TIBA2 ...
Umno Has More Chinese Support Than Dap New Poll Finds

Umno Has More Chinese Support Than Dap New Poll Finds

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 350 hits
A poll by Emir Research showed only a quarter of Chinese respondents expressing support for DAP PETALING JAYA A recent opinion poll has found that Umno had garnered a higher share of support from Chinese respondents than did DAP which has t...
Lebih Ramai Orang Cina Sokong Umno Daripada Dap Kata Kajian Terbaru

Lebih Ramai Orang Cina Sokong Umno Daripada Dap Kata Kajian Terbaru

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 392 hits
PETALING JAYA Kajian pendapat terbaru mendapati Umno memperoleh lebih banyak sokongan daripada responden Cina berbanding DAP yang lazimnya menikmati sokongan baik dalam kalangan komuniti itu Dapatan yang dikeluarkan hari ini daripada kajian...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan