Bahtera Kuno Pulau Melaka Merungkai Tamadun Maritim Melayu


Bahtera Kuno Pulau Melaka, Merungkai Tamadun Maritim Melayu
MELAKA, 1 Dis (Bernama) — Suasana di tapak ekskavasi kapal purba di Pulau Melaka yang hingar-bangar dengan bunyi jentera dan suara kru ekspedisi tiba-tiba sunyi di saat beberapa serpihan kayu bersaiz gergasi yang terbenam sejauh tiga meter di dalam selut paya bakau, dinaikkan ke permukaan.
Kru yang sebelum ini memerah keringat membuat kajian dan mencari gali di tapak bersaiz 12 x 12 meter persegi itu juga bagaikan kehilangan kata-kata apabila mendapati serpihan dan bongkah kayu tersebut dipercayai sebahagian daripada badan bahtera purba milik golongan bangsawan, bukan kapal dagang biasa seperti ditanggapi sebelumnya.
Keterujaan pasukan ekskavasi yang dianggotai pakar dan penyelidik daripada Jabatan Warisan Negara (JWN) dan sukarelawan daripada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu itu bertambah apabila mengetahui kapal purba berkenaan berusia lebih awal dari sejarah rasmi penubuhan Melaka oleh Parameswara pada abad ke-14.
Berdasarkan ujian pentarikhan radiokarbon ke atas sampel yang dijalankan di Amerika Syarikat, usia struktur itu dianggar dari abad ke-13 Masihi.
Turut ditemukan duit syiling zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah serta serpihan porselin yang dipercayai menjadi petunjuk bahawa kapal itu milik pembesar Kesultanan Melayu Melaka.
BONGKAR RAHSIA KAYU BAHTERA KUNO
Berkongsi pengalaman saat penemuan bersejarah itu kepada Bernama, Ahli Arkeologi Berdaftar Darat dan Bawah Air Muhammad Termizi Hasni berkata meskipun beliau telah lebih 17 tahun terlibat dalam ekskavasi dan penyelidikan arkeologi termasuk membongkar kubur lama dan bahtera yang merekodkan kematian ratusan nyawa saat kapal tenggelam, debar yang dirasainya tatkala serpihan kapal dinaikkan itu amat luar biasa.
“Meskipun ini ekskavasi fasa keempat, perasaan itu masih sukar untuk diungkapkan. Teruja sudah tentu tapi banyak persoalan berbanding jawapan yang ada dalam kepala ini memandangkan bongkah dan serpihan kayu yang tertanam di dalam tanah itu mempunyai sifat hasil buatan tangan manusia.
“Apatah lagi di saat mengeluarkan, mencuci dan mendokumentasikan bongkah kayu itu… kerana ketika itu semuanya (ciri-ciri) seperti ragam hias, tanggam dan juga pasaknya yang unik (mula kelihatan). Apabila semua ini terserlah, kian banyak persoalan muncul,” jelasnya.
Usaha membongkar misteri arkeologi di kawasan itu yang dipercayai mungkin pernah menjadi lokasi peperangan dan laluan perdagangan, bermula pada 2020 dan diteruskan dengan fasa kedua pada 2021 sementara fasa ketiga pada 2025.
Membuka kisah penemuan pada September lalu tersebut, Muhammad Termizi berkata segalanya bermula apabila kerja cari gali pada fasa ketiga yang dilakukan telah menemukan beberapa keping serpihan kayu di lokasi paya bakau berkenaan dan cantuman kepingan-kepingan kayu itu menzahirkan bentuk sebuah kapal.
Pada fasa pertama dan kedua, kerja-kerja ekskavasi dilakukan hanya di permukaan, iaitu sekitar satu hingga dua meter di dalam lumpur dan menemukan banyak duit syiling, tembikar dan seramik.
Apabila saiz petak carian diperluas, di situlah bermulanya penemuan kayu-kayu yang terpacak di permukaan air, dan menurut Muhammad Termizi cari gali yang dilanjutkan ke fasa ketiga itu telah membolehkannya membuat profil dan ujian geofizik untuk menilai sejauh mana kayu terbabit tertanam sebelum disusuli dengan ujian pentarikhan radiokarbon dan jenis kayu.
“Sebenarnya kita hendak letak semula serpihan kayu di dalam laut bagi tujuan pemuliharaan memandangkan proses pentarikhan pada kayu tersebut menerusi sampel telah dilakukan. Jadi, kayu itu ada harga, sudah ada nilai sejarah walaupun pada ketika itu kita tidak tahu lagi ia adalah kayu kapal, (sama ada) boleh dicantum semula atau tidak,” katanya.
“Tapi selepas kerja-kerja menggali terkini dilakukan dan semua serpihan kayu tersebut dikeluarkan, kita semua terkejut… rupa-rupanya kayu itu mempunyai bentuk dan corak yang menjelaskan fungsinya. Di sinilah keputusan dibuat sama ada hendak diteruskan penggalian atau diawet secara letak semula di dalam laut,” katanya.
Menurutnya, susulan itu pihak berkaitan memutuskan untuk meneruskan ekskavasi memandangkan bukti yang menunjukkan serpihan kayu tersebut adalah daripada sebuah kapal besar semakin ketara, selain terdapat komponen-komponen kapal.
“Bagi memastikan kayu-kayu tersebut kekal terpelihara, pihak Perzim dan JWN telah membina satu kolam di Muzium Kapal Selam, dan di situ kajian seterusnya yang lebih mendalam akan dilakukan bagi tujuan dokumentasi yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun.
“Sementara di tapak penemuan pula, kita akan masuk semula pada Disember ini untuk menyambung kerja-kerja pencarian seterusnya, dan akan ada petak-petak cari gali baharu dibuka,” katanya, menambah buat masa ini kerja-kerja ekskavasi melibatkan 24 pakar arkeologi.
BUKAN KAPAL DAGANG BIASA
Berkongsi lanjut, Muhammad Termizi yang juga kurator bahagian arkeologi JWN, berkata lelah sepanjang cari gali terbayar dengan penemuan relik yang menghasilkan intrepretasi kukuh terhadap nilai sejarah dan juga warisan negara itu.
“Apa yang terdetik dalam hati saya ketika objek itu dikeluarkan adalah harapan setiap kayu tersebut mempunyai bentuk, hias, corak dan motif kerana ia memberi justifikasi penting dalam mentakrifkan warisan negara,” katanya.
Tegasnya penemuan terkini itu bukan sahaja indikator penting akan kehebatan Melaka sebagai kuasa maritim tetapi juga permulaan kepada penulisan semula satu bab sejarah Melaka malah Nusantara.
Ulasnya kajian awal berdasarkan teknik pembinaan yang menunjukkan serpihan bukan berasal daripada kapal dagang biasa sebaliknya milik golongan bangsawan, mengukuhkan naratif bahawa pelabuhan Melaka bukan sekadar persinggahan dagang tetapi turut membenarkan hakikat keunggulan Melaka dalam dunia pelayaran dan pembinaan kapal di Nusantara.
Bahkan, serpihan kapal kuno itu menjadi bukti akan kewujudan satu pelabuhan yang menggantikan pelabuhan tamadun Kerajaan Kedah Tua yang mula merosot sekitar abad ke-12 hingga 13 Masihi.
Mengimbas kembali, sejarah Melaka bermula apabila Parameswara, seorang putera raja dari Palembang, telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, beliau lari mencari perlindungan di Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam.
Pada 1396, beliau dan para pengikutnya diusir dari Temasik dan akhirnya telah sampai di Bertam, iaitu berdekatan muara Sungai Melaka, lalu membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.
Kedudukan strategik, iaitu di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur, telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal singgah setiap tahun.
Era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir pada 1511 selepas ditakluki Portugis.
BUKTI KEPAKARAN ORANG MELAKA DALAM BIDANG MARITIM
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya JWM Ruzairy Arbi berkata selain tarikh, saiz dan bahan yang digunakan untuk membina kapal tersebut, penemuan berkenaan juga dapat membuktikan bahawa kepakaran orang Melaka dalam dunia maritim telah lama.
“Kita berkeyakinan serpihan kayu kapal ini adalah daripada kapal yang pernah wujud antara 1200 dan 1300 – lebih awal dari sejarah rasmi penubuhan Melaka yang bermula sekitar abad ke-13 – dengan panjang kapal dianggar 50 hingga 70 meter, sekali gus menjadikan bahtera ini lebih besar berbanding kapal Mendam Berahi yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah,” katanya.
Menurut catatan, Mendam Berahi yang dikatakan digunakan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka pada awal abad ke-16 itu bersaiz sekitar 54 meter panjang dan sering dijadikan sebagai aras tanda bukti kemahiran orang Melayu dalam pembinaan kapal dan bidang maritim.
Jelas Ruzairy, setakat ini antara komponen utama yang ditemukan ialah badan, haluan, lantai dan blok kayu besar yang dipercayai sebahagian daripada struktur utama kapal. Saiz serta kehalusan pembinaannya mencerminkan kemajuan teknologi pertukangan kapal di Melaka ketika itu.
Lebih menarik, katanya hasil analisis awal mendapati struktur kayu itu sepadan dengan teknik pembinaan kapal besar yang pernah digunakan oleh pembesar dan bangsawan pada era kegemilangan Melaka.
Menguatkan hujahan katanya keputusan ujian makmal yang yang dijalankan di Amerika Syarikat itu turut mendapati kapal berkenaan menggunakan kayu saga dan merbau, iaitu sumber kayu tempatan.
“Lebih luar biasa, kapal itu juga tidak menggunakan sebarang paku logam tetapi bergantung sepenuhnya pada teknik pasak kayu untuk menyambung dan mencantum komponen,” katanya, menambah hal itu secara langsung membuktikan teknik pasak dan penggunaan paku tembaga telah lama diterima guna, dan masih digunakan oleh pembina kapal di Makassar, Sulawesi hingga hari ini.
Menurut beliau, setakat ini proses menyahpasang dan memindahkan komponen kapal sedang dilakukan bagi menjalankan proses konservasi selanjutnya memandangkan selain kayu, serpihan mangkuk porselin dan duit siling yang dipercayai dari era pemerintahan Sultan Mahmud Shah turut ditemukan di tapak penggalian.
Apabila segala proses termasuk dokumentasi selesai, kesemua komponen dan artifak yang ditemukan itu akan dipelihara dan dipamerkan kepada umum antaranya di Muzium Melaka, katanya.
UBAH LANDSKAP SEJARAH MELAKA DAN NUSANTARA
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof ketika mengulas penemuan itu, berpendapat artifak tersebut berpotensi mengubah landskap kajian sejarah mengenai era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka – dari abad ke-15 hingga awal abad ke16 – memandangkan turut dijumpai beberapa relik penting termasuk duit syiling lama yang dikaitkan dengan pemerintahan Sultan Mahmud Shah, iaitu sultan terakhir Melaka yang bermula pada 1488 sebelum kejatuhan kota itu ke tangan Portugis pada 1511.
“Penemuan tersebut berpotensi membantu pakar sejarah menilai semula beberapa fakta penting berkaitan perdagangan dan hubungan diplomatik Melaka dengan dunia luar pada abad ke-15 dan saya berharap dengan penemuan ini, kita mungkin dapat meluruskan semula beberapa fakta yang telah diubah atau diseleweng sejak sekian lama, memandangkan selama ini sejarah kita banyak bergantung pada catatan lama.
“Sudah tentu kita akan memastikan setiap penemuan direkodkan dan disahkan oleh pakar bagi menjamin ketulenannya sebagai bahan bukti sejarah rasmi,” katanya ketika melawat tapak penemuan.
Sebagai langkah memastikan kerja ekskavasi berjalan lancar, kerajaan Melaka akan mewartakan kawasan penemuan serpihan kayu tersebut zon larangan bagi memberi laluan kerja-kerja ekskavasi oleh JWN.
Ab Rauf menjelaskan pewartaan itu bertujuan mengelak sebarang pencerobohan dan memastikan semua penemuan artifak di kawasan berkenaan diselamatkan kerana ia merupakan satu kesan sejarah yang cukup bermakna, bukan sahaja untuk Melaka, tetapi juga negara.
Beliau turut yakin penemuan tersebut akan memberi impak besar kepada sektor pelancongan Melaka serta mengangkat kembali nama negeri itu sebagai pusat sejarah dan warisan dunia.
Sumber: BERNAMA
The post Bahtera Kuno Pulau Melaka, Merungkai Tamadun Maritim Melayu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/01/bahtera-kuno-pulau-melaka-merungkai-tamadun-maritim-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 168 hits
Sagu gula melaka ni antara juadah pencuci mulut yang menjadi kegemaran bila bulan Ramadan Tapi si hero sorang ni asik la sebut nak makan benda ni Katanya dah lama ommi tak buat padahal baru beberapa minggu buatkan umtuk mereka hihi sabar je...
Menginap Di Homesay Ad Lia Villa Melaka

Menginap Di Homesay Ad Lia Villa Melaka

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 209 hits
nbsp Menginap di Homesay Ad Lia Villa Melaka Weekend baru nbsp ni nieyl dan sebahagian family nieyl bercuti di Melaka dan nbsp menginap di Homesay Ad Lia Villa Melaka dan villa ini memang buat nieyl nbsp rasa seperti balik rumah sendiri tap...
Tekanan Rendah Di Selat Melaka Jangkaan Hujan Lebat Di Utara Barat Semenanjung Metmalaysia

Tekanan Rendah Di Selat Melaka Jangkaan Hujan Lebat Di Utara Barat Semenanjung Metmalaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 228 hits
Tekanan Rendah Di Selat Melaka Jangkaan Hujan Lebat Di Utara Barat Semenanjung METMalaysia KUALA LUMPUR 23 Nov Satu sistem tekanan rendah yang terbentuk di Selat Melaka dan kini berada di kedudukan 5 4 U 98 3 T berhampiran perairan utara Se...
Low Pressure System Over Melaka Straits To Bring Heavy Rain To North West Peninsula

Low Pressure System Over Melaka Straits To Bring Heavy Rain To North West Peninsula

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR A low pressure system over the Straits of Melaka at 5 4 N 98 3 W near the waters north of the peninsula is expected to bring heavy rain strong winds and choppy sea conditions to several states from Nov 23 to 25 Malaysian Meteor...
12 Hidden Gems Di Negeri Sembilan Melaka Yang Wajib Pergi

12 Hidden Gems Di Negeri Sembilan Melaka Yang Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 212 hits
12 Hidden Gems Di Negeri Sembilan Melaka Yang Wajib Pergi Setiap kali tiba musim cuti mesti ramai yang pening nak pilih destinasi Ada yang suka jalan jauh hingga ke luar negara tapi sebenarnya dalam Malaysia pun ada banyak tempat menarik ya...
Melaka Bachelor Wins Rm20 17mil In Partial Toto 4d Jackpot

Melaka Bachelor Wins Rm20 17mil In Partial Toto 4d Jackpot

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR A 61 year old bachelor from Melaka became a multi millionaire after a partial win of Toto 4D Jackpot 1 worth RM20 17mil The retired oil palm estate supervisor won the amount from a total jackpot of RM20 32mil on November 23 As ...
Peguam Gesa Bukit Aman Siasat Kes Polis Melaka Tembak Mati 3 Lelaki

Peguam Gesa Bukit Aman Siasat Kes Polis Melaka Tembak Mati 3 Lelaki

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 282 hits
Alysha EdwardPETALING JAYA Peguam mewakili keluarga tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal Melaka bulan lepas menuntut Bukit Aman agar menyiasat kematian tersebut mendakwa mangsa dibunuh execution style berdasarkan bukt...
Makluman Fenomena Air Pasang Besar Di Melaka Yang Dijangka Berlaku Pada 1 Hingga 9 Disember 2025

Makluman Fenomena Air Pasang Besar Di Melaka Yang Dijangka Berlaku Pada 1 Hingga 9 Disember 2025

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 176 hits
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka Berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 1 hingga 9 Disember 2025 Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati hati dan mengambil langkah persediaan menghadapi
Melaka On High Alert For King Tide Phenomenon From Today Until Dec 9

Melaka On High Alert For King Tide Phenomenon From Today Until Dec 9

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 209 hits
MELAKA Melaka is prepared to face any possibility from the king tide phenomenon forecast along the state s coastline from today until Dec 9 Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh said that all relevant agencies have been mobilised and plac...
Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis

Lirik Lagu Take Me Home Amir Masdi

Keedsflix Perkasa Pendidikan Islamik Berteraskan Digital Dengan Pembangunan Cawangan Dan Hq Baharu