Bahaya Laptop Terlalu Panas
Pembentukan habuk boleh menghalang proses penyejukan laptop anda dengan betul, dan haba itu boleh menyebabkan kerosakan pada laptop anda. Kipas laptop anda juga mungkin berfungsi pada tahap maksimum lantas menyebabkan bateri anda cepat dialirkan.
PUNCA LAPTOP OVERHEAT!
kipas laptop yang rosak dan tidak berfungsi, menyebabkan laptop tersebut menjadi cepat panas dan seterusnya menyebabkan komponen dalam laptop tersebut tersebut yang seterusnya menjadikan laptop mati secara tiba-tiba.Kipas laptop rosak biasanya di sebabkan kipas tersebut penuh dengan habuk atau tidak diservis sehingga menyebabkan udara terhalang dari keluar masuk.
Kalau anda pernah servis laptop/PC, pasti anda sudah kenal dengan thermal paste. Tapi apa fungsi dan kepentingan thermal paste ini sebenarnya?
Thermal paste (atau thermal gel, thermal compound, thermal grease, chip coolant dan sebagainya) adalah sejenis bahan yang anda letak pada CPU/Heatsink anda untuk tujuan penyejukan.
Ia diperbuat dari silikon dan zink oksida atau seramik dan perak. Sebab itu kebanyakan thermal paste berwarna kelabu atau putih.
Fungsi utama thermal paste ialah memastikan tiada ruangan udara atau jarak antara permukaan CPU dan Heatsink. Ia bertujuan untuk memudahkan proses penghantaran haba dari prosesor ke heatsink.
Permukaan heatsink dan prosesor yang tidak rata memerlukan thermal paste untuk memaksimumkan penyejukan heatsink. Sistem penyejukan dalam komputer sahaja tak mampu mengawal kepanasan cip prosesor di motherboard.
Anda boleh lihat bagaimana thermal paste menutup ruang kosong antara prosesor dan heatsink supaya haba dapat di transfer dengan lebih efektif. Tanpa thermal paste, ruang tersebut akan memerangkap haba sehingga konduksi panas meningkat.
Kesannya prosesor akan lebih cepat panas dan suhunya akan melambung tinggi sehingga merosakkan laptop dan motherboard anda. Kalau nak tahu, suhu ideal bagi sesebuah laptop/PC ialah dibawah paras 60 ºC. Paling bagus ialah diantara 45-50 ºC.
Jadi jika tiba-tiba suhu laptop anda mencecah had yang sepatutnya, itu tandanya anda perlu ganti thermal paste yang baru.
Sama seperti komponen yang lain, thermal paste pun perlu diganti sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini kerana ia akan mengeras dan tidak lagi efektif sebagai agent penyejuk. Tapi sebaiknya enam bulan sekali.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKANMenggunakan thermal paste berulang kali sampai kering. Perlu diingatkan bahawa thermal paste hanya boleh digunakan sekali sahaja, dan perlu diganti yang baru. Thermal paste yang sudah kering tidak lagi efektif untuk penyejukan CPU anda.Meletakkan terlalu banyak thermal paste hingga meleleh di tepi CPU. Pastikan thermal paste diletakkan dengan kuantiti yang betul, iaitu, kira-kira saiz sebiji kacang atau beras. Cecair thermal paste yang berlebihan tidak memberi kesan yang lebih efektif, malah memudaratkan komponen yang lain.
Kebanyakkan kipas penyejuk yang terdapat di bawah laptop anda biasanya di gabungkan bersama Heat Sink di dalamnya, jika di guna terlalu lama, habuk akan berkumpul semakin lama semakin tebal pada heat sink tersebut dan akhirnya setelah sekian lama pengumpulan habuk yang tebal pada heat sink akan menghalang laluan angin untuk keluar, maka haba panas akan terperangkap di dalam laptop dan pasti mendatangkan kesan pada komponen internal / dalaman laptop anda
source, frlaptop & topixtechnology
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafiksolutions.com/2021/09/bahaya-laptop-terlalu-panas.html