Bahaya Kurang Atau Terlebih Garam Dalam Badan Yang Ramai Tidak Tahu


Garam adalah bahan yang sangat biasa digunakan dalam masakan seharian, dan pengambilan garam penting kepada kesihatan jika diambil dalam jumlah berpatutan. Garam biasa dalam bentuk hablur atau kristal halus.


Tanpa garam, sesuatu hidangan akan menjadi tidak enak dimakan dan tawar serta tidak menyelerakan. Garam digunakan oleh manusia sejak zaman dulu, terutama untuk mengawet makanan.

Garam diletakkan dalam makanan yang berbentuk nyata serta tersembunyi, dan kebanyakan makanan proses mengandungi jumlah kandungan garam yang tinggi.

Malangnya, kebanyakan orang ramai tidak sedar atau tidak peduli mereka memakan garam secara berlebihan, sehinggalah ditimpa musibah penyakit.

Kira-kira 75 peratus daripada garam dalam diet seharian datangnya dari makanan terproses.

Di samping itu makanan seperti roti, bijirin serta makanan manis juga mengandungi garam walaupun tidak berasa masin dan ini antara faktor mempengaruhi kesukaran seseorang mengurangkan garam sedia ada pada sesuatu makanan.

Garam biasa juga dikenali sebagai sodium klorida yang berasal dari laut dan lombong garam.

Selain garam biasa, sumber sodium dalam makanan atau minuman proses juga dilabel dengan nama seperti sodium benzoate, sodium nitrat, sodium bikarbonat dan monosodium glutamat (MSG).

Bahaya Terlebih Makan Garam

Garam biasanya mengandungi tidak kurang dari 95 peratus natrium klorida (NaCl) dengan kandungan sodium (natrium) sebanyak 40 peratus dan garam biasanya dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi.

Kajian sains menunjukkan dengan mengurangkan pengambilan garam, tekanan darah seseorang individu boleh dikurangkan dan dikawal dengan lebih baik.

Sebagai contoh, pengurangan garam secara sederhana dalam tempoh empat minggu atau lebih boleh mengurangkan tekanan darah dengan nyata dalam kalangan individu dewasa yang mempunyai tekanan darah normal atau tinggi.

Kajian meta analisis yang dilaporkan dalam British Medical Journal (BMJ) pada 2009 menunjukkan, pengurangan pengambilan garam dalam sehari boleh mengurangkan paras tekanan darah dan secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan jantung dan strok.

Berdasarkan kajian oleh Scientific Advisory Committee on Nutrition pada 2003, ada bukti saintifik terkini menunjukkan pengambilan garam yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi tekanan darah dan risiko beberapa penyakit seperti osteoporosis, penyakit asma, kanser dan obesiti.

Kajian di Malaysia menunjukkan pengambilan garam adalah tinggi iaitu 8.7gram sehari berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang lima gram sehari.

Sumber Garam Dalam Makanan

Garam diambil dalam jumlah tinggi apabila seseorang mengambil makanan proses seperti makanan tin, kicap, sos, ikan masin, ikan bilis, bebola ikan, bebola daging, bebola udang, makanan sejuk beku, daging proses seperti burger, nuget, sosej, jajan, kerepek dan keropok.

Seseorang yang mempunyai paras sodium (natrium) tinggi di dalam darah berisiko menghidap hipertensi atau darah tinggi, seterusnya berisiko mendapat serangan sakit jantung dan strok.

Berdasarkan Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, dianggarkan 32.7 peratus atau 5.8 juta orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap hipertensi.

Manakala Kajian Beban Penyakit (Burden of Disease Study) di Malaysia pada 2014 menunjukkan, penyakit yang menjadi penyumbang utama kepada kematian rakyat Malaysia adalah penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Hipertensi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi jangka masa panjang seperti penyakit strok, sakit jantung koronari, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan kerosakan mata.

Masalah utama hipertensi adalah, ia tidak mempunyai tanda pada peringkat permulaannya. Oleh itu, seseorang perlu kerap membuat pemeriksaan tekanan darah di klinik atau pusat kesihatan.

Jika seseorang tidak mengendahkan tekanan darahnya dan hanya mendapatkan rawatan setelah terkena komplikasi seperti serangan jantung atau strok, ia merugikan diri sendiri.

Garam Semulajadi

Ada ahli sains berpendapat, bahaya garam kerana kandungan sodiumnya tinggi dan kerana itu makan buah-buahan secara kerap membantu menurunkan tekanan darah kerana buah-buahan kaya dengan garam galian kalium atau potassium.

Potassium akan menseimbangkan nisbah garam galian sodium dan potassium dalam tubuh dan mengelak masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Pengambilan gula berlebihan dan karbohidrat terproses yang mengandungi karbohidrat halus (refine carbohydrate) juga punca masalah hipertensi kerana ia menyebabkan saluran darah arteri menjadi keras atau atherosklerosis.

Kajian oleh National Institute of Health, Amerika Syarikat pada 1997 menunjukkan, pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan cara pemakananan betul.

Kajian ini dipanggil kaedah pemakanan 'DASH' yang bermaksud 'Dietary Approach to Stop Hypertension' yang bermaksud pendekatan pemakanan untuk mengawal darah tinggi.

Kaedah itu membabitkan pengambilan makanan rendah lemak tepu (dari sumber haiwan) di samping makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan hasil tenusu rendah lemak.

Hasil kajian ini mendapati tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi.

Hasilnya mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan darah asal.

Pemakanan dengan kaedah DASH memberikan serat tinggi, zat kalsium, magnesium dan potassium yang terbukti menurunkan tekanan darah. Ia juga rendah dengan lemak tepu dan lemak 'trans'.

Secara umumnya, memakan makanan asli dan bukan makanan proses akan membantu mengurangkan garam berlebihan dalam pemakanan seharian, oleh itu ia mampu mengawal tekanan darah dengan lebih baik.

Bahaya Kurang Garam Dalam Badan

Selain bahaya terlebih garam, kekurangan garam potassium dalam badan juga tidak baik untuk tubuh kita dan keadaan ini dipanggil Hypokalemia.

Antara penyebab masalah ini adalah:
Masalah buah pinggang.Pengambilan alkohol berlebihan.Sering muntah-muntah.Cirit birit.Penggunaan ubat darah tinggi jenis diuretics (mengeluarkan air dari badan)Kekurangan asid folik.Terdapat masalah dengan hormon aldosterone.Terdapat masalah dalam sistem pencernaan.
Garam diperlukan dalam badan untuk fungsi-fungsi yang berikut:
Menseimbangkan cecair dalam badan.Mengekalkan kepekatan/konsentrasi cecair dalam badan.Berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot.Menseimbangkan asid dan alkali dalam badan untuk proses pencernaan.Membina plasma darah dan cecair limfa.
Untuk mengetahui yang mana satukah punca masalah yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.

Hyponatremia pula adalah istilah bagi tahap garam biasa dalam darah terlalu rendah sedangkan garam adalah elektrolit yang membantu kawalan jumlah air dalam sel tubuh.

Akibatnya, pesakit akan berasa loya dan muntah, sakit kepala, keliru, tidak bertenaga, otot kejang, sawan dan koma.

Dan tahukah anda dari mana sumber terbaik untuk mendapatkan garam yang selamat untuk tubuh? MSG atau lebih kita kenali sebagai 'Ajinomoto'!

MSG adalah garam natrium asid glutamik yang dijadikan penambah rasa makanan dan digunakan secara efektif sejak sekian lama untuk menonjolkan rasa terbaik masakan.

Jadi, bersederhanalah dalam pemakanan. Itu yang terbaik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Khasiat Dan Kegunaan Garam Bukit Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak TahuKajian Membuktikan Garam Masakan Mengandungi Microplastic Penyebab Kanser
sumber: hmetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/bahaya-garam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Simpel Menghitung Berat Badan Ideal Kamu Termasuk Kurus Normal Atau Kegendutan Nih

Cara Simpel Menghitung Berat Badan Ideal Kamu Termasuk Kurus Normal Atau Kegendutan Nih

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 254 hits
Setiap orang punya berat badan ideal yang beda beda Jangan samakan dengan orang lain ah
7 Sebab Seseorang Itu Cepat Letih Ada Sesuatu Yang Kurang Dalam Badan

7 Sebab Seseorang Itu Cepat Letih Ada Sesuatu Yang Kurang Dalam Badan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 340 hits
Selalu letih dan tidak bermaya Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga cuba selami sebab sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah ...
Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas

Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 482 hits
Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari cari tips nak atasi masalah bilik yang panas Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih Tapi bagi yang tak ber...
Lipi Teliti Sampah Plastik Di Laut Limbah Rakyat Ri Atau Milik Negara Lain

Lipi Teliti Sampah Plastik Di Laut Limbah Rakyat Ri Atau Milik Negara Lain

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 732 hits
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia melakukan penelitian sampah plastik di perairan dalam Indonesia yakni di Selatan Jawa Bali dan Selat Makassar Penelitian dilakukan untuk melihat benarkah sampah plastik di laut Indonesia berasal dari masya...
Pinjaman Sah Wang Segera Realiti Atau Ilusi

Pinjaman Sah Wang Segera Realiti Atau Ilusi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 342 hits
Nak pinjam duit tapi taknak pinjam Ahlong Nak pinjam duit dengan segera Pinjaman wang segera adalah salah satu yang perkhidmatan yang sering dicari cari Di zaman yang mencabar ni duit adalah
Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan Kesan Asap Rokok

Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan Kesan Asap Rokok

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 580 hits
Seperti mana yang kita ketahui asap rokok sememangnya memberi kesan kepada orang di sekeliling si perokok Bukan hanya bayi anak kecil wanita hamil atau orang tua tetapi asap rokok ini boleh menjejaskan keadaan janin dalam kandungan Asap rok...
Yang Akan Menjadi Punca Pergaduhan Bukanlah Zong Dong Ngo Atau Parti Tetapi Kerajaan Itu Sendiri

Yang Akan Menjadi Punca Pergaduhan Bukanlah Zong Dong Ngo Atau Parti Tetapi Kerajaan Itu Sendiri

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 377 hits
Kerajaan sebok menghalang pengaruh pengganas yang diimport dari luar tetapi segala bentuk pengganas PENGKHIANAT dan pertubuhan haram di dalam negara dibiarkan BEBAS di depan Mata PDRM hanyalah balaci parti politik diberi tekanan Dan dibuli ...
Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Atau Carseat Suamiku Tidak Setuju

Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Atau Carseat Suamiku Tidak Setuju

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 361 hits
Assaalammualaikum Semoga semuanya sihat selalu jika ada yang masih belum sihat didoakan akan diberikan kesembuhan inshaAllah kerusi keselamatan kanak kanak antara keperluan atau sekadar trend semasa di sini aku nak kongsikan kisah dan penga...
Berak Cangkung Atau Duduk Mana Yang Lebih Baik

Berak Cangkung Atau Duduk Mana Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 492 hits
Pasti ramai diantara kita yang pernah berdebat bersama dengan rakan rakan kita tentang keselesaan diantara jamban duduk atau jamban mencangkung semasa menggunakannya untuk berak Ada yang akan berkata bahawa tandas mencangkung lebih efektif ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut