Bahaya Ketepi Persetujuan Pn Perak Di Ambang Perpecahan


 Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam Pembangkang diingat jangan ambil kesempatan keruhkan keadaan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) negeri Perak khususnya mengikuti secara dekat perkembangan politik semasa yang sedang berlaku di negeri Perak berkaitan dengan kegagalan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli dewan yang dikemukakan terhadap Menteri Besar (undi percaya) pada persidangan DUN Perak.
BERJASA sebagai sebuah parti yang berjuang mendaulatkan watan serta sentiasa bersama dengan denyut jantung rakyat untuk menyuarakan isi hati mereka berpandangan seperti berikut:-
Krisis kepercayaan terhadap kewibawaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak telah berlaku sejak zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) lagi. Isu ini juga berterusan selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil teraju pemerintahan negeri.
Oleh sebab itu, ini adalah masa terbaik untuk PN khususnya menamakan calon yang paling berwibawa untuk memimpin negeri ini.
Isu ini juga sangat menguji semangat setiakawan dan perpaduan di kalangan PN dan UMNO. UMNO, PAS dan PBBM khususnya perlu bertindak dengan bijak supaya kerjasama antara mereka dapat dilangsungkan.
Sikap mana-mana parti politik pergabungan ini yang mengenepikan kepentingan dan persetujuan bersama adalah sangat bahaya dan boleh mengundang kepada perpecahan dan persengketaan sesama mereka.
Dalam kemelut ini, kebijaksanaan dan ketulusan pihak istana khususnya Seri Paduka Baginda Sultan Perak amatlah dihargai dan disanjung tinggi. BERJASA amat yakin dengan kebijaksanaan dan buah fikiran baginda sultan dapat meleraikan kekusutan yang berlaku dan menjamin kesejahteraan watan tercinta.
Kepada ahli dan parti politik pembangkang diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dari suasana yang ada untuk lebih mengeruhkan lagi keadaan.
Rakyat negeri Perak khususnya sedang memerhati dan menunggu dengan penuh debaran apakah kesudahan kemelut kali ini. Mereka mengharapkan agar kepimpinan yang berwibawa segera dibentuk yang membawa aspirasi Melayu dan Islam serta memastikan keharmonian watan yang berbilang bangsa dan agama.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.
Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam
Pengerusi Jawatankuasa BERJASA Negeri Perak - ISMA WEB



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/bahaya-ketepi-persetujuan-pn-perak-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hab Ternakan Siput Sudu Di Perak

Hab Ternakan Siput Sudu Di Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 308 hits
Shaiful Shahrin Ahmad PauziTaiping Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia memperuntukkan RM100 000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Tinggi Sungai Tiram di sini bagi menjadikan kawasan itu sebagai hab ternakan siput sudu pada tahun hadapan Pe...
Kerajaan Perak Boleh Diperintah Tanpa Orang Politik

Kerajaan Perak Boleh Diperintah Tanpa Orang Politik

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 294 hits
Agong perlu isytihar darurat beri kuasa eksekutif kepada Sultan Perak BANGI Pentadbiran negeri Perak boleh diperintah oleh pegawai pegawai kerajaan tanpa perlu membabitkan ahli politik Felo Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia Dr Muhamm...
Kerajaan Umno Dan Ph Di Perak

Kerajaan Umno Dan Ph Di Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 335 hits
On Dec 6 2020 UMNO dijangka membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak susulan Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu ditolak oleh majoriti wakil rakyat sewaktu undi diadakan untuk menentukan so...
Untuk Kestabilan Perak Adalah Munasabah Umno Ketepikan Bersatu Dan Ambil Ph Sebagai Rakan Gabungan

Untuk Kestabilan Perak Adalah Munasabah Umno Ketepikan Bersatu Dan Ambil Ph Sebagai Rakan Gabungan

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 409 hits
Sementara siapa pemimpin UMNO yang akan mengisi jawatan Menteri Besar Perak belum dapat dipastikan lagi apa bentuk kerajaan baru yang bakal terbentuk di negeri itu juga masih merupakan teka teki Bagi jawatan Menteri Besar difahamkan tiga na...
Tiada Yang Mustahil Amanah Perak Sedia Kerjasama Dengan Parti Lain

Tiada Yang Mustahil Amanah Perak Sedia Kerjasama Dengan Parti Lain

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 289 hits
December 6 2020 Amanah Perak sedia bekerjasama dengan mana mana pihak untuk menubuhkan kerajaan yang stabil IPOH Tiada yang mustahil apabila tiba masanya untuk membentuk gabungan baru kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi Dalam situasi men...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej