Bahaya Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Dalam Badan No 7 Ramai Yang Tak Tahu


Salam semua, kadang - kadang kita tak sedar badan kita dah terlebih pengambilan gula. Terutamanya gula putih atau ada orang panggil gula kasar, gula pasir. 
Gula putih memang merupakan sumber tenaga untuk tubuh manusia. Tapi, bila diambil secara berlebihan boleh memudaratkan badan kita


Nama lain gula adalah sukrosa, gabungan gula ringkas fruktosa dan glukosa. Gula ni banyak nama tau. Kadang - kadang kita tak perasan yang kita beli dekat pasaraya tu dah letak nama - nama macam ni. 
Ada lagi nama lain nanti sis beritahu kat bawah. Jadi, kena lah sentiasa semak label - label makanan sebelum beli

Dalam makanan dan minuman kita ni pun tak sedar dah banyak gula kita ambil. Tahu tak secara puratanya gula hanya perlu diambil dalam 4 sudu makan sehari atau tidak melebihi 50 gm. 
Cuba timbang tengok banyak mana gula yang sepatutnya diambil. 
Sejarah Gula Yang Anda Perlu TahuKorang kenal Doktor Rizal, Doktor Norman, Doktor Nordin. Ada tak yang follow. Rajin - rajin la follow sebab banyak maklumat kesihatan yang mereka bagi tahu. 
Salah seorang nya Doktor Rizal. Menurut Doktor Rizal, gula pasir dibawa masuk penjajah yang datang menjajah Tanah Melayu. Tahu tak ? 
Jika korang nak tahu sebelum wujudnya gula pasir, nenek moyang kita minum teh, kopi tanpa pemanis. Cara terbaik dapatkan nutrien dari minuman tersebut.
Zaman sekarang gula semulajadi boleh diambil dari madu, gula kelapa ataupun gula kabung.  Sebab itu lah yang gula semulajadi dari real food ni memang premium dan mahal sikit. 
.
Madu dan gula kelapa ada nilai GI sederhana rendah serta rendah kalori berbanding gula pasir.

Fakta Tentang Gula Yang Perlu Kita TahuSebelum itu, jom kita ambil tahu apakah gula.? Seperti yang sis bagi tahu, gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh

Tetapi ramai yang kebanyakannya tidak sedar, gula juga boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. 
Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa

Selain itu, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. 
Ramai orang yang tak sedar, gula dah ada dalam diet harian yang diperolehi daripada sumber daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. 
Ini yang penting dan ramai orang tak tahu, pada label makanan, gula juga boleh dikenali sebagai : 
1. Sukrosa (sucrose)
2. Fruktosa (fructose)
3. Sorbitol
4. Manitol (mannitol)
5. Sirap jagung (corn syrup)
6. Madu (honey)
7. Malt
8. Ekstrak malt (malt extract)
9. Maltosa (maltose)
10. Ekstrak beras (rice extract)
11. Molas (molasses)
12. Golden syrup
13. Inverted sugar.
Gula diperbuat daripada apa ? Gula putih atau gula pasir adalah hasil dari pemprosesan tebu. Tapi tu lah disebabkan proses macam tu gula pun boleh jadi putih. Guna bahan apa sampai jadi putih macam tu kan. 
Sis ada tengok video dari youtuber dari China yang proses buat gula dari tebu. Lepas dia masak sampai pekat jadi gula melaka. Warna gelap koko. 
Kemudian tengok ada video dari India, orang kampung yang proses gula tebu masak - masak sampai pekat jadi gula merah peroi macam tu. Tak adalah sampai jadi putih. 
Apa Jadi Pada Tubuh Sekiranya Pengambilan Gula Menjadi Tidak Terkawal ? 
Tahu tak korang, apabila pengambilan gula menjadi tidak terkawal dan terlalu banyak, organ dalam tubuh badan iaitu pankreas tidak akan mampu untuk menghasilkan insulin 
Iaitu hormon yang membantu tubuh badan kita mengawal paras glukosa dalam sel darah ke paras yang normal

Sekiranya kuantiti insulin dalam badan kita tidak lagi separas dengan kadar glukosa yang terdapat dalam tubuh badan, ianya akan menyebabkan paras glukosa meningkat dalam darah kita

Nampak tak penting nya peranan insulin ini dalam badan. Tapi, bila gula berlebihan dalam tubuh boleh mendatangkan pelbagai penyakit untuk tubuh. 
Makanan Dan Minuman Manis Mengundang BahayaKek, kuih dan minuman yang manis ni memang bila makan boleh mengurangkan stres. Lebih - lagi dalam bentuk comel - comel, warna - warni. Lagi rasa tertarik untuk makan. 
Asyik makan dan minum tak sedar dah berapa banyak telan gula. Orang panggil "sugar craving". Ramai yang tak tahu, buah - buahan, sayur - sayuran, tenusu dan bijirin dah ada gula semulajadi. 
Sebab itu, dalam real food sebenarnya dah ada gula. 
Gula semulajadi, ia boleh buatkan badan kita mencerna karbohidrat dengan perlahan supaya sel mendapat bekalan tenaga yang stabil. 
Gula tambahan memang tak diperlukan oleh tubuh langsung. Ikutkan ramai yang tak perasan kandungan gula dalam minuman dan makanan terutamanya yang dalam tin atau dalam botol.
Contohnya seperti segala sos - sos yang ada di pasaran, sos tomato, sos tiram, sos cili, segala jenis kicap - kicap manis. 
Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Menurut laman web Hello Doktor apabila gula diambil berlebihan, lagi banyak risiko penyakit yang menanti. 
1. Peningkatan Berat Badan Dan Obesiti Sebut saja masalah obesiti, semua orang tahu mesti ada kaitan dengan gaya pemakanan seharian. Ada bahagian yang selalu nampak bila masalah obesiti ni, adalah perut dah buncit. 
Tanpa kita sedar gula tambahan dari minuman manis terutamanya merupakan punca utama. Siapa lah nak tolak air manis, lebih - lebih lagi sekarang ni air pun 
2. Boleh Membawa Kepada Penyakit Jantung Diet tinggi gula boleh menyebabkan obesiti, keradangan dan peningkatan paras trigliserida, gula dalam darah serta tekanan darah – faktor risiko penyakit jantung.

Mengambil terlalu banyak gula, terutamanya daripada minuman manis dikaitkan dengan aterosklerosis – penyakit dicirikan oleh deposit berlemak dan penyumbatan arteri

3. Risiko Menghidap Diabetes Jenis 2Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh yang panjang mendorong kepada rintangan insulin – hormon yang dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik mencanak dan meningkatkan risiko diabetes

4. Meningkatkan Risiko Kanser Mengambil gula dengan berlebihan turut meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kanser.

Selain menjadi punca obesiti, diet tinggi gula juga meningkatkan keradangan dalam tubuh dan boleh menyebabkan rintangan insulin. Ketiga-tiganya meningkatkan risiko kanser

5. Meningkatkan Risiko Kemurungan Berlawanan dengan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi, diet tinggi gula tambahan dan makanan diproses seperti kek dan minuman boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan dalam kalangan lelaki dan wanita

6. Tenaga Cepat HabisKesan pengambilan gula berlebihan menyebabkan kadar gula darah dan insulin naik mendadak, yang membawa kepada peningkatan tenaga. Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap – dikenali sebagai sugar crush.
Kesannya anda akan lebih kerap mengantuk.
7. Proses Penuaan Kulit Berlaku Dengan CepatBila usia meningkat, kedutan akan muncul. Perkara itu adalah biasa seiring dengan peningkatan usia. 
Namun diet yang tidak sihat boleh memburukkan lagi kedutan dan mempercepatkan proses penuaan tersebut.
Advanced glycation end products (AGEs) adalah sebatian yang terbentuk daripada tindak balas antara gula dan protein dalam tubuh, dipercayai penyumbang kepada penuaan kulit.

Diet tinggi karbohidrat dan gula bertapis membawa kepada penghasilan AGE, menyebabkan kulit menua lebih awal.

AGE merosakkan kolagen dan elastin – protein yang membantu menganjalkan dan mengekalkan keremajaan kulit

8. Risiko Hati Berlemak Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak. Ini kerana fruktosa hanya dicernakan oleh hati.

Di dalam hati, fruktosa ditukar kepada tenaga atau disimpan sebagai glikogen. Namun jumlah glikogen berlebihan akan bertukar menjadi lemak.

Kebanyakan gula tambahan adalah dalam bentuk fruktosa yang membebankan hati dan meningkatkan risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) di mana keadaan dicirikan dengan pengumpulan lemak berlebihan dalam hati

9. Masalah Kesihatan Yang Lain- Risiko penyakit buah pinggang Mempunyai paras gula darah tinggi secara konsisten boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah halus dalam buah pinggang
- Penyebab kerosakan gigiMakanan tinggi gula boleh menyebabkan gigi berlubang
- Penyakit GoutGout merupakan keradangan yang dicirikan dengan rasa sakit pada sendi. Gula tambahan menaikkan paras asid urik dalam darah – meningkatkan risiko mendapat atau memburukkan gejala gout

- Percepatkan Penurunan KognitifDiet tinggi gula boleh menyebabkan ingatan terjejas dan dikaitkan dengan peningkatan risiko demensia

Nampak manis itu sedap, tapi manis yang boleh jadi parah jika tidak dikawal. Selain itu, kena pantau juga sekiranya ada gejala - gejala yang menandakan isyarat badan jika terlebih gula. 
Kesimpulan Pendapat sis, gula bukannya tak boleh ambil tapi ambil lah dalam keadaan terkawal. Lidah pun memang nak rasa manis - manis jugak. 

Tapi yang minuman hispter - hispter tu kena elakkan sikit. Sebab minuman macam tu tinggi gula. 
Kalau nak lagi sihat, banyak lagi gula - gula semulajadi dari real food yang boleh kita makan. Boleh buat pengganti gula pasir yang selalu biasa kita guna

Nak gula sihat, boleh cuba gula kelapa original. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2023/10/kesan-pengambilan-gula-dalam-badan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Kecederaan Seluruh Badan Dubur Ayyash Aulian

Kesan Kecederaan Seluruh Badan Dubur Ayyash Aulian

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 288 hits
Ayyash Aulian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu pukul 5 20 petang hari ini Foto oleh WAT KAMAL ABAS KOSMO BAGAN SERAI Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia disyaki didera oleh teman lelaki ibunya deng...
Inilah Bahaya Kesan Khawarij Pru15 Anggap Pmx Murtad

Inilah Bahaya Kesan Khawarij Pru15 Anggap Pmx Murtad

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 134 hits
Nabi saw susah payah ajak manusia masuk Islam puak Khawarij Takfiri mudah keluarkan manusia dari Islam Khawarij tak habis sampai PRU15 selepas itu pun pemimpin mereka anggap pihak lain Lawan Perjuangan Isalam Sebab itu pengikut di bawah ini...
Kering Idea Masak Menu Pantang Lempeng Oat Horlick Buat Meriahkan Susu Badan

Kering Idea Masak Menu Pantang Lempeng Oat Horlick Buat Meriahkan Susu Badan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 171 hits
Kering idea nak sarapan apa semasa dalam pantang Menu ringkas seperti lempeng oat antara yang mengenyangkan dan paling penting sihat untuk ibu berpantang Paling menarik resipi pantang yang dikongsikan oleh Suzy Honey ini boleh menambahkan s...
Badan Penat Sampai Demam Migrain Ibu Redakan Sakit Dengan Air Lemon Cengkih Ni Memang Lega

Badan Penat Sampai Demam Migrain Ibu Redakan Sakit Dengan Air Lemon Cengkih Ni Memang Lega

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 187 hits
Penat uruskan rumahtangga anak anak dan suami sampai waktunya mak mak tumbang jua dek kepenatan melampau Badan perlukan rehat Sekali tumbang dengan demam dan migrain remedi dari dapur perkongsian dengan air rebusan lemon dan cengkih ini mam...
Manusia Dari Neraka Kucing Malang Ditemui Lemah Seluruh Badan Dipenuhi Cat Putih

Manusia Dari Neraka Kucing Malang Ditemui Lemah Seluruh Badan Dipenuhi Cat Putih

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 103 hits
KPengguna yang menggunakan nama izzat bashir itu telah berkongsikan beberapa keping gambar kucing tersebut beserta sebuah video Berdasarkan gambar gambar tersebut badan kucing berkenaan jelas kelihatan dipenuhi cat dari kepala sehingga ke e...
Nilai Harga Badan Lisa Blackpink Cecah Rm350 Juta

Nilai Harga Badan Lisa Blackpink Cecah Rm350 Juta

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 313 hits
Benarkah harga Lisa BLACKPINK cecah nilai 100 bilion won ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Lee Jin ho iaitu seorang bekas wartawan yang memiliki YouTube kini telah memuat naik video dengan tajuk Harga tebusan menakutkan sebaba mengapa ahli BLACKPIN...
Dulu Makan Sup Bening Sekarang Makan Apa Saja Datin Rita Sosilawati Kongsi Tip Meriahkan Susu Badan

Dulu Makan Sup Bening Sekarang Makan Apa Saja Datin Rita Sosilawati Kongsi Tip Meriahkan Susu Badan

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 196 hits
Usahawan berjaya Datin Rita Sosilawati yang secara tiba tiba tular mengenai stok perahan susu yang dihasilkan rupanya pernah melalui tempoh tempoh yang sukar sewaktu menyusukan kelima lima anaknya Menerusi perkongsian videonya bersama Pa Ma...
Tya Arifin Kongsi Tip Kurus Lepas Bersalin Pernah Alami Masalah Berat Badan

Tya Arifin Kongsi Tip Kurus Lepas Bersalin Pernah Alami Masalah Berat Badan

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 189 hits
Tya Arifin Kongsi Tip Kurus Lepas Bersalin Pernah Alami Masalah Berat Badan Tya Arifin menantu kepada penyanyi nombor satu Datuk Seri Siti Nurhaliza siapa yang tidak kenal dengan wanita cantik manis ini bukan Walaupun sibuk menguruskan pern...
Saya Tak Suka Badan Saya Kurus Jeon Jongseo

Saya Tak Suka Badan Saya Kurus Jeon Jongseo

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 146 hits
Korang dah layan tak siri Netflix Ballerina ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan Ballerina membawa kisah pembalasan aksi beremosi dan tidak berprihatin mengenai seorang wanita yang mencari dalang disebalik kematian rakan baiknya Terbaru dala...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase