Bahaya Kalau Bayi Terlebih Minum Air Masak Kenali Simptom Bayi Mabuk Air


Bolehkah bayi minum air putih? Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.

Bolehkah bayi minum air putih?
Sehingga si manja mencapai usia 6 bulan, minuman terbaik untuk diberikan adalah susu ibu atau susu formula – kedua-duanya mempunyai penghidratan dan nutrien yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan.
Walaupun selepas memperkenalkan makanan pejal apabila bayi mencecah usia 6 hingga 12 bulan, susu ibu dan susu formula masih menjadi keutamaan berbanding air putih.
Namun pada tempoh ini, anda boleh mula memperkenalkannya kerana ia dapat membantu mencegah sembelit.
Jumlah air yang boleh diberikan adalah sekitar 4-8 auns sehari. Jika berlebihan ia boleh menyebabkan mabuk air (water intoxication).

Di samping itu, terlalu banyak air putih boleh menggantikan nutrisi berharga daripada susu ibu atau formula dan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit bayi.
Fahami risiko terlebih air
Bayi yang minum air dengan berlebihan adalah sangat berbahaya. Air boleh menyebabkan ketidakseimbangan paras natrium yang mengakibatkan:
Sawan Kerosakan otak Koma Kematian Water intoxication membawa kepada perubahan tingkah laku seperti:
Kekeliruan Mengantuk Kekejangan otot Pening dan muntah Kesukaran bernafas Lemah Penting untuk ibu ayah memerhatikan tanda-tanda jika bayi mengalami mabuk air dan melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.
Cara memperkenalkan air kepada si manja
Kaedah terbaik untuk mengajar bayi minum air adalah melalui cawan atau menggunakan penyedut minuman (straw) – dapat membantu mengembangkan kemahiran minum si manja.
Percaya atau tidak, air sebenarnya merupakan antara cecair yang paling sukar untuk dipelajari teknik meminumnya.
Ini kerana air boleh mengalir dengan cepat, sekali gus memerlukan lidah dan otot menelan untuk bekerja dengan sangat cepat. Usah risau sekiranya si manja batuk-batuk kecil apabila baru belajar untuk minum air putih.
Amnya, kemahiran motor lisan yang diperlukan untuk minum air daripada cawan atau penyedut minuman adalah berbeza daripada pergerakan penyusuan susu ibu atau botol.
Jadi ia adalah normal apabila bayi mengalami batuk atau memuntahkan kembali air putih yang diminum. Keadaan ini akan berkurangan apabila kemahiran bayi minum air bertambah baik.

Namun, sekiranya batuk berterusan ketika bayi minum air putih walaupun selepas beberapa bulan masa latihan, berundinglah dengan pakar pediatrik.
Elakkan daripada menawarkan air putih di dalam botol. Ia boleh mengakibatkan pengambilan air terlalu banyak dan tidak memberikan manfaat kepada perkembangan kemahiran motor oral bayi.
Tanda bayi minum air secukupnya
Pertama sekali, anda harus ingat bahawa hampir 90% daripada susu ibu dan formula bayi (campuran standard) adalah air!
Anak berusia kurang daripada 12 bulan jarang memerlukan air tambahan.
Tetapi mengamal dan mengajar bayi minum air putih menggunakan cawan pada usia ini memberikan manfaat kepada perkembangan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rasa cecair selain susu ibu atau formula.
Untuk mengetahui sama ada si manja mendapat air yang secukupnya adalah apabila mereka mempunyai antara 4-6 lampin basah dalam tempoh 24 jam.
Tanda bayi tidak cukup air atau dehidrasi pula termasuklah:
Bibir merekah Sedikit atau tiada air mata apabila menangis Mata kuyu Warna air kencing gelap Ubun kepala (anterior fontanelle) tenggelam Cerewet atau meragam Mengantuk yang berlebihan Sekiranya anda bimbang bayi mengalami dehidrasi atau tampak terlalu dahaga, ia mungkin petanda wujud masalah kesihatan. Jadi lakukan pemeriksaan doktor segera!
Cara menggalakkan anak minum
Tip terbaik untuk menggalakkan bayi minum air adalah dengan menunjukkan kepada mereka cara melakukannya.
Jika bayi tidak berminat untuk belajar minum melalui cawan:
Cuba menuangkan air ke dalam cawan di hadapan bayi. Ketuk meja untuk menarik perhatian bayi. Minum sendiri air daripada cawan bayi. Serahkan cawan kepada bayi di udara dan perhatikan sama ada dia mencapainya atau cuma bersandar. Bagi anak yang lebih berusia, anda boleh ajar mereka menuang air daripada jag ke dalam cawan sendiri. Lebih banyak anda memberikan kebebasan dan kawalan kepada anak, lebih cepat mereka akan meneroka, menyentuh dan berkemungkinan besar, minum air putih.
Anda juga boleh menambah potongan buah di dalam air atau daun pudina sebagai menambah rasa dan menjadikan ia lebih menarik untuk diminum.
Cara terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menawarkan air minuman anda. Ini kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah tertarik untuk mencuba dan meminum air kepunyaan ibu dan ayah.
Anda boleh menawarkan antara 1-2 auns air di dalam cawan kecil untuk menggalakkan bayi minum air dengan sendiri. Bawa cawan tersebut hampir dengan si manja dan biarkan mereka mencapainya sendiri.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bahaya Kalau Bayi Terlebih Minum Air Masak! Kenali Simptom Bayi Mabuk Air appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-kalau-bayi-terlebih-minum-air-masak-kenali-simptom-bayi-mabuk-air/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk

Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 206 hits
Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk Ini Penjelasan Pakar Dengan cuaca yang panas panas rembang di negara kita ini paling best kalau boleh minum air sejuk Hilang rasa haus dan terus rasa badan segar Bila lihat ramai yang sukakan dan mi...
Jom Try Minum Air Avocado Melaka Jalan Limbongan Klebang Melaka

Jom Try Minum Air Avocado Melaka Jalan Limbongan Klebang Melaka

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 451 hits
AVOCADO Melaka Jalan LimbonganAVOCADO Melaka Jalan Limbongankalau korang datang ke Melaka selain cari air mango float atau coconut shake korang kena cari juga air avocado dan tempatnya di Jalan Limbongan Klebang berdekatan je dengan Keria A...
Enam Sungai Di Pahang Rekodkan Bacaan Air Sungai Lepasi Paras Bahaya Sejak Semalam

Enam Sungai Di Pahang Rekodkan Bacaan Air Sungai Lepasi Paras Bahaya Sejak Semalam

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 234 hits
KUANTAN Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 00 pagi semalam berbanding empat sungai kelmarin Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran sungai berkenaan tiga di daerah Lipis manak...
Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi Tak Beri Kesan Pada Bayi

Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi Tak Beri Kesan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 217 hits
Ibu mungkin tertanya tanya sama ada secawan kopi atau teh yang ibu minum boleh memberi kesan kepada bayi ibu yang sedang menyusu Tahukah ibu bahawa pengambilan kafein dalam jumlah sederhana tidak akan menjejaskan bayi terutamanya jika bayi ...
Buat Sendiri Air Vitagen Cukup Rasa Confirm Berulang Kali Minum

Buat Sendiri Air Vitagen Cukup Rasa Confirm Berulang Kali Minum

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 184 hits
Anak anak kalau dapat minum vitagen sangat suka mereka Memang kalau beli satu tak cukup mesti beli sedozen Elok juga tahu membuatnya sendiri jimat dan puas minum Dikongsikan cara membuat air vitagen ni Bahan bahan pun simple dan cara penyed...
Tak Mampu Peluk Bayi Diletakkan Atas Riba Air Mata Jahidah Mengalir Dalam Keadaan Koma

Tak Mampu Peluk Bayi Diletakkan Atas Riba Air Mata Jahidah Mengalir Dalam Keadaan Koma

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 387 hits
Bila letak Nufail kat riba ibu dia hati sendiri sebak nampak kakak mengalir air mata Dia tak mampu nak peluk nak cakap Demikian perkongsian Fazariah adik kepada Jahidah Nordin wanita yang melahirkan anak dalam keadaan koma secara pembedahan...
Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Karak

Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Karak

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 197 hits
MALAYSIA POST KEPALA air selepas hujan lebat dikenal pasti punca longgokan sisa pokok balak terdampar di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan di Karak Bentong hingga menyebabkan laluan terbabit...
Teknologi Alihkan Air Banjir Bawah Tanah Bukan Stail Nusi Nak Belat Air Ke Penang

Teknologi Alihkan Air Banjir Bawah Tanah Bukan Stail Nusi Nak Belat Air Ke Penang

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 251 hits
Mekanisma macam mana MAOUDC ni berfungsi Limpahan air sungai disalurkan ke selinder gergasi Bila hujan reda air dalam silender ni dipam ke Tokyo Bay Sebelum hujan lebat sampah sampah dah dikutip untuk pastikan sampah tak bersepah sumbatkan ...
Hiburan Air Mata Turun Tak Berhenti Bila Mula Tawaf Sufian Suhaimi Kongsi Pengalaman Kali Pertama Mengerjakan Umrah

Hiburan Air Mata Turun Tak Berhenti Bila Mula Tawaf Sufian Suhaimi Kongsi Pengalaman Kali Pertama Mengerjakan Umrah

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 343 hits
Penyanyi mengakui dirinya tidak dapat menahan sebak saat mengerjakan umrah buat pertama kali pada awal Disember lalu 1 bulan laluSufian Suhaimi Tidak Mahu Berlengah Kahwin Bila Jumpa JodohAdvertisementMenurut Sufian perkara utama yang ingin...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu