Bahaya Jika Bayi Tersedak Susu Dan Tips Rawatan Jika Tersedak Susu


Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan kematian.Terbaru, kes Siti Nur Balkis Ahmad Zahir berusia tujuh bulan, yang dipercayai tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis, di bawah jagaan ibunya sendiri.

Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.
Bagi yang tidak mengetahui puncanya, agak pelik bila mendengar bayi tersedak susu boleh menyebabkan kematian sedangkan susu hanyalah sejenis cecair.

Tips rawatan bayi tersedak susu 


Pakar Diet Pemakanan, Norul Hazliza Sham Hashim berkata, insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol.

"Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas,'' ujarnya.

Malah lebih parah, sekiranya keadaan itu berlaku apabila bayi itu memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak.

Tambah beliau, keadaan itu juga akan menyebabkan bayi dijangkiti bakteria dan memberikan kesan kepadanya.

Bagaimana pun dalam masa yang sama, masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu.

Keadaan itu terang beliau berlaku sekiranya bayi tersebut berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk .

Kata Haliza lagi, sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden.

"Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Keadaan ini mengelakkan bayi termuntah semasa sedang menyusu dan muntah tersebut akan memasuki hidung dan mengganggu laluan pernafasan mereka,'' katanya.

Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.

Beliau berkata, walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman,''kata Haliza.

Begitupun, cara terbaik untuk mengelak bayi tersedak atau lemas susu ialah dengan memberi susu badan.
Ini kerana katanya, apabila menyusu badan, susu hanya akan keluar apabila bayi menyedut sahaja.

"Jadi apabila bayi tertidur ketika menyusu badan, susu tidak akan mengalir dan mengurangkan risiko tercekik susu," jelas beliau.

Keadaan itu, jelas beliau berbeza dengan susu formula yang akan sentiasa mengalir dari botol dan melambatkan proses penghadaman.

Tambahnya, selepas setiap kali penyusuan pastikan bayi disendawakan, keadaan ini penting supaya angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur.

"Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan, keadaan ini memudahkan bayi sendawa dan sekali gus melegakan bayi tersebut dan juga mengelakkan daripada si bayi termuntah," kata Haliza.

Beliau berkata, ibu bapa boleh mempraktikkan beberapa kaedah untuk memastikan bayi sendawa. Antaranya tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.

"Ibu juga boleh mencuba kaedah dengan menelentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut,'' ujarnya lagi.

Akhir sekali tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol yang mengandungi air suam bagi mengelakkan si kecil mendapat kembung perut.

Tip Berguna


Cara rawatan sekiranya tersedak susu
Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang bayi beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasan keluar.Dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.Tekan bahagian perut bayi, kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Sumber:majalahsains 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tipsremaja1.com/2015/12/fakta-hari-ini-bahaya-tersedak-susu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Bukan Hanya Untuk Bayi Anak Yang Dah Besar Pun Perlukannya Penting Untuk Jadi Tinggi Sihat

Susu Bukan Hanya Untuk Bayi Anak Yang Dah Besar Pun Perlukannya Penting Untuk Jadi Tinggi Sihat

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 402 hits
Menurut satu tinjauan kebangsaan remaja di Malaysia bukan sahaja tidak mengambil nutrien tumbesaran utama yang mencukupi seperti kalsium vitamin D dan zat besi malah kerap mengabaikan pengambilan makanan di waktu makan utama1 Untuk menunjuk...
Kopdar Daring Komunitas Teruci Dari Tips Merawat Interior Hingga Bahaya Merokok

Kopdar Daring Komunitas Teruci Dari Tips Merawat Interior Hingga Bahaya Merokok

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 231 hits
Komunitas otomotif Terios Rush Club Indonesia menggelar acara nongkrong virtual antar chapter dengan tema Perawatan Kendaraan dalam Keseharian Komunitas dan Hidup Sehat pada Sabtu lalu
Bahaya Garam Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam Gula Dalam Makanan

Bahaya Garam Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam Gula Dalam Makanan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 307 hits
Bila anak dah masuk 6 bulan dah boleh mula makan mama papa tentu excited kan Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba tapi ingat ya Jangan tambahkan garam gula dalam makanan bayi Tapi kenapa Ikuti perkongsian ini KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI ...
Lelaki Ditangkap Curi 3 Tin Susu Formula Bayi Rm294 Netizen Simpati Mahu Tolong Bayarkan

Lelaki Ditangkap Curi 3 Tin Susu Formula Bayi Rm294 Netizen Simpati Mahu Tolong Bayarkan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 235 hits
Dalam kegawatan ekonomi ketika negara berdepan pandemik Covid 19 telah mengakibatkan rakyat terdesak mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan dan menyara ahli keluarga sehingga ada yang mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu seh...
Susu Pekat Mengalir Keluar Dari Hidung Anak Tersedak Waktu Tidur Ibu Ini Kongsikan Detik Cemasnya

Susu Pekat Mengalir Keluar Dari Hidung Anak Tersedak Waktu Tidur Ibu Ini Kongsikan Detik Cemasnya

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 297 hits
Perkara yang kita risaukan apabila anak menyusu adalah tersedak susu kan Bahkan sudah banyak kes bayi atau anak kecil mengalaminya sehingga menyebabkan maut Memang menakutkan Namun seandainya diberikan peluang kedua sudah tentu ia akan menj...
Top Tips For Finding Your Dream Home

Top Tips For Finding Your Dream Home

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 292 hits
Moving to a new house can be very exciting but it can also be a challenge to find the right property for you While everyone might have an idea of what their dream home might The post appeared first on
Tips Buat Sotong Goreng Tepung Yang Rangup Dan Gebu

Tips Buat Sotong Goreng Tepung Yang Rangup Dan Gebu

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum MASA masak Sambal Udang Petai hari tu Iman kata boleh tak buat Sotong Goreng Tepung sekali Eh bolehhhh apa ke tak bolehnya bonda kat tukang masak order jer apa apa nak makan Sotong Goreng Tepung merupakan antara carian palin...
Sukatan Susu Formula Yang Betul Untuk Anak Kita

Sukatan Susu Formula Yang Betul Untuk Anak Kita

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 263 hits
Ramai ibu ayah yang sanggup mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli susu anak setiap bulan bagi memastikan anak membesar dengan The post appeared first on
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand