Bahaya Bungkus Air Panas Ikat Tepi



Teringat kata-kata seorang rakan sekerja saya dari Mediterranean yang pada mulanya beliau terkejut sangat dengan senarai harga makanan yang ada di sebuah kedai mamak. Hot Coffee cume bernilai RM 2.00 walaupun bungkus. Beliau kata; “Wah Murahnya!! Starbuck sangat mahal sehingga belasan ringgit secawan”

Masa tu beliau baru sampai Malaysia, dan masih belajar lagi dengan adab dan budaya di sini. Oklah, disebabkan murah, maka beliau pun order hot coffee bungkus. Alangkah terkejutnya beliau yang hot coffee itu sebenarnya dimasukkan ke dalam beg plastik ikat tepi. Bahaya Bungkus Air Panas Dalam Plastik , Kami yang mendengar cerita ini gelak sakan sampai menitik air mata. 
Hehehehe. Beliau sungguh pelik dengan culture di Malaysia. Patutlah murah!!! Sebab nak jimat punya pasal, sehingga tak fikirkan sebenarnya sangat bahaya meletakkan air panas dalam bungkusan plastik macam di bawah ini. Sama jek analoginya dengan botol air plastik yang dibiarkan panas di dalam kereta. Itu juga bahaya diminum

Tapi ramai yang langsung tak sedar, selalu sangat buat benda ni. Bungkus air panas dalam plastik, ikat tepi satu!! Of course saya pon tak terkecuali. Tapi dah tak nak dah buat. Dulu tak tahu, tapi sekarang dah tahu makan tak nak buat-buat tak tahu lagi. Akan ku rajinkan diri pergi ambil cawan kaca dan turun ke cafe balik untuk beli teh tarik. Bahaya Bungkus Air Panas Dalam Plastik ataupun bancuh sendiri punya kopi kat opis

Berikut adalah petikan dari Akhbar Harian Metro yang menjelaskan perkara ini. Meskipon Harian Metro adalah akhbar tabloid, tetapi ada juga info yang bagus boleh dishare bersama
Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut. Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’

VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah. Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua kali sebelum dibuang. 

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM. “Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya. Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. 
Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang. Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia. “Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. “Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya. 
Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki. “Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin. Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca). Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk. 
“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik. Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh. 
“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan
“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap. “Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. 
Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya. Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta. “Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya. Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus. “Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia. “Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar. – Harian Metro 22/01/2006
Kita selalu lupa nak fikir, mementingkan MURAH jauh lebih penting berbanding SIHAT. Ironinya, memang banyak benda yang kurang sihat bernilai jauh lebih murah berbanding benda atau perkara yang sihat. Sebagai contoh, bekas polistrin, memang murah tapi boleh penyebab kanser. Teringat saya dahulu ketika belajar di universiti, bekas polistrin memang dah diharamkan terus. Kafe-kafe menyediakan bekas makanan selamat yang seakan kertas tapi sebenarnya diperbuat dari hampas tebu. Bukan sahaja ia tahan lasak, tapi memang menyerap minyak dan juga biodegradable

Malangnya, bila masuk bekerja, suasana kembali jauh berbeza. Jarang ada company yang menekankan sangat pasal kesihataan dan pencemaran alam sekitar dengan bekas-bekas polistrin. Apa yang penting, cepat dan semurah yang mungkin. Tak tahulah, mentaliti masyarakat kita lebih sukakan benda yang nampak seperi instant gratification, yang mudah murah sekarang, tapi bahaya itu dipilih; berbanding yang mahal dan agak leceh, tapi lebih menyihatkan

Takpela, saya nak berubah. Sekurangnya-kurangnya perlahan-lahan berubah, berbanding tak berubah langsung. InsyaAllah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/11/bahaya-bungkus-air-panas-ikat-tepi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartawan California Kata Air Ikat Tepi Berasal Dari Amerika Latin

Wartawan California Kata Air Ikat Tepi Berasal Dari Amerika Latin

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 408 hits
Sebut saja air bungkus ikat tepi pasti ramai mengetahui bahawa ia sinonim dengan negara Asia termasuk Malaysia Kalau diikutkan air bungkus ikat tepi sangat memudahkan dan boleh dibawa ke mana sahaja Di Malaysia kita dapat lihat di mana mana...
Cubaan Claim Air Ikat Tepi Asal Amerika Latin Terima Reaksi Pantas Netizen

Cubaan Claim Air Ikat Tepi Asal Amerika Latin Terima Reaksi Pantas Netizen

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 565 hits
Kita selalu dengan yang negara jiran kita Indonesia akan menjadi yang pertama untuk claim apa sahaja yang ada di Malaysia jika ianya ada di negara mereka Tapi kali ni rare sikit sebab bukan mereka yang claim tetapi mat saleh pun nak claim s...
Sensasi Berendam Air Panas Dikelilingi Hutan Mangrove Di Berau

Sensasi Berendam Air Panas Dikelilingi Hutan Mangrove Di Berau

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 235 hits
Selain masih memiliki banyak kawasan hutan pantai dan air terjun Kabupaten Berau di Kalimantan Timur juga punya wisata air panas yang unik Namanya wisata air panas Bapinang di kecamatan Biatan
Serangan Jantung Dan Air Panas

Serangan Jantung Dan Air Panas

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 352 hits
Serangan Jantung Dan Minum Air Panas Ini adalah satu artikel yang sangat baik Tidak dengan hanya meminum air panas selepas makan tetapi tentang terjadinya Heart Attack itu Inilah masanya anda perlu mengubah tabiat cara anda minum semasa mak...
Ibu Bapa Dera Anak Kurung Dalam Sangkar Kucing Simbah Air Panas

Ibu Bapa Dera Anak Kurung Dalam Sangkar Kucing Simbah Air Panas

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 601 hits
SINGAPURA Sepasang suami isteri mendera kejam anak lelaki mereka yang berusia lima tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata mata tidak mahu mandi sehingga menyebabkan kematian kanak k...
Dia Sumbat Tahi Kucing Dalam Mulut Simbah Saya Dengan Air Panas Pelajar Tahfiz Melecur Angkara Pembuli

Dia Sumbat Tahi Kucing Dalam Mulut Simbah Saya Dengan Air Panas Pelajar Tahfiz Melecur Angkara Pembuli

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 541 hits
https ift tt 2PXjtTP Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang baru enam bulan belajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah mengalami kecederaan melecur akibat disimbah dengan air panas Dalam kejadian yang berlaku pada 16 Oktober lalu m...
Saya Takkan Simbah Kalau Dia Tak Buat Perangai Budak Dikurung Disimbah Dengan Air Panas Mendidih Sampai Mati

Saya Takkan Simbah Kalau Dia Tak Buat Perangai Budak Dikurung Disimbah Dengan Air Panas Mendidih Sampai Mati

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 694 hits
https ift tt 351Gedj SINGAPURA Kanak kanak lelaki berusia lima tahun dikurung dalam sangkar kucing sebelum disimbah dengan air panas oleh ibu bapanya kerana tidak mahu mandi menyebabkan mangsa maut Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega A...
Jangan Terlebih Minum Air Putih Bahaya

Jangan Terlebih Minum Air Putih Bahaya

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 697 hits
Bahaya Minum Air Putih BerlebihanAir putih amat digalakkan untuk kita mengambilnya dalam seharian Tidak dinafikan ia banyak memberi kebaikan pada tubuh Tapi jangan terlebih minum air putih bahaya kepada tubuh badan Bagi Mai air putih adalah...
Air Lemon Panas Campur Madu Apa Manfaatnya

Air Lemon Panas Campur Madu Apa Manfaatnya

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 411 hits
Air Lemon Panas Campur Madu KINI sudah banyak tips menurunkan berat badan di internet maupun majalah Tetapi sudahkah Anda mencoba ramuan air lemon dicampur madu Manfaat minum air lemon dicampur madu di pagi hari rasakan khasiatnya mulai sek...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation