Bahaskan Bantuan Mak Kiah Tapi Sokong



Gesaan supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan pakej rangsangan ekonomi wabak Covid-19 tidak ada kaitan dengan percaturan politik untuk menolak majoriti PN di Dewan Rakyat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim

Beliau yang bercakap pada siaran langsung di halaman Facebooknya memberi jaminan mengenai hal ini

"Saya telah beri jaminan kepada PM kita tak akan gunakan sidang ini untuk menolak majoriti kerajaan kalau pun dia bimbang soal majoriti ahli parlimen yang mendokong kerajaan PN

"Kita hanya akan bahaskan dan minta penjelasan dalam beberapa isu dari PM dan menteri kewangan serta menteri-menteri lain yang sebahagiannya tidur atau asyik pamer pakaian aneh-aneh, itu soal lain
"Tapi bila kita soal di parlimen dia wajib jawab dan kerana ia melibatkan kewangan negara ia mesti dibahaskan di parlimen dan diluluskan di parlimen," katanya

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau setuju 'Kak Kiah, diberikan bantuan, malah "minta disegerakan."
"Bukan setakat itu. Kita minta anggota parlimen kita tambah dana," katanya

Anwar merujuk nama timangan 'Mak Cik Kiah' yang digunakan perdana menteri bagi menggambarkan bantuan terhadap golongan berpendapatan rendah B40 ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion baru-baru ini

Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan menerima RM1,600, di mana RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan baki pada bulan Mei.
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan memaklumkan parlimen akan bersidang seperti dijadual pada 18 Mei depan

Menjelaskan mengapa sidang tergempar parlimen perlu diadakan, Anwar berkata Malaysia tidak boleh diperintah oleh satu dua orang yang anggap mereka serba pandai dan serba tahu

"Negara ini tidak boleh diperintah oleh satu dua orang yang anggap mereka serba pandai dan serba tahu," tegasnya

Dari mana sumber biaya pakej rangsangan?
Anwar yang juga MP Port Dickson berkata terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan, khususnya persoalan dari mana sumber pembiayaan pakej rangsangan tersebut

"Ya, dari mana? dari syarikat-syarikat kerajaan, KWSP, Petronas? Dari mana

"Itu kita harus tahu kerana bukan sahaja hari ini satu keputusan pinjam dan sebagainya yang akan punya kesan puluhan tahun, atau sekurang-kurangnya 10 tahun," soal Anwar

Jelas Anwar, belanjawan negara juga akan terganggu disebabkan unjuran dibuat berdasarkan harga minyak pada tahun lalu sebelum kejatuhan harga minyak dunia

"Maknanya hampir setengah dari unjuran kita. Maknanya pendapatan negara akan turun dari segi hasil minyak dan gas, kemudian dari pelancongan, industri kecil dan sederhana yang sekarang mendapat dampak yang sangat negatif di seluruh negara yang menyebabkan puluhan ribu pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan
"Semua ini perlukan dokongan seluruh rakyat dan oleh kerana unjuran belanjawan itu sudah meleset dan dia kena kembali ke parlimen. Saudara, kita perlu bincangkannya di parlimen. Bukan propaganda," katanya lagi

Sebelum ini, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga membangkitkan kebimbangan sama bahawa keuntungan kerajaan akan merosot sehingga 50 peratus kerana penurunan harga minyak dunia, memandangkan belanjawan 2020 dibuat bersandarkan jangkaan hasil Petronas pada harga AS$63 setong

Jelasnya, ini bermakna hasil kerajaan mungkin akan berkurangan sebanyak RM30 bilion

Dr Mahathir pada 23 Mac lalu menyifatkan kemelesetan ekonomi dunia akibat wabak Covid-19 sebagai "malapetaka."
Bank Dunia pula meramalkan Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi bagi tahun 2020, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggarkan merudum ke paras negatif (-) 0.1 peratus

Bank Dunia menjangkakan eksport bersih dan pelaburan mengecut pada 2020 dan "yang lebih signifikan adalah kehilangan pekerjaan dan pendapatan dijangkakan (berlaku) di kalangan golongan 40 peratus terbawah (B40), malah (turut berlaku) di kalangan 40 peratus pertengahan (M40)."
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/04/bahaskan-bantuan-mak-kiah-tapi-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Cik Kiah Oh Makcik Kiah

Mak Cik Kiah Oh Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 399 hits
Banyak juga pengunjung blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin semalam Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya izinka...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 432 hits
Salam to all readers Sekali lagi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhiyyidin Yassin melakukan siaran langsung petang semalam Kali ini berkenaan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat gara gara covic 19 ramai orang dapat impak Jadi bagi mengur...
Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong

Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 474 hits
Banyak juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi Bagi memudahkan lagi kefahaman mengena...
Prihatin Dapat Bantuan Melebihi Makcik Kiah

Prihatin Dapat Bantuan Melebihi Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 276 hits
Manfaat PRIHATIN diyakini bawa senyuman dalam tempoh mencabar Gambar Bernama KUALA TERENGGANU Rosmunira Alokma 47 bukanlah seorang penjual pisang goreng seperti Makcik Kiah namun seluruh keluarganya akan menikmati pemberian tunai dan penjim...
Saya Artis Sendu Tapi Tak Minta Bantuan Kerajaan

Saya Artis Sendu Tapi Tak Minta Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 457 hits
Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hangat diperkatakan apabila ada segelintir artis dilihat memohon bantuan daripada kerajaan ekoran periuk nasi mereka terjejas The post appeared first on
12 Meme Mak Cik Kiah Trending Selepas Pengumuman Pm Pakej Ransangan Ekonomi

12 Meme Mak Cik Kiah Trending Selepas Pengumuman Pm Pakej Ransangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 490 hits
Siapa Mak cik Kiah tiba tiba nama Makcik Kiah kini trending dan heboh diperkatakan oleh nitizen Rata rata tahu akan siapa makcik ini dan ada juga yang tidak ketahui siapa makcik yang disebut sebut ini Dimana Cik Kiah Avengers VersionSebelum...
Makna Tersirat Disebalik Aksara Mak Cik Kiah Yang Tiba Tiba Trending Selepas Pengumuman Pm

Makna Tersirat Disebalik Aksara Mak Cik Kiah Yang Tiba Tiba Trending Selepas Pengumuman Pm

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 961 hits
Tahukah anda kini terdapat seorang makcik yang hebat diperkatakan di dunia internet iaitu Makcik Kiah Makcik Kiah ini trending sejurus pengumuman Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi berkaitan Pakej Ransangan Ekonomi P...
Asalnya Mak Abah Nak Namakan Wardah Tapi

Asalnya Mak Abah Nak Namakan Wardah Tapi

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 294 hits
Memiliki nama yang cantik seperti rupa parasnya baru baru ini Mira Filzah mendedahkan asal usul namanya kepada peminat Perkara itu diberitahu menerusi Insta The post appeared first on
Walau Tak Hulur Bantuan Dalam Bentuk Wang Tapi Atu Zero Isteri Bantu Jahit Ppe Untuk Petugas Barisan Hadapan

Walau Tak Hulur Bantuan Dalam Bentuk Wang Tapi Atu Zero Isteri Bantu Jahit Ppe Untuk Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 293 hits
Apabila negara diserang pandemik Covid 19 ramai yang tampil untuk membantu para petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan KKM yang memerlukan bantuan berupa pakaian perlindungan diri dan juga kelengkapan lain bagi merawat pesakit pesak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut