Bahasa Melayu Merempat Dibumi Sendiri


KEBELAKANGAN ini saya lihat papan tanda dan apa juga risalah yang digantung dan dipaparkan, langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Seolah-olah bahasa Melayu merempat dibumi sendiri.
Kedudukan bahasa Melayu selaku bahasa negara era ultra kiasu ini, semakin lama semakin terhimpit. Saya menjadi semakin keliru, siapa atau institusi manakah yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan bahasa Melayu?
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)? Majlis bandar raya? Atau pihak berkuasa tempatan (PBT) atau siapa?
Semalam, kira-kira 50 ultra kiasu berkumpul di luar bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) sekitar jam 2.45 petang. Rata-rata peserta himpunan memakai baju hitam dan memegang sepanduk.
Mereka, rakyat Malaysia, termasuk pendatang haram China yang berada di Kuala Lumpur, berhimpun bagi menunjukkan solidariti dengan penunjuk perasaan di Hong Kong yang membantah rang undang-undang (RUU) ekstradisi di bekas tanah jajahan British itu.
Bagaimanapun, pihak polis melarang peserta himpunan itu daripada berarak ke kawasan pusat bandar raya kerana tidak memohon permit.
Sekumpulan rakyat Malaysia di Kuala Lumpur menunjukkan solidariti dengan penunjuk perasaan di Hong Kong yang membantah rang undang-undang ekstradisi. – Gambar Malaysiakini
Tidak ada dua China melainkan satu
Plakad mereka antaranya berulis “Solidariti dengan Hong Kong” dan “Anti Undang-undang Ekstradisi,” rata-rata ditulis dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris, langsung tidak ada sepatah haram pun bahasa Melayu.
Begitu juga beberapa perhimpunan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini di beberapa bandar di negara ini. Jika perhimpunan membabitkan ultra kiasu, bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Mereka hanya obses kepada bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
Saya teramat pelik, mereka ini tinggal di mana? Di Malaysia atau China?
Lebih memeranjatkan lagi, dalam perhimpunan ini dua wanita dari China ditahan kerana mereka tidak dapat menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.
Untuk makluman, kerajaan komunis China mahu memperkenalkan RUU bagi membenarkan ekstradisi pesalah ke China.
Ini menjadi punca kepada ratusan ribu orang Cina yang tinggal di Hong Kong turun berdemonstrasi sepanjang minggu lalu. Akibat demontrasi ini, kerajaan China dikatakan menangguh RUU berkenaan buat seketika.
Namun, pengkritik RUU ini mahukan ia dibatalkan terus. Mereka bimbang dengan perluasan pengaruh daripada pentadbiran di Beijing terhadap Hong Kong. Saya yakin kerajaan komunis China tidak akan tunduk kepada protes ini. Tidak ada dua China melainkan satu.
Mengikut sejarah, Hong Kong sebagai bekas tanah jajahan Britain dikembalikan kepada pemerintahan China pada 1997 di bawah perjanjian ‘satu negara, dua sistem’ yang menjamin autonomi terhadap pulau itu.
Kerajaan Hong Kong mendakwa rang undang-undang ekstradisi yang dicadangkan itu akan ‘menutup kelemahan’ undang-undang yang boleh dieksploitasi supaya kota raya itu tidak menjadi tempat selamat bagi penjenayah berlindung.
Pengkritik memprotes undang-undang itu kerana ia akan mendedahkan warga Hong Kong kepada sistem keadilan yang tidak sempurna komunis China dan menjejaskan kebebasan kehakiman di pulau kota itu.
Eloklah angkat kaki berhijrah
Peliknya, apa kaitan dengan masalah China dengan negara kita? Apakah masih tebal kecinaan ultra kiasu terhadap China. Kenapa warga China yang tidak mempunyai dokumen boleh berada di negara ini? Siapa yang membenarkan mereka masuk dengan mudah? Begitu juga ramainya Cina Vietnam yang berada di negara ini.
Jika begitu obses ultra kiasu Malaysia kepada Hong Kong, eloklah angkat kaki berhijrah. Kenapa mahu campur tangan dalam hal ehwal China? Apa kaitan RUU Hong Kong dengan kita di Malaysia.
Ketika RUU355 dibentangkan, ultra kiasu begitu kuat menentang, sedangkan RUU355 tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Ultra kiasu ini bertuankan siapa?
Sebelum inipun, saya juga terlihat dan terbaca berita beberapa perhimpunan mereka. Bahasa yang digunakan dalam banner, bunting, plakad dan lain-lain lagi langsung tidak mencerminkan negara ini bahasa kebangsaannya adalah bahasa Melayu.
Baru-baru ini, saya melintas Kedah dan Pulau Pinang sempena hari raya baru-baru ini. Ternyata kedudukan bahasa Melayu semakin menyedihkan. Menu makanan digantung di luar hotel, tidak ada sepatah pun bahasa Melayu digunakan
Pulau Pinang tidak lagi sebut sebagaimana nama asalnya, tetapi lebih selesa disebut ‘Penang’. Itupun mereka bercadang membina papan tanda gergasi PENANG ala HOLLYWOOD.
Cadangan ini mendapat tentangan daripada persatuan alam sekitar kerana ia membahayakan. Tidak mustahil suatu hari nanti ia menjadi realiti.
Cadangan saya, jika ultra kiasu ikhlas, daripada diletakkan nama PENANG, lebih baik letak kalimah ALLAH. Bagi menunjukkan bahawa asal usul Pulau Pinang adalah kepunyaan Kerajaan Melayu Islam Kedah.
Jati diri, baju Melayu dan KTM
Ketika melintasi Sungai Petani dan Kulim, terpandang taman-taman perumahan baharu dengan nama-nama Yarrapark, Westfield, Fairfield dan banyak lagi nama-nama yang begitu asing. Apa sudah jadi dengan negara berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini?
Apakah sudah mati jadi diri orang Melayu yang meluluskan nama taman-taman perumahan sedemikian. Tidak usah pergi ke Pulau Pinang. Bahasa Melayu di pulau itu sudah lama hancur sejak zaman Gerakan, MCA dan bertambah lagi zaman ultra kiasu sekarang.
Jika keadaan ini berterusan, tanpa penguatkuasaan, 10 tahun lagi, bahasa Melayu hanya akan tinggal pada baju Melayu sahaja atau kereta api sahaja. Itupun baju Melayu dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) belum tentu selamat, kerana selagi ada identiti Melayu dan Islam, selagi itulah ultra kiasu sentiasa merancang untuk meruntuhkannya.
Mereka tidak mahu adanya identiti Melayu Islam dalam sebuah negara yang begitu jelas asal usul kenegaraan keMelayuannya. Jika perancangan ini berjaya, tunggulah kehancuran Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Justeru, saya merayu kepada orang Melayu Islam dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bangunlah. Bangkit menentang kebobrokan ultra kiasu ini sebelum terlambat. Jati diri negara ini mesti berakarkan kepada Melayu Islam dan Bumiputera.
Jangan biarkan ia hilang disebabkan kelalaian dan kealpaan kita. Saya tidak kata zaman BN dahulu bagus, puncanya tetap ada daripada dahulu lagi, tetapi keadaan hari ini bertambah rumit dan tersangat kusut.
Prof. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Kolumnis ISMAWeb


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/18/bahasa-melayu-merempat-dibumi-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Bahasa Thailand Dengan Gadis Cantik Yang Fasih Berbahasa Melayu

Belajar Bahasa Thailand Dengan Gadis Cantik Yang Fasih Berbahasa Melayu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 2102 hits
Belajar bahasa thailand dengan gadis cantik yang fasih berbahasa melayu Nutty Nathamon atau lebih dikenali dengan Nutty adalah seorang youtuber yang berasal dari Thailand dan dia sangat fasih bertutur dalam bahasa melayu Gadis cantik ini se...
Penanda Buku Bahasa Melayu

Penanda Buku Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1304 hits
PENANDA BUKU BM VERSI CIKGUJAZLAN DAH KUAR Macam mana nak save Clik pada gambar nanti paparan besar akan keluar Kemudian right klik pada gambar kemudian tekan save image as save Right klik pada gambar kemudian tekan save image as save siap ...
Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 372 hits
Salah Umno PAS sendiri belia sokong Pakatan kata Syed Saddiq Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2019 1
Sibuk Tidurkan Anak Diri Sendiri Tak Tahu Nak Tidur Kat Mana Tya Arifin

Sibuk Tidurkan Anak Diri Sendiri Tak Tahu Nak Tidur Kat Mana Tya Arifin

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 397 hits
Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tya Arifin melalui instagramnya memuat naik gambar bersama suami dan anak anak yang sedang lena dibuai mimpi Baca Begitulah besar pengorbanan isteri dan ibu yang memikirkan tentang orang sekeliling s...
Pengarah Salahkan Diri Sendiri Akibat Kegagalan Filem Dark Phoenix

Pengarah Salahkan Diri Sendiri Akibat Kegagalan Filem Dark Phoenix

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 436 hits
Pengarah dan juga penulis lakon layar filem Dark Phoenix mengambil tanggungjawab dan menyalahkan dirinya sendiri akibat daripada kegagalan filem tersebut untuk mendapat kutipan memberansangkan di pawagam Filem ini merupakan filem pertama ar...
Tak Tahan Asyik Kena Leter Dengan Mak Lelaki Lepas Geram Campak Bayi Sendiri Dari Tingkat Enam

Tak Tahan Asyik Kena Leter Dengan Mak Lelaki Lepas Geram Campak Bayi Sendiri Dari Tingkat Enam

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 336 hits
Anak merupakan pemberian Tuhan yang paling bernilai bagi seseorang yang bergelar ibu bapa Akan tetapi kadangkala ada di antara kita yang hilang pertimbangkan sehingga sanggup menyakiti malah membunuh darah daging kita sendiri Bercakap menge...
Minum Air Muntah Air Liur Sendiri Tak Boleh Telan Bukan Morning Sickness Biasa

Minum Air Muntah Air Liur Sendiri Tak Boleh Telan Bukan Morning Sickness Biasa

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 358 hits
Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah Jangan main main kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan Ia juga boleh sebabkan kematian Morning sickness at...
Tips Lakukan Pengecekan Sendiri Di Mobil Anda Pasca Mudik

Tips Lakukan Pengecekan Sendiri Di Mobil Anda Pasca Mudik

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 211 hits
perjalanan mudik ke kampung halaman dan kembali lagi ke rumah tentu sangat melelahkan untuk mobil Anda Belum lagi kondisi terjebak dalam kemacetan yang panjang Nah pascamudik baiknya segera lakukan pengecekan beberapa bagian penting mobil u...
Warganet Berbagi Cerita Patah Hati Biar Nggak Sendiri Semoga 10 Kisah Pilu Ini Bisa Menguatkanmu Ya

Warganet Berbagi Cerita Patah Hati Biar Nggak Sendiri Semoga 10 Kisah Pilu Ini Bisa Menguatkanmu Ya

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 471 hits
Merayakan kesedihan selalu lebih baik daripada memendamnya lalu membiarkannya tumbuh jadi api dalam sekam Mari saling menguatkan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner