Bahasa Jiwa Bangsa
Menerjah kembali blog yang dah lama aku tinggalkan. Hampir seabad aku sudah lama tidak kembali menulis di alam maya ini. Pengnjung semakin susut dan kurang bacaan dari orang awam. Biarlah, aku perlu kembali menulis, mengasah taji yang sudah tumpul matanya. Aku masih ingat punjangga berkata, mata pena itu jauh tajamnya dari mata pedang. Benar, mata pedang itu mampu mengguris luka di badan. Tetapi kata-kata mampu menusuk hati dan sanubari seseorang. Aku perlu terus menulis. Biarlah tana bacaan sesiapa, aku masih mahu melontar idea.
Minat terhadap bahasa menjadikan aku jatuh cinta. Bahasa yang kini kian malap apinya, yang satu ketika dahulu terkanal sebagai lingua franca nusantara. Yang tinggal cuma sejarah, bermegah dengan kisah silam dan kian layu ditelan masa. Perjuangan bahasa tu sebahagian daripada perjuangan bangsa. Sungguh aku bukan jati nya melayu, tetapi bahasa ini menjadikan aku lebih kenal apa itu budi bahasa.
Aku cuba singkap kembali aturan tulisan lampau, menjengah seberapa kerat nukilan lama, menyelak kisah lalu. Benar, pengalaman itu guru terbaik. Pengalaman mengajar aku apa itu berbudi dalam bahasa. Bahasa itu medium khusus untukmenyampaikan maklumat. Melalui bahasa, kita kenal budaya. Bahasa menhubungkan manusia. Tanpa bahasa yang baik, kita mudah menjatuh hukum tanpa neraca. Silap bahasa, kita mengundang bencana tak diduga. Kitalah yang menjaga keaslian bahasa kita. Jika bukan kita, siapa lagi?
Aku juga bukan orang yang selayaknya berkata soal bahasa. Tetapi sekurang-kurangnya aku cubamenjaga dan menonjolkan keunikan dan sisi indahnya bahasa ini. Anak muda dan golongan tua sibuk melaungkan slogan lndungi bahasa kita, tapi seindiri gagal berbahasa ibunda dengan baik. Berbual penuh gasar, menulis penuh singkat. Belum lagi dicampur dengan bahasa pasar yang bercampur baur perkataan entah dari mana, dijadikan bahan bual seharian. Alah bisa, tegal biasa. Sudah menjadi sebahagian budaya katanya, sehingga terlindung celanya bahasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bubblehaze.blogspot.com/2018/12/bahasa-jiwa-bangsa.html