Bahasa Banjar Jawa Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan


BH ONLINE Foto BERNAMA SABAK BERNAML Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan dalam menzahirkan rasa bangga menyambut hari penuh bermakna itu.
Bagi membangkitkan momentum sambutan itu tahun ini, Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor mengambil inisiatif membuat hebahan dalam bahasa Banjar dan Jawa untuk memudahkan masyarakat setempat di Sabak Bernam memahami maklumat yang hendak disampaikan itu.
Dihasilkan oleh Juruaudio Visual JaPen Selangor, Fadzlysham Ahmad, antara bahan hebahan itu dalam bahasa Banjar adalah:
"Walaupun negara kita ni sedang berhadapan awan ujian getir, iaitu penularan wabak COVID-19, amun, semangat cinta akan negara perlu dipamerkan dengan banggaknya Jalur Gemilang bersempena bulan kebangsaan ini. Jangan kelumpangan, untuk mematuhi SOP yang talah ditetapkan kerajaan".
Hebahan itu yang bermaksud walaupun negara sedang berhadapan dengan ujian getir berikutan penularan wabak COVID-19, semangat cintakan negara perlu dipamerkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan ini. Jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.
Fadzlysham, 37, berkata walaupun Bulan Kebangsaan pada tahun ini disambut sederhana dan tidak dilakukan secara bersemuka, pihaknya tetap bersemangat dan berbangga untuk melaksanakan amanah bagi memastikan penduduk di Sabak Bernam mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan bersejarah itu.
Tinjauan Bernama mendapati penduduk di Taman Perdana di sini menzahirkan rasa bangga dan teruja apabila pihak JaPen menggunakan bahasa Banjar dan Jawa untuk melakukan hebahan mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2021 dan COVID-19 yang memudahkan penduduk setempat memahami mesej disampaikan.
Penduduk Fathullah Md Danu @ Md Salleh, 53, yang ditemui menghargai usaha Japen menggunakan bahasa Jawa untuk menguar-uarkan pesanan tersebut sekali gus dapat menampilkan jati diri penduduk tempatan yang sentiasa bercakap menggunakan bahasa berkenaan dalam kehidupan seharian mereka.
Sementara itu, seorang pesara kerajaan Mohd Noh Kamal Mohammad, 59, berkata beliau sangat teruja apabila mendengar perkataan daripada bahasa banjar, 'kulaan seberataan' yang membawa maksud saudara mara sekalian, dilaungkan dalam hebahan tersebut.
"Walaupun kami pada masa itu riuh berpandiran (bersembang), apabila saya terdengar bahasa banjar terkeluar dari corong pembesar suara, saya terus memberitahu kepada kawan-kawan mengenai pengumuman tersebut," katanya kepada Bernama.
Sementara itu Pengarah JaPen Selangor, Ali Suhaili, berkata selain bahasa Melayu pihaknya juga menggunakan bahasa Banjar dan Jawa melalui program Info On Wheels (IOW) untuk memudahkan penduduk setempat memahami maklumat yang disampaikan.
Beliau berkata pengedaran Jalur Gemilang dilaksanakan dengan pematuhan SOP ketat tanpa bersemuka, sebaliknya pihaknya menggunakan kaedah tanpa sentuhan dengan meletakkan Jalur Gemilang sama ada di peti surat ataupun di hadapan pintu rumah penduduk sekitar.
"Sempena sambutan Bulan Kebangsaan kali ini, kenderaan IOW JaPen Selangor bergerak di seluruh negeri sambil memasang lagu-lagu kemerdekaan dan edaran Jalur Gemilang oleh petugas kepada penduduk," katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/bahasa-banjar-jawa-meriahkan-sambutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Lancar Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang

Sabah Lancar Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 483 hits
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama menteri Kabinet Negeri dan ketua kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri pada majlis di PPNS pada Isnin KOTA KINABALU Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kiba...
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Hanya 55 Minit

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Hanya 55 Minit

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 318 hits
Oleh AMREE AHMAD Raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan pagi tadi PUTRAJAYA Buat julung kali sambutan Hari Kebangsaan 2021 hanya akan berlangsung selama kira kira 55 minit susulan isu kebimbangan trend penularan wabak Covid 19 ...
Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Capai 90 Peratus Ksu Kkmm

Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Capai 90 Peratus Ksu Kkmm

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 216 hits
Acara utama tahun ini tidak melibatkan kehadiran orang awam KUALA LUMPUR Persiapan dan persediaan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 kini telah mencapai 90 peratus kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Dat...
Cerita Sebalik Berita Orang Asli Mendriq Semangat Sambut Bulan Kebangsaan

Cerita Sebalik Berita Orang Asli Mendriq Semangat Sambut Bulan Kebangsaan

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 273 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Jadual Puasa Bulan Muharram 1443h

Jadual Puasa Bulan Muharram 1443h

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 1024 hits
Assalamaualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua baik baik dan di dalam lindungan Allah Insha ALlah pada pagi ini Naim akan share jadual untuk kita berpuasa sunat dalam bulan Muharram Rasulullah perna...
Puasa Sunat Tasua Asyura Bulan Muharam

Puasa Sunat Tasua Asyura Bulan Muharam

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 375 hits
ANTARA hari yang disunatkan berpuasa dalam bulan Muharam adalah pada hari tasu a dan asyura Oleh DR AZRI BHARIBulan Muharam adalah salah satu daripada bulan bulan Haram Turutan susunan dalam takwim atau kalendar Hijrah adalah sebaga
Masih Panjang Umur Bayi 3 Bulan Tercampak Selamat Ibu Meninggal Dalam Kemalangan

Masih Panjang Umur Bayi 3 Bulan Tercampak Selamat Ibu Meninggal Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 359 hits
Masih panjang umur Itu yang berlaku pada seorang bayi perempuan berusia tiga bulan apabila terselamat dalam kemalangan walaupun tercampak keluar dari kereta Lagi sedih ibu bayi tersebut maut kerana kemalangan di Kilometter 19 2 Lebuh Raya S...
Ibarat Diberi Nyawa Ke 2 Kisah Ibu Hamil Positif Covid Stage 5 Ketika Kandungan 5 Bulan

Ibarat Diberi Nyawa Ke 2 Kisah Ibu Hamil Positif Covid Stage 5 Ketika Kandungan 5 Bulan

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 442 hits
Sejak akhir akhir ini kes melibatkan ibu mengandung yang dijangkiti Covid 19 semakin membimbangkan Jika awal awal penularan Covid ramai yang bimbangkan keadaan warga emas tetapi sekarang dengan pelbagai varian virus Covid ia berisiko kepada...
Tawaran Pengurangan 70 Saman Jpj Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Tawaran Pengurangan 70 Saman Jpj Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 530 hits
Tawaran Pengurangan 70 Saman JPJ Sempena Bulan Kemerdekaan 2021 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 70 ini bermula 18 Ogos 2021 sehingga 16 Semptember 2021 Bersempena dengan sambutan hari kemerd...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai

Hello Everyone

Pokemon Fire Red Version

Kenapa Kotak Scent Diffuser Perlu Rekaan Premium Profesional

Nasi Goreng Telur Dan Sosej Di England

Jangan Berduka Atas Apa Yang Luput Darimu Dan Jangan Terlalu Bahagia Atas Apa Yang Allah Karuniakan Kepadamu