Bahagian Tulang Rusuk Paan Terpaksa Ditebuk Untuk Menyelamatkan Nyawanya


Kuala Lumpur: "Vape menyebabkan saya hampir dijemput ajal. Kerana vape jugalah dada saya terpaksa ditebuk sebagai ikhtiar terakhir menyelamatkan nyawa," ujar seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Paan, 33.
Menurutnya, ketagihan kronik menghisap vape atau rokok elektronik (e-rokok) sejak tiga tahun lalu hampir meragut nyawanya, baru-baru ini.
"Semuanya mula menampakkan tanda awal apabila saya diserang sakit angin di dalam perut, gastrik dan pedih hulu hati sekitar awal Disember lalu. Rasa sakit itu datang menyerang secara berkala.
"Ketika itu memang tubuh rasa tidak selesa, namun saya masih menghisap vape seperti lazimnya," katanya yang menetap di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.
Dia kemudian berjumpa dengan doktor klinik sebelum diagnosis mengesahkan dia berdepan isu kolestrol dan gerd iaitu masalah asid terlalu banyak dalam perut.
"Walaupun bermacam ubat dimakan namun keadaan tubuh saya semakin teruk. Malah saya kerap berasa terbakar pada bahagian dada. Dada berasa amat ketat hingga menyebabkan saya sesak nafas, lelah dan cepat kepenatan.
"Kemuncak penderitaan serangan demam panas dan gerd pada 23 Disember lalu. Perut rasa terlalu sebu dan semua ubat klinik yang dimakan langsung tidak berkesan untuk memulihkan kesakitan.
"Saya akhirnya disorong masuk ke sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang, selepas keadaan bertambah kritikal," katanya.
Menurutnya, doktor pakar di hospital mulanya mengesyaki dia diserang asma namun pemeriksaan ultrasound mendapati paru-parunya di sebelah kanan tidak berfungsi.
"Malah, imbasan ultrasound gagal mengesan kedudukan paru-paru saya itu yang menjadi kecut. Saya kemudian terpaksa menjalani ujian X-ray sebelum dimasukkan ke red zone (zon merah untuk pesakit kritikal).
"Doktor kemudian memaklumkan terpaksa melakukan prosedur menebuk bahagian bawah tulang rusuk berhampiran ketiak untuk menyelamatkan nyawa saya," katanya.
Menurutnya, proses itu dilakukannya dalam keadaan dia masih sedar sebelum doktor memasukkan tiub bagi membuang angin yang terperangkap di bahagian paru-paru itu.
"Keadaan ketika itu amat mencemaskan, namun segalanya berakhir dengan rasa syukur apabila saya mampu bernafas semula dengan lancar sebaik angin di bahagian paru-paru itu dikeluarkan.
"Selama beberapa hari pihak hospital menggunakan alat vacuum untuk menyedut keluar angin dari dalam tubuh bagi membolehkan saya bernafas dengan normal.
"Hampir tiga minggu saya terlantar di hospital sebelum berjaya dipulihkan. Doktor yang merawat saya mengakui apa yang berlaku pada paru-paru saya itu kesan pengambilan vape bernikotin.
"Doktor menasihati saya supaya berhenti terus menghisap vape jika masih sayangkan nyawa. Kini saya sudah bertaubat dan mengucapkan selamat tinggal pada vape," katanya.
Paan berkata, dia mula merokok sejak berusia 14 tahun sebelum beralih kepada pod dan vape sekitar 2020.
"Saya akui ketagih menghisap vape dan berbelanja ratusan ringgit sebulan bagi membeli kartrij dan cecair perisa vape.
"Walaupun sudah pulih, namun kesan kerosakan paru-paru itu menyebabkan saya kini tidak sekuat dahulu. Saya tidak boleh lagi berlari laju, menjalani aktiviti di gimnasium serta aktiviti lasak lain," katanya yang sudah berumah tangga dan bekerja sebagai pengedar barangan.


'Dakyah sesat' vape kurang mudarat
Kuala Lumpur: "Jika ada tanggapan rokok elektronik (e-cigarette) atau vape kurang mudarat berbanding rokok konvensional atau tembakau, ia adalah 'dakyah sesat' dan mengarut," ujar Ketua Pasukan Bertindak Berhenti Merokok, Kluster Perubatan dan Kesihatan, Akademi Profesor Malaysia Prof Mohamad Haniki Nik Mohamed.
Menurutnya, cecair nikotin adalah kandungan wajib dalam vape yang menjadi tarikan dalam kalangan golongan muda serta penghisap vape tegar.
"Tanpa nikotin, vape hanya alat yang tiada makna. Nikotin diperlukan dalam rokok elektronik supaya penghisapnya menjadi ketagih. Saya tidak nampak bagaimana vape yang didakwa boleh membantu menyelesaikan masalah ketagihan rokok.
"Apa yang pasti pengguna rokok elektronik atau vape ini berisiko menghidap pelbagai komplikasi penyakit baharu.
"Bahan kimia lain seperti Propylene Glycol (PG), Vegetable Glycerin (VG) dan bahan perisa digunakan dalam cecair vape bakal mendatangkan masalah sampingan lain.
"Hasil dapatan daripada penyelidik tempatan iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2020 juga mendapati cecair rokok elektronik yang dijual di pasaran Malaysia akan menghasilkan sebatian lain apabila dicampurkan.
"Ia juga akan menghasilkan bahan berbahaya dipanggil toxic intermediates dikenali sebagai Volatile Organic Compound (VOC) yang terbukti boleh memberikan kesan sampingan kepada kesihatan terutama kepada paru-paru manusia.
"Kerosakan atau kecederaan paru-paru ini dikenali sebagai E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali)," katanya kepada Metro Ahad.
Menurutnya, kes serangan Evali terutama kepada golongan belia semakin menjadi-jadi dengan kebanyakannya terpaksa menjalani pembedahan di hospital.
"Dalam kes seumpama ini, adakah taikun vape atau peniaga vape akan bertanggungjawab ? adakah mereka akan mengakui bahaya vape serta membayar ganti rugi nyawa?" katanya.
sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/05/bahagian-tulang-rusuk-paan-terpaksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Takut Terpaksa Berhenti Bekerja Kim Woobin Kongsi Perjuangan Melawan Kanser Pada 2017

Saya Takut Terpaksa Berhenti Bekerja Kim Woobin Kongsi Perjuangan Melawan Kanser Pada 2017

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 179 hits
Pasti ramai yang rindukan Kim Woo bin kembali aktif dalam industri hiburan kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Kim Woo bin telah tampil dalam program You Quiz on the Block sebagai tetamu di mana pelakon itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara...
Gara Gara Kesilapan Doktor Budak Lelaki Terpaksa Membesar Sebagai Gadis

Gara Gara Kesilapan Doktor Budak Lelaki Terpaksa Membesar Sebagai Gadis

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 446 hits
OTTAWA Kanada Seorang budak lelaki terpaksa menjalani pertukaran jantina tanpa persetujuan dan membesar sebagai perempuan selepas doktor secara tidak sengaja merosakkan kemaluannya semasa prosedur berkhatan lapor portal berita Daily Star se...
Dikritik Umum Dek Plot Ini Doctor Cha Terpaksa Sunting Beberapa Babak

Dikritik Umum Dek Plot Ini Doctor Cha Terpaksa Sunting Beberapa Babak

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 229 hits
Mengecapi populariti kini secara tiba tiba drama Doctor Cha terpalit dengan satu kontroversi tak dijangka ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod pertama dan kedua drama JTBC ini memaparkan kisah mengenai pembedahan pemindahan hati di mana Cha Jung ...
Ukays Terpaksa Dalam Rela Chord

Ukays Terpaksa Dalam Rela Chord

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 192 hits
Em Am D G C Am B B Em Am Tak dapat ku lupakan C B Kenangan cinta kita Em Am Saat ketika kita bersama C B Berjanji kan setia B Selamanya Em Am Tak termampu untuk ku B Em Melupakan segalanya Am Em Kenangan cinta kita terbina C B Em Antara eng...
Vincent Rompies Ucap Terima Kasih Untuk Natasha Rizky Soal Desta Lu Menyelamatkan

Vincent Rompies Ucap Terima Kasih Untuk Natasha Rizky Soal Desta Lu Menyelamatkan

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 211 hits
Sebagai sahabat Desta Vincent Rompies pernah mengucap terima kasih kepada Natasha Rizky Hal itu lantaran Vincent menganggap bahwa sosok Natasha sudah menyelamatkan kehidupan Desta di masa lalu Simak ulasan lengkapnya berikut ini
Khalid Samad Buat Kenyataan Sumbang Terlupa Umno Dan Amanah Dalam Kerajaan Sama Terpaksa Mohon Maaf

Khalid Samad Buat Kenyataan Sumbang Terlupa Umno Dan Amanah Dalam Kerajaan Sama Terpaksa Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 248 hits
Oleh Adam MalikAmat malang apabila pemimpin tidak matang dan masih bermain naratif lapuk dan tidak ikut perkembangan semasa Antara pemimpin yang dimaksudkan adalah Khalid Abdul Samad Isu yang tiada keuntungan politik atau kesan politik kepa...
Farid Kamil Rahsiakan Perjalanan Mungkin Terpaksa Pindah

Farid Kamil Rahsiakan Perjalanan Mungkin Terpaksa Pindah

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 273 hits
Pelakon Farid Kamil yang membawa watak Anwar Ibrahim dalam filem biopik Anwar The Untold Story sebelum ini mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia jika Anwar tidak mentadbir negara selepas PRU15 Bercakap kepada petugas media selepas ta...
Superman Superboy Saya Tewas Terpaksa Ambil Nebulizer Amyra Rosli Minta Tip Hilangkan Batuk

Superman Superboy Saya Tewas Terpaksa Ambil Nebulizer Amyra Rosli Minta Tip Hilangkan Batuk

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 402 hits
Pelakon Amyra Rosli berkongsi video suaminya Amar Bahrin dan Anak sulung Anaqi yang berada di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur Menurut Amyra Suami dan anaknya mengalami batuk batuk sehingga terpaksa mengambil nebulizer Superman ...
Mayat Tanpa Pengenalan Diri Terapung Di Sungai Tambun Tulang

Mayat Tanpa Pengenalan Diri Terapung Di Sungai Tambun Tulang

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 336 hits
MAYAT lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Tambun Tulang di Kangar petang tadi Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata mayat itu ditemukan tanpa baju dan hanya berseluar panjang berw...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu