Bahagia Tidak Semestinya Perlu Bersuami Kaya Bila Bersyukur Segalanya Akan Cukup



Ada orang mempunyai impian besar dalam kecapi kebahagian dalam hidup. Ingin suami yang kaya, isteri yang cantik dan semua kena sempurna. Tapi sejauh mana kita kenal erti syukur akan kebahagian walau ia tidak seperti yang diimpikan. Ikuti perkongsian saudari Najibah Mustaffa mengenai nilai kebahagian dalam rumahtangga

Kadang-kadang kita lupa cara nak bahagia sebab kita selalu dihidangkan dengan perkara – yang menampakkan bahagia itu ada pada cantik, kacak, kaya, berpengaruh, dan nampak hebat.Ada seorang kenalan saya ini. Saya suka,baca FB nya, walaupun jarang meninggalkan komen. Postingnya tidaklah viral atau ramai follower. Tetapi yang dikisahkan di FB nya setiap hari adalah kisah kehidupan tulen. Tidak fake. Bukan dibuat buat. Segala susah senang kisah hidup semua bersambut syukur

GAJI SUAMI RM1500 DAPAT BANTUAN LAGI, TAPI MASIH SYUKUR
Ada isteri yang suaminya susah. Respons dengan merungut, buka aib suami, itu ini serba tak kena. Tapi kenalan saya ini, dia tak malu cerita hakikat perihal keluarga yang tak senang mana. Gaji suami tak sampai pun RM1500, dan beliau tak bekerja. Sesekali terima bantuan kerajaan. Tapi bagaimana mereka melalui semuanya dengan syukur.Kita boleh makan ayam hari hari. Beliau ini katanya seminggu sekali dapat syukur. Ditunjuknya masakan sup ayam yang menyelerakan. Rezeki keluarga hari ini. Bila rezeki suami lebih, belikan sehelai tudung yang tidaklah mahal mana. Bahagianya lahai beliau memakai.


Tak pernah merungut. Apa yang suami bawa balik itulah rezeki. Dengan kerajinan, kreativiti di olah dari rezeki yang secupak tadi menjadi segantang. Suami nya bawa balik bahan A, lalu bahan itu bertukar menjadi menu B,C,D lalu mengenyangkan mereka sekeluarga. Siap boleh berbagi dengan jiran jiran. Barokah. Dan satu amalan mereka yang saya kagum adalah sangat menjaga kebajikan kucing jalanan. Beli makanan, pusing tempat kucing-kucing tu tidur, beri makan, air. Buat secara konsisten. Boleh kata setiap hari. Hati saya selalu terdetik. Bagusnya mereka suami isteri. Barangkali asbab amalan ini yang menjadi pemberat timbangan untuk masuk Syurga. Siapa tahu kan

Entah. Bila lihat kenalan saya ini. Saya benar benar belajar erti sederhana, syukur dan bahagia. Setelah lamanya hidup hari ini diberatkan perasaan dengan perkara perkara yang sebenarnya sifatnya perhiasan sahaja

Nak masak, guna periuk mahal berjenama dan gajet terkini. Jadi kita terikut ikut. Terliur tengok. Rasa nak, bestnya kalau ada di rumah buat koleksi

IKHLAS WALAUPUN PENUH KESEDERHANAAN
Bab masak ni kan saya suka tengok Sugu Pavithra melalui Channel Youtube nya. Membawa kita kembali kepada basic. Bahagia itu boleh saja ada pada sederhana. Masak guna peralatan biasa sahaja, tapi kualinya dijaga bersih berkilat. Sinki pun berkilat. Sambil tengok video, kita perhati senyuman dan rendah hatinya, kemanisan suami isteri. Isteri masak, suami rakam. Video pun edit biasa biasa sahaja. Mata kita rasa tenang, lihat ruang dapur dan rumah yang kemas, tersusun elok walaupun semuanya sederhana sahaja. Dan hati kita mula berasa indah, melihat kebahagiaan mereka makan bersama. Sambil senyum dan mensyukuri rezeki

Sungguh. Bahagia itu ada pada cara kita melihat dan menyambut semua kurniaan Allah dengan hati yang sarat rasa syukur. Saya bahagia dapat melihat cebisan kisah orang begini di FB. Lalu saya sedar. Ini lah yang kita semua rindukan. Melihat rumput selalu hijau, di laman kita. Bukan lagi di laman orang lain

Sumber: Najibah Mustaffa via https://ift.tt/2q1CbOY

from Sehinggit Media https://ift.tt/3gQa4bq
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/bahagia-tidak-semestinya-perlu-bersuami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menurut Kajian Orang Yang Tidur Awal Cepat Kaya Dan Lebih Bahagia

Menurut Kajian Orang Yang Tidur Awal Cepat Kaya Dan Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 484 hits
Ramai di antara anda yang susah sangat nak tidur awal dan tidur secara teratur Disarankan tidur selama 7 hingga 8 jam setiap hari bagi orang dewasa Tidur awal akan membuatkan anda lebih bertenaga dan sentiasa kekal aktif di untuk melakukan ...
Ikan Siakap Masak Kengsom Kombinasi 3 Rasa Masam Manis Pedas Cukup Padu

Ikan Siakap Masak Kengsom Kombinasi 3 Rasa Masam Manis Pedas Cukup Padu

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 995 hits
Asyik masak gulai yang bersantan je kadang tu jemu juga kan Sesekali nak juga rasa masakan yang lain sikit Tak perlu nak pening pening kepala lagi masak apa Apa kata cuba resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Resipi ini popular di negara Thailan...
Ph Johor Cukup Kerusi Bentuk Semula Kerajaan

Ph Johor Cukup Kerusi Bentuk Semula Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 426 hits
AMNI JAGAT Pakatan Harapan Johor hari ini yakin bahawa kerusi untuk mengambil semula kerajaan dari Perikatan Nasional mampu dilakukan Menurut Pemikir Parti Amanah Negara Negeri Johor Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata bilangan kerusi yang dipe...
Mp Yang Pergi Ziarah Raya Atuk Anwar Dikira Untuk Cukup 129 Mengikut Kiraan Salahuddin Ayub

Mp Yang Pergi Ziarah Raya Atuk Anwar Dikira Untuk Cukup 129 Mengikut Kiraan Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 282 hits
Semalam Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum persidangan parlimen akan datang yang dijangka bermula pada Julai ...
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam Sepinggan Nasi Tak Cukup Nak Buat Tak Sampai 5 Minit

Resipi Sambal Belacan Kedai Siam Sepinggan Nasi Tak Cukup Nak Buat Tak Sampai 5 Minit

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 768 hits
Pembuka selera ketika makan nasi putih adalah sambal belacan Kalau sedap sambalnya maka bertambahlah kita makan Sambal belacan sesedap ni kalau dipadankan dengan lauk ringkas seperti ikan atau ayam goreng pun dah cukup untuk buat kecur liur...
A Life Link I Perlindungan Hayat Cukup Lengkap

A Life Link I Perlindungan Hayat Cukup Lengkap

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 250 hits
A LifeLink i Perlindungan HayatTempoh PerlindunganTEMPOH PERLINDUNGAN SEHINGGA 70 80 ATAU 100 TAHUNUmur PenyertaanUMUR 16 TAHUN 70 TAHUNMENGENAI PRODUK INIA LifeLink i adalah sebuah pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang membantu anda mel...
Cukup Cukup Lah Tun Nak Anwar Bekorban Lagi

Cukup Cukup Lah Tun Nak Anwar Bekorban Lagi

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 404 hits
statement yang berat sebelah 1 Statement ni hanya baigtau Anwar tak boleh jaid PM tanpa sokongan Tun taip x pulak baigtau boleh ke Tun jadi PM tanpa sokongan Anwar 2 Maka Tunlah yang bolih buat PH berkuasa balik bukan Anwar 3 Saya kata adak...
Tepung Boko Ubi Kayu Legend Serius Sedap Cukup Lemak Manisnya

Tepung Boko Ubi Kayu Legend Serius Sedap Cukup Lemak Manisnya

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 473 hits
Kuih tepung boko ubi kayu yang dulunya antara hidangan popular kini mula menjadi kesukaan ramai Cuma bila tengok kuih tradisional ini ramai terfikir cara nak buatnya susah Jangan risau bagi yang teringin nak rasa kuih boko ubi kayu ni senan...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia