Tepung Boko Ubi Kayu Legend Serius Sedap Cukup Lemak Manisnya
Kuih tepung boko ubi kayu yang dulunya antara hidangan popular kini mula menjadi kesukaan ramai. Cuma bila tengok kuih tradisional ini, ramai terfikir cara nak buatnya susah.
Jangan risau, bagi yang teringin nak rasa kuih boko ubi kayu ni, senang saja nak buat sendiri di rumah. Mesti tak menyesal pun sebab rasa kuih legend ni sememangnya sangat sedap.
RESIPI ARTIKEL MENARIK [Resipi Laksa Ala-Ala Aeon, Paling Mudah Nak Buat, Simple!]
Teksturnya yang lembut, rasa lemak-lemak santan dan manis dari gula merah tu cukup sedap. Anak-anak kecil pun boleh makan. Memang anda tak akan menyesal bila dah buat sekali. Serius ia pasti buat anda akan buat lagi berkali-kali selepas ini.
KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
Bahan-bahan A
3 cawan ubi kayu parut
2 cawan gula merah /
2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan
Cara-cara:
1) Masak bahan-bahan di atas hingga larut. Tapis dan sejukkan
2) Campurkan ubi parut dengan air gula tersebut dan gaul rata. Tuang ke dalam bekas ikut saiz yang kita nak atau loyang saiz 7inci
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Angkat dan ketepikan
LAPISAN ATAS
Bahan-bahan:
2 cawan santan pekat
1 cawan air
140g tepung beras
50g tepung gandum
11/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
Satukan kesemua bahan di dalam periuk. Kacau sehingga semua bahan larut.
Masak dengan api kecil hingga berwap.. kemudian tuang atas ubi yang dah masak tadi.. Kukus dalam 20minit Iagi.. Dah masak sejukkan dulu baru makan.
Kredit Resipi: Norhayati Mohd Yusoh
RESIPI WAJIB CUBA [Kuay Teow Sup Thailand. Aroma Daun Ketumbar & Minyak Bawang Putih Bangkitkan Selera!]
The post Tepung Boko Ubi Kayu Legend. Serius Sedap & Cukup Lemak & Manisnya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tepung-boko-ubi-kayu-legend-serius-sedap-cukup-lemak-manisnya/