Dalam konteks UMNO dan Bersatu, sebenarnya kedua-dua pihak tidak dinafikan ada keinginan untuk saling bekerjasama dan bersatu.Bagi sesetengah pemimpin UMNO, mereka merasakan hanya dengan cara itu akan membolehkan parti itu kembali semula memegang kuasa.Selain itu, dengan kembali berkuasa juga, beberapa pemimpinnya yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah turut lebih cerah dapat melepaskan diri.Bagi Bersatu pula, oleh kerana kerusi yang dimenangi dalam PRU14 lalu terlalu ciput, bergabung dengan UMNO akan menjadikannya tambah kuat dan mampu bertahan lebih lama.Lebih-lebih lagi bagi Tun Mahathir, penggabungan dengan UMNO boleh dijadikan sandaran untuk kekal lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri.Maka itu, bergabungnya UMNO dengan Bersatu bukanlah suatu yang mustahil atau merupakan kesalahan daripada segi hukum politik untuk mengekalkan kuasa dan menyelamatkan diri.Cuma, khusus buat Tun Mahathir dan Bersatu, jika penggabungan dengan UMNO itu mahu direalisasikan, adalah tidak bermoral untuk membawa sekali jawatan Perdana Menteri bersama dengannya.Boleh dan tidak salah untuk bergabung, tapi tinggal dan serahkanlah jawatan Perdana Menteri kepada PH kerana yang menang PRU14 lalu adalah PH melalui persefahaman menggunakan logo PKR ketika itu.Adalah memalukan dan macam muka tak malu jadinya jika jawatan Perdana Menteri mahu dibawa sekali oleh Bersatu untuk dikongsi dengan UMNO melalui penggabungan itu, sedangkan jawatan tersebut adalah milik PH dan dicatatkan kemenangan dalam PRU14 melalui simbol PKR.Serahkanlah semula jawatan Perdana Menteri itu kepada PH dan melalui gabungan baru itu nanti, berlawanlah dengan PH dalam PRU15 akan datang.Apa macam? Setuju? (ShahbudinHusin 30/12/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |