Bagus Sanusi Minta Maaf Pada Anwar Tapi Janganlah Celupar Mengata Lagi Lepas Ini






Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan beberapa menteri kabinet yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah, semalam.


Sanusi berkata, permohonan maaf itu adalah bagi ucapan yang kurang sesuai yang pernah diucapkannya dalam konteks ‘hablumminannas’ (hubungan sesama manusia) selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dan atas kapasiti politiknya.


“Sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri kita masing-masing.


“Semoga pertemuan dalam bulan Syawal yang mulia ini akan menjadi asbab untuk kita mulakan lembaran baharu serta sama-sama melangkah dengan hati yang bersih, ikhlas dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.


Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata, kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.


Alhamdulillah, bagus Sanusi ni, ringan mulutnya untuk meminta maaf.


Sebagai manusia dan dalam hubungan sesama manusia, memanglah kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan.


Terutama ketika berucap di pentas politik, lantaran ghairah, seseorang itu kadang-kadang tidak sedar dan tidak dapat mengawal dirinya.


Sehubungan itu meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata adalah sifat yang terpuji.


Meminta maaf bukan semestinya perlu dilakukan bila tiba Hari Raya saja, tetapi bila-bila masa, sebaik-baiknya sejurus kita sedar telah melakukan kesalahan.


Dalam konteks Sanusi, tindakannya meminta maaf memang harus dipuji kerana sebagai Menteri Besar, terutama ketika kempen PRU15 dan PRN Kedah yang lepas, beliau barangkali banyak mengungkapkan kata-kata yang tidak sesuai terhadap Anwar dan beberapa menteri.


Tambahan lagi, Sanusi ini seperti kita sedia maklum, beliau jenis “mulut lepas” sikit dan mudah saja mengata dalam bahasa yang tidak enak kepada musuh-musuh politiknya.


Selain Anwar, rasa-rasanya Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri adalah pemimpin paling banyak sekali dikatanya, ketika PRN Kedah yang lepas itu.


Berbanding pemimpin pembangkang lain, Sanusi bagaimanapun nampaknya tidak kekok untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata yang pernah dilafazkannya.


Sekali lagi, memang bagus dan terpuji sekali tindakan Sanusi ini, cuma lepas ni janganlah berlebih-lebih lagi mengata Anwar dan menteri-menteri kabinet yang sudah beliau minta maaf itu.


Terutama dalam kempen PRK Kuala Kubu Baru yang mana Sanusi setakat ini antara yang paling kerap turun padang dan dijangka banyak kali lagi akan turun berkempen, kawallah bahasa pengucapannya agar tidak terlalu celupar dan “bermulut lepas” seperti sebelum-sebelum ini.


Kalau masih mengata lagi dan terkeluar pula bahasa-bahasa tidak manis selepas ini, kata-kata maaf yang diucapkan semalam itu tidak ubah seperti jatuhnya air ke atas daun keladi saja.


Takkan Sanusi jenis begitu kot? – ShahbudinHusin 5Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/05/bagus-sanusi-minta-maaf-pada-anwar-tapi-janganlah-mengata-lagi-lepas-ini.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/bagus-sanusi-minta-maaf-pada-anwar-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
In The Spirit Of Hari Raya Sanusi Extends Apologies To Anwar

In The Spirit Of Hari Raya Sanusi Extends Apologies To Anwar

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 244 hits
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has extended apologies on behalf of himself and the state government to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim for any inappropriate remarks while carrying out his duties as the Kedah Menteri Besar NSTP WA...
Sanusi Presents Kedah Wish List To Anwar At Development Briefing

Sanusi Presents Kedah Wish List To Anwar At Development Briefing

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 309 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim with Kedah menteri besar Sanusi Nor at a Kedah development meeting in Alor Setar today PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim attended a special Kedah state development meeting today at which Kedah menteri b...
Kalau Dah Ditegur Tapi Tak Endah Tukar Sahajalah Mb Ini Pu Syed Sound Sanusi

Kalau Dah Ditegur Tapi Tak Endah Tukar Sahajalah Mb Ini Pu Syed Sound Sanusi

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 173 hits
SITI NUR ZAWANITindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dirakam sedang menyanyi di atas pentas dalam sebuah program di Kedah mendapat teguran keras daripada seorang pendakwah bebas Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri S...
Pu Syed Tegur Sanusi Nyanyi Lagu Raya Atas Pentas Cukup Cukuplah Tak Bagus

Pu Syed Tegur Sanusi Nyanyi Lagu Raya Atas Pentas Cukup Cukuplah Tak Bagus

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 309 hits
Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri Syed Ishak tegur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas nyanyi di atas pentas baru baru ini Teguran itu buat secara terbuka oleh PU Syed menerusi sebuah hantaran di platform Instagram mi...
Anwar To Sanusi I Am A Simple Person If You Speak Properly We Can Resolve Everything

Anwar To Sanusi I Am A Simple Person If You Speak Properly We Can Resolve Everything

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 193 hits
Anwar made the remarks in his speech at the Madani Aidilfitri 2024 celebration held at Tasik Darulaman here this evening after Sanusi extended his apologies to the prime minister in the spirit of Hari Raya celebration during his welcoming s...
Dia Kata Anwar Bodoh Tapi Sebenarnya Dia Lagi Bodoh Bila Tak Faham Pemisahan Kuasa

Dia Kata Anwar Bodoh Tapi Sebenarnya Dia Lagi Bodoh Bila Tak Faham Pemisahan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 240 hits
TAK TAHU DAN TAK MAHU ULAS KO YANG BODO DAK Eh Tengok siapa cakap tu ada hati nak kata orang lain bodoh rupanya Tapi bila dia cakap macam tu yang terlihat cuma Mahiaddin ni mungkin cuma pandai membaca je tapi ada masalah pemahaman Sebab tu ...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Segera Tangani Isu Air Selangor

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

Big Stage Alpha 2025

Sammy Simorangkir Luka Yang Luas Chord

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Insta360 X5 Di Malaysia Teknologi Dan Revolusi Kamera 360 8k