Bagus Anak Suka Telur Dr Kongsi 4 Sebab Ini Perlu Wajibkan Anak Makan Dalam Seminggu
Sebiji telur khasiatnya cukup banyak. Tak perlu fikir nak beli dan bagi makanan tambahan lain pada anak asalkan ibu ayah tahu cara pemakanan yang betul. Jika anak anda menyukai menu telur itu satu bonus.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, telur antara sarapan padat nutrisi yang paling mudah untuk ibu bapa sediakan pada anak-anak.
Saya kongsikan 4 sebab kenapa kita perlu wajibkan telur untuk anak-anak makan dalam seminggu.
1. Telur untuk otak
Choline dalam telur berfungsi untuk merangsang bahagian otak yang mengawal memori. Anak akan mudah ingat tentang apa yang dipelajari. Sel otak anak akan berhubung dengan baik jika cukup keperluan choline yang diambil.
Ibu mengandung pun patut ambil telur untuk berikan sumber choline pada anak dalam kandungan.
2. Telur dan perkembangan tubuh badan
Telur membantu untuk kawal dan kekalkan berat badan anak dengan baik. Telur tinggi dengan protein dan mampu kenyangkan anak. Keadaan ini dapat elakkan anak dari snacking dengan makanan proses. Secara tak langsung, kita dapat elak dari risiko obesiti pada anak usia muda.
3. Telur tiada gula
Makanan yang selamat untuk kita mulakan sebagai makanan pertama anak di waktu pagi.
Bila ada telur, kita dapat kurangkan sarapan anak dengan cereal, sandwich, donut, roti canai dan sebagainya.
4. Tinggi nutrisi
Telur ada sumber iron, protein, lemak, Vitamin A, D, E dan B12, serta choline. Semua ini sangat diperlukan oleh anak kecil kita kan. Jadikan telur sebagai salah satu makanan pemula hari anak-anak, supaya mereka membesar dengan sihat, kuat dan bijak.
Cari jalan supaya anak kita tak tolak telur bila diberi. Pelbagaikan idea menu telur supaya anak tak jemu nak makan selalu.
Campurkan telur dengan pilihan karbo dan fibre supaya lengkap menu sarapan anak kita.
Boleh ya, sama-sama kita cuba untuk jadikan telur makanan kegemaran anak-anak.
ARTIKEL MENARIK [Nak Anak Bijak, Biasakan Makan Ikan Berbanding Ayam. Sekurangnya Seminggu 2 Kali!]
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bagus Anak Suka Telur! Dr Kongsi 4 Sebab Ini Perlu Wajibkan Anak Makan Dalam Seminggu appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bagus-anak-suka-telur-dr-kongsi-4-sebab-ini-perlu-wajibkan-anak-makan-dalam-seminggu/