Bagi Akmal Wira Perlu Jadi Kasar Dan Biadab Ahli Akademik


malaysiakini.com
RK AnandDiterbitkan: Sep 29, 2024
Dr Akmal Saleh seperti keliru tentang prinsip kepahlawanan dan telah mencampur-adukkannya dengan sikap dan pendekatan keras, menurut ahli akademik Tajuddin Mohd Rasdi.

Menurut Tajuddin, walaupun ketua Pemuda Umno itu patut dipuji atas semangatnya yang sanggup berkorban, namun jenis keperwiraan yang ditunjuknya tidak kena pada tempatnya.

“Pada perkiraan Akmal, wira adalah kasar, biadab, dan tidak hormat. Malangnya dia gagal melihat bahawa ini adalah ciri-ciri yang dikaitkan dengan penjahat,” katanya kepada Malaysiakini.

“Persoalan mudahnya ialah, mengapa dia tidak boleh menyatakan bantahannya secara sivil tanpa menggunakan kata-kata penghinaan dan kejian?

“Bukankah itu yang diharapkan daripada seorang yang berbudaya dan berpendidikan? Melainkan jika dia percaya itu tidak akan menjadikannya popular. Jika begitu, maka dia hanya bersikap oportunis, tidak lebih sekadar itu,” kata Tajuddin yang merupakan seorang pensyarah seni bina.

Tajuddin mengesyorkan agar Akmal lebih banyak membaca dan dia sedia untuk memberi senarai buku yang akan membantu Akmal "meluaskan pemikirannya" agar boleh "menjadi pemimpin sejati apabila lebih dewasa".

"Jika tidak, dia akan kekal sebagai pembuli, kuasa pemecah belah dan contoh buruk untuk belia," tambahnya.

Tajuddin berkata demikian sebagai demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Akmal berhubung pertikaiannya dengan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkait isu pensijilan halal.
Tajuddin Mohd RasdiMenegaskan dia tidak akan meminta maaf mahupun menyerah kalah, Akmal memaklumkan dia telah dipanggil polis untuk disoal siasat dan berkata dia dididik untuk mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa

Namun, Tajuddin berkata sepanjang pengetahuannya mengenai Islam, dia berpandangan orang Islam perlu memastikan keadilan untuk semua, tanpa mengira kaum atau agama.

“Kedua, Islam mengajar saya bahawa mempertahankan rumah dan keluarga saya dikategori sebagai ‘jihad’...Islam mengajar saya dalam perjuangan dan usaha ke arah keadilan, saya mesti sentiasa melakukannya dengan ‘berhikmah’ atau bijaksana.

"Islam mengajar saya bahawa menghina orang, walaupun mereka mungkin musuh, bukanlah cara yang tepat dalam apa jua keadaan," jelasnya.

Tauladan daripada Saidina Ali

Tajuddin mengimbas kembali peristiwa melibatkan Saidina Ali Abi Talib ketika hendak menyerang seorang musuh semasa perang.

“Musuh meludahi mukanya, dan Ali menahan dengan tangannya dan berlalu pergi. Apabila musuh bertanya Ali mengapa dia menahan tangannya, Ali menjawab, 'ketika saya hendak menyerang musuh, saya melakukannya kerana Allah, tetapi apabila kamu meludahi muka saya, saya bimbang niat saya tidak lagi suci dan saya mungkin menyerang atau membunuh kamu dalam keadaan marah kerana kepentingan diri’.

“Inilah Islam yang diajar kepada saya,” kata Tajuddin lagi.

Tajuddin juga memetik tulisan aktivis akademik dan pendidikan Allahyarham Siddiq Fadzil, yang menolak istilah "kafir" untuk "persaudaraan setanah air" dan "persaudaraan semanusia".

“Nabi Muhammad, daripada lebih 20,000 hadis yang saya baca, tidak pernah menunjukkan penghinaan seperti yang ditunjukkan Akmal. Suatu ketika, Nabi tidak senang dengan seseorang dan mengadu tentang orang itu kepada isterinya, kemudian tiba-tiba orang itu datang ke rumahnya.

“Nabi menyambut lelaki itu dengan senyuman dan melayannya dengan hormat sehingga dia pergi. Aishah, isteri nabi, bertanya kepadanya mengapa dia begitu baik dan menghormati orang itu, dan nabi menjawab orang itu adalah tetamu dan Islam mengajar tuan rumah untuk menghormati tetamu.

“Kelakuan seperti Akmal tiada tempat dalam Islam. Dia hanya bertindak untuk dirinya, ego dan kerjayanya. Dia tidak berkhidmat untuk Melayu, Islam dan sudah tentu bukan untuk Malaysia,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/bagi-akmal-wira-perlu-jadi-kasar-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Akademik Bebas Bicarakan Isu 3r Asalkan Tidak Melampau Anwar

Ahli Akademik Bebas Bicarakan Isu 3r Asalkan Tidak Melampau Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 150 hits
malaysiakini comKerajaan tidak menyekat kebebasan mana mana ahli akademik untuk bersuara termasuk menyentuh isu berkaitan 3R asalkan tidak melampaui batas atau berunsur hasutan kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar berkata perkara itu te...
Jangan Terpengaruh Isu Akmal Teresa Ahli Parlimen Kluang Beritahu Pengundi Cina

Jangan Terpengaruh Isu Akmal Teresa Ahli Parlimen Kluang Beritahu Pengundi Cina

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 148 hits
Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi bersama petugas media pada majlis ramah mesra di The Kopi Factory Kluang KLUANG Seorang pemimpin DAP merayu pengundi Cina di Mahkota tidak terpengaruh dengan isu perbalahan antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal ...
Biar Betul Takiyuddin Backup Ahli Gisbh Ahli Tak Bersalah

Biar Betul Takiyuddin Backup Ahli Gisbh Ahli Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 157 hits
PAS menggesa sebarang tindakan tegas diambil terhadap Global Ikhwan Service and Business Holdings dibuat secara cermat dan teliti bagi memastikan tidak berlaku pengabaian hak dan ketidakadilan kepada ahli tidak bersalah Setiausaha Agung Tak...
Mou Dan Ahli Parlimen Pembangkang Hanya Nak Politikan Isu Mou Bukannya Jujur Nak Dapat Dana Bantu Rakyat

Mou Dan Ahli Parlimen Pembangkang Hanya Nak Politikan Isu Mou Bukannya Jujur Nak Dapat Dana Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 181 hits
Muhyiddin Yassin Abdul Hadi Awang Hamzah Zainudin sememangnya teruk Mereka nak minta peruntukan Kerajaan Madani sedia nak bagi dan cadangkan perundingan dan MoU dibuat Bila Kerajaan dah sedia hulur tangan ajak berbincang belum apai kata put...
Pas Dan Ahli Bersekutunya

Pas Dan Ahli Bersekutunya

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 109 hits
PAS tahu ia mesti ada sokongan masyarakat bukan Melayu bukan Islam untuk memerintah negara ini Cuma ia tidak tahu bagaimana nak mendapat sokongan itu Maka timbullah langkah terbaharu PAS memujuk dan memikat golongan itu untuk menyokong mere...
Ada Ahli Gisbh Tidak Tahu Di Mana 32 Anaknya Berada

Ada Ahli Gisbh Tidak Tahu Di Mana 32 Anaknya Berada

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 153 hits
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kebanyakan kanak kanak yang diselamatkan adalah anak kepada ahli GISBH KUALA LUMPUR Polis mendedahkan ada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings tidak tahu di mana 32 daripada 34 anakny...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri