Pas Dan Ahli Bersekutunya


 

PAS tahu ia mesti ada sokongan masyarakat bukan Melayu bukan Islam untuk memerintah negara ini. Cuma ia tidak tahu bagaimana nak mendapat sokongan itu. Maka timbullah langkah terbaharu PAS memujuk dan memikat golongan itu untuk menyokong mereka.
Langkah terbaharu itu ialah meminda perlembagaan parti supaya orang bukan Islam boleh menjadi ahli bersekutu PAS. Rasanya ramai pada kalangan rakyat Malaysia tidaklah naif sehingga tidak tahu langkah itu adalah untuk PAS dapat sokongan orang bukan Islam di peti undi.
Walaupun seorang penyokong parti melihat langkah membuka pintu kepada orang bukan Islam ialah ‘bukti PAS tidak rasis dan ia parti untuk semua.’
Penyokong yang berpendapat sedemikian bernama Alex Chan Foo Yew. Beliau ialah timbalan pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS atau DHPP. Setuju atau tidak akan penjelasan beliau terpulang.
Sebenarnya langkah terbaharu itu bukanlah betul-betul baharu. Yang baharu ialah perlembagaan dipinda. Aspek lain yang berkaitan bukan baharu.
Soal keahlian orang bukan Islam dalam PAS dikatakan pernah dibincangkan pada 1956. Dan pada 1961 ada cadangan PAS menerima orang bukan Islam tetapi sebagai sebagai ahli bersekutu. Namun cadangan tinggal cadangan. Mungkin keadaan waktu itu tidak mengizinkan cadangan itu diteruskan.
Bagaiamanapun 24 tahun kemudian PAS menubuhkan apa yang dipanggil Chinese Consultative Council singkatannya CCC dikatakan ‘wasilah’ atau pertalian PAS dengan masyarakat Cina.
Hakikatnya penubuhan CCC bertujuan membantu PAS menghadapi pilihan raya umum 1986. Ertinya mendapatkan undi Cina untuk PAS. Strategi tidak berjaya. CCC tidak lama hayatnya – berakhir selepas PRU 1986.
Pada 2004 ditubuhkan pula Kelab Penyokong PAS atau KPP dianggotai orang bulan Islam. Disusuli PAS mengangkat ‘PAS for all’ sebagai slogannya. Namun slogan itu digugurkan tidak lama kemudian.
KPP dinaikkan status untuk menjadi sebuah ‘Dewan’ dalam struktur organisasi PAS yang ada Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan sebagainya. Maka wujud Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 2010 dan kemudian istilah ‘penyokong’ ditukar kepada ‘pendukung’. Lantas sekarang ia dikenali sebagai Dewan Himpunan Pendukung PAS – DHPP. Walaupun digelar dewan ia tidak sama taraf dengan dewan lain dalam PAS.
Pun begitu berdasar bertukarnya istilah tentulah ada beza antara ‘penyokong’ dengan ‘pendukung’. Hanya orang PAS khususnya pemimpin tertinggi yang tahu apa beza maknanya dan mengapa ‘pendukung’ menjadi pilihan mereka bukan ‘penyokong’.
Sebelum PAS meminda perlembangaannya pada muktamarnya di Temerloh tempoh hari DHPP seperti KPP sebelumnya disifatkan parti sebagai ‘Friends of PAS’. Meskipun menjadi kawan PAS, ahli DHPP tidak ada hak terlibat dalam proses pemilihan parti. Ertinya mereka tidak boleh memilih barisan kepimpinan PAS pada semua peringkat. Mereka tidak ada hak mengundi.
Dengan pindaan perlembagaan, ahli DHPP seperti disebut tadi ialah ahli bersekutu. Mereka kini diberi hak mengundi. Tetapi mengundi untuk memilih pemimpin sendiri. Maknanya DHPP undi pemimpin DHPP. Mungkin boleh dilihat sebagai a big deal kerana sebelum ini barisan pemimpin DHPP dilantik pimpinan PAS.
Realiti yang menyedihkan ialah DHPP tetap tidak boleh memilih barisan kepimpinan PAS, mereka tidak layak mengundi pemilihan PAS. Apa lagi nak bertanding. Mereka tidak boleh pegang jawatan dalam PAS ‘induk.
Saya setuju dengan pendapat penulis politik Mohd Sayuti Omar yang disiar FMT 19 Sept lalu. Kata Sayuti pindaan perlembagaan PAS yang memboehkan orang bukan Islam menjadi ahli bersekutu adalah ‘tidak praktikal kerana mengehadkan peranannya’.
Beliau menyifatkannya ‘separuh masak’ dan tidak ikhlas. PAS kata beliau ‘memperalatkan’ DHPP untuk menangkap sokongan kaum lain”.
Bagi saya DHPP sama seperti KPP dulu sememangnya menghadapi tugas berat untuk mendapatkan sokongan masyarakat bukan islam untuk PAS.
Kerana PAS sendiri yang membuat orang bukan Islam menjauhi mereka dengan tingkah laku serta peraturan di negeri PAS perintah yang kata orang bukan islam mengongkong kebebasan mereka.
Disamping itu pemimpin PAS sehingga kini gemar mengeluarkan kata-kata yang menghiris perasaan orang bukan islam dan menakutkan mereka.
Saya akhiri penulisan kali ini dengan kata-kata Setiausaha PAS Labis Mahat Jamin yang dilaporkan FMT baru baru ini.
Mahat dipetik berkata beliau menyambut baik pindaan perlembagaan PAS tetapi berharap PAS meneliti syarat yang ‘agak ketat’. Kata beliau orang Islam pun ada golongan munafik apatah lagi orang bukan Islam. Kena ada satu mekanisme dan peraturan”.
Jujur saya tidak faham maksud beliau, tidak tahu apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Sekadar bertanya kepada diri sendiri – adakah kata-kata itu boleh tidak menyenangkan ahli DHPP? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/a_69.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pas Pertahan Kenyataan Dap Komunis

Ahli Parlimen Pas Pertahan Kenyataan Dap Komunis

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 75 hits
Predeep NambiarGEORGE TOWN Ahli Parlimen Kepala Batas Mastura Muhammad tegas mempertahankan kenyataan kontroversinya yang mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan seorang bekas pemimpin komunis di Mahkamah Tinggi di sini hari ini Beliau berk...
Terkini Hadi Sorang Je Kuat Pmx Pas Izin Bukan Islam Jadi Ahli

Terkini Hadi Sorang Je Kuat Pmx Pas Izin Bukan Islam Jadi Ahli

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 73 hits
1 Perdana Menteri sindir presiden PAS kerana mendakwa arti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan lemah 2 Datuk Seri Anwar gesa siasat penyalahgunaan agama dan eksploitasi kanak kanak 3 Ahli MKT UMNO pertahan Perdana menteri yang didesak letak jaw...
Pindaan Pas Terima Bukan Islam Ahli Bersekutu Separuh Masak

Pindaan Pas Terima Bukan Islam Ahli Bersekutu Separuh Masak

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 71 hits
Nora MahparPETALING JAYA Pindaan perlembagaan PAS yang membolehkan orang bukan Islam menjadi ahli bersekutu disifatkan tidak praktikal kerana mengehadkan peranannya kata penganalisis Menyifatkannya separuh masak dan tidak ikhlas Sayuti Omar...
Pas Deputy President S Claim Of Suspicion Upon Hearing Chinese Words Dangerous Dap Mp Says

Pas Deputy President S Claim Of Suspicion Upon Hearing Chinese Words Dangerous Dap Mp Says

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 93 hits
PAS deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man s assertion that Malays would feel suspicion upon hearing the spoken Chinese language was divisive and incendiary said DAP lawmaker Lim Lip Eng The Kepong MP said the PAS leader s report...
Pas Yakin Mampu Tawan Pahang Pada Pada Pru 16 Beri Fokus Tarik Sokongan Bukan Islam

Pas Yakin Mampu Tawan Pahang Pada Pada Pru 16 Beri Fokus Tarik Sokongan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 63 hits
TEMERLOH PAS yakin mampu menawan pentadbiran negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke 16 akan datang Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan pucuk pimpinan memilih negeri itu untuk mengadakan Muktamar kali Ke...
Muktamar Pas Pusat Ustaz Nushi Mahfodz Dakwa Orang Pahang Tak Cakap Banyak Tapi Kerja Laju

Muktamar Pas Pusat Ustaz Nushi Mahfodz Dakwa Orang Pahang Tak Cakap Banyak Tapi Kerja Laju

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 84 hits
TEMERLOH Orang Pahang tak cakap banyak tapi kerja laju Demikian ucapan Pengarah Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke 63 Ustaz Nushi Mahfodz di Kompleks Imam As Syafie di sini hari ini Menurut beliau PAS Pahang sentiasa berusaha yang t...
Ulama Pas Lulus Usul Sijil Halal Ikut Kategori Mula Di Sg4

Ulama Pas Lulus Usul Sijil Halal Ikut Kategori Mula Di Sg4

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 107 hits
freemalaysiatoday com13 Sep 2024 07 37 PMKategori itu antaranya restoran hotel restoran francais restoran pasar raya kedai roti dan kek Perwakilan ulama dalam Muktamar Dewan Ulama PAS kali ke 63 di Kompleks Imam As Syafie Jerantut JERANTUT ...
Pbb Leaders Pour Scorn On Pas S Ambitions In Sarawak

Pbb Leaders Pour Scorn On Pas S Ambitions In Sarawak

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 117 hits
Sarawakians would never accept PAS s ideologies PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man recently proposed that the party look into forming a political pact in Sabah and Sarawak Two Parti Pesaka Bumiputera Bersatu leaders have poured cold...
Tel Aviv Jadi Gaza Natanyahu Lari Ketakutan Terkencing Dalam Seluar

Bekal Sate

Kenyataan Nur Jazlan Dangkal Lemah Bodoh

Drama Gadis Dan Angan Angan Lakonan Bell Ngasri

Balas Tweet Tentang Suami Skandal Dengan Staf Netizen Kata Fazura Bagi Hint Dia Macam Nak Bagitahu Tapi Macam Taknak

Sweetnya Ucapan Fattah Pada Fazura Bila Dapat Me Time Dengan Fatima

Aroma Lavender Di Sekitar Kawasan Klcc Mengundang Persoalan Rupa Rupanya

Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun Ds Najib Dari 1mdb


echo '';
5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton


Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Kopi Liberika Kalimantan Barat Keunikan Rasa Dan Perbedaannya Dengan Arabica Dan Robusta

Arches National Park Experiences You Haven T Tried Yet A Guide To Hidden Gems And Unique Attractions

3 Sekeluarga Mengalami Detik Cemas Rumah Dimasuki Hampir 12 Orang Penyamun Berparang

Polis Buru Bekas Petinju Terkenal Pecah Masuk Rumah

Mahalli Jasuli Dedah Saya Sebenarnya Keturunan Indonesia