Bagaimana Nak Mengajar Si Pembuli


 


Saya bersyukur siasatan diteruskan bagi kes buli pelajar di sekolah asrama walaupun mereka telah merayu kepada mangsa jangan diteruskan dengan laporan polis.Terkejut saya masing-masing sebenarnya berusia 13 tahun. Baru tingkatan 1. Bukan tidak mahu memikirkan tentang masa hadapan pelaku-pelaku ini tetapi akibat ini berlaku kerana perbuatan mereka sendiri. Berani buat, beranilah terima akibatnya.Mereka perlu diajar bahawa setiap perbuatan salah ada akibat dan hukumannya. Kita tidak mahu ada lambakan generasi tidak berhati perut yang membuli macam kes arwah Zulfarhan sehingga nyawa terkorban.Umur baru 13 tahun tetapi tiada simpati atau empati. Sakit hati melihat mereka ketawa dan mengambil giliran menumbuk seorang demi seorang. Kasihan melihatkan wajah mangsa yang cuba menyembunyikan ketakutan tetapi terpaksa menghadapi situasi kerana mereka ramai.Kalau dalam kes begini. Apa kesan dan akibat kepada pelaku-pelaku ini? Dua-dua tindakan boleh diambil. Jenayah dan sivil. Jenayah bagi hukuman kerana mencederakan dan sivil bagi tuntutan ganti rugi.Saya hendak rujuk satu kes yang dibawa ke mahkamah dan mangsa berjaya mendapat pampasan ganti rugi. Kes ini pernah mendapat liputan media. Linknya ada di ruang komen.Dalam kes [2020] 9 CLJ 379, mangsa adalah seorang pelajar tinkatan dua di sekolah asrama. Mangsa seorang pelajar telah dibuli oleh lima orang pelajar. Mangsa telah dibuli secara:"..antara lain, menumbuk, memukul, membaling bola ragbi ke arah muka dan badan plaintif (mangsa), menyuruhnya squat dan jika jatuh akan dipukul, meletakkan besi berat atas tangan plaintif dan menolak kepala plaintif ke loker hingga loker tersebut kemek.."-petikan laporan kes.Kejadian berlaku dalam bilik Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas berada dalam bilik yang sama hanya berdiam diri dan tidak membantu mangsa. Mangsa kemudiannya mendiamkan diri kerana diugut pelaku-pelaku jika mangsa melaporkan, mangsa akan dipukul lebih teruk. Kejadian hanya diketahui apabila mangsa bangun dari tidur dan terlihat tompokan darah di atas bantal dan telinga. Mangsa kemudian dibawa ke klinik dan kemudian ke hospital.Kelima-lima pelaku dihadapkan ke Mahkamah Majistret jenayah bagi kesalahan mencederakan mangsa, mereka mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun.Kejadian ini memberi kesan kepada mangsa. Mangsa hilang pendengaran dan terpaksa menggunakan alat bantuan pendengaran. Mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan dan muka. Mangsa menghadapi trauma yang teruk.Ibu bapa mangsa telah membawa kes ini ke mahkamah bagi tuntutan ganti rugi. Tuntuntan dibuat terhadap kelima-lima pelajar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pengetua (pada masa kejadian), Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.Ini dapatan mahkamah:" (2) KP dan PKP bersekongkol dan bersubahat walaupun tidak mengambil peranan aktif kerana, selaku wakil pihak pentadbiran sekolah yang menyaksikan kejadian, mereka langsung tidak melarang atau menghalang defendan pertama hingga kelima.."- petikan laporan kes.Ketua pengawas dan penolongnya langsung tidak dipanggil memberi keterangan. Oleh yang demikian memberi anggapan bertentangan."(3) ...Jika warden menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh tanggungjawab, sudah tentu dia akan memeriksa bilik pelajar, termasuk bilik KP dan PKP. Defendan keenam dan ketujuh dan warden mempunyai kewajipan penjagaan terhadap plaintif.."-petikan laporan kesNilai asal tuntutan adalah sebanyak RM2 juta ringgit. Namun demikian, mahkamah memberi pampasan ganti rugi selaras dengan segala pembuktian yang dikemukakan iaitu sebanyak RM600,000++. Kiraanya ada dalam gambar, saya ambil dari laporan kes di mahkamah.Kes begini kesannya kepada masa hadapan pembuli juga. Paling malang adalah mangsa. Kenapalah tidak fikir panjang si pembuli-pembuli ini. Apalah dapat hendak tunjuk hero?Saya harap jika kita ada anak-anak bersekolah, pesan kepada anak-anak kita janganlah jadi pembuli. Banyak kesannya. Rosak masa hadapan sendiri, menyebabkan trauma kepada mangsa dan kesan kepada masa hadapan mangsa.Pesan juga kepada anak-anak kita, kalau dibuli jangan senyap. Laporkan. Ada undang-undang yang membela. Jangan biarkan pembuli ini terus mencari mangsa yang lain.


Oleh Nor Zabetha







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/bagaimana-nak-mengajar-si-pembuli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Nak Hentam Je Tauke Jambu Minta Peminat Jangan Cepat Buat Spekulasi

Hiburan Jangan Nak Hentam Je Tauke Jambu Minta Peminat Jangan Cepat Buat Spekulasi

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 207 hits
Setelah mendiamkan diri hampir seminggu setelah dikecam teruk oleh netizen gara gara melakukan gimik kahwin semata mata untuk mempromosikan produk kesihatan akhirnya tampil membuat permohonan maaf Ujar Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amr...
Nak Sangat Anak Ramai Wawa Saja Buli Aeril Jaga Anak Sepanjang Malam

Nak Sangat Anak Ramai Wawa Saja Buli Aeril Jaga Anak Sepanjang Malam

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 240 hits
Pasangan sama padan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sentiasa berkongsi kehidupan mereka sekeluarga di media sosial Perkongsian mereka biasanya mendapat perhatian peminat kerana telatah lucu suami isteri ini bersama anak anak yang comel Artikel...
Nak Masak Sambal Udang Tempoyak Terlajak Sedap Boleh Ikut Resipi Ini

Nak Masak Sambal Udang Tempoyak Terlajak Sedap Boleh Ikut Resipi Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 239 hits
Sebut pasal menu sambal udang tempoyak memang tak boleh nak kata apa Lauk ini antara lauk paling bahaya kerana boleh membuatkan makan bertambah Jom kita cuba resipi yang dikongsi saudari Umi Watie ini SAMBAL UDANG TEMPOYAKBAHAN BAHAN 300gm ...
Remote Tv Dan 11 Benda Yang Rajin Hilang Bila Nak Guna Pakai

Remote Tv Dan 11 Benda Yang Rajin Hilang Bila Nak Guna Pakai

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 206 hits
Benda yang selalu hilang sewaktu nak guna apa sahaja ye Kadang benda tu ada sahaja di tempatnya cuma kita yang tidak ingat dimana tempatnya berada jadinya hilang di pandangan Kalau mak mak seperti punya kuasa superpower boleh tahu dimana le...
Mopti Nak Cuci Tangan Ke

Mopti Nak Cuci Tangan Ke

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 144 hits
MOHD MUKHLIS Masa ada pemimpin yang qawwi dan amin hendak buat islah reform awak tuduh dia rakus walaupun nama dia ada dalam perjanjian Awak suruh orang khianat pada perjanjian siap suruh istikharah lagi Kini bila Allah tunjuk dahsyatnya ak...
Pillow Blanket Murah Dan Senang Nak Bawa Travel

Pillow Blanket Murah Dan Senang Nak Bawa Travel

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 293 hits
Hasil suka melayan shopee live hari hari sangkut pillow blanket 2 in 1 pula uolls Ni k fiezz beli dari kedai sama yang selalu k fiezz beli skincare cosmetic korang boleh rujuk Tapi yang jual barang rumah ni dari akaun lain Kedai sama tapi n...
Kalau Anak Liat Nak Makan Nasi Jangan Risau Gantikan Dengan Karbohidrat Lain

Kalau Anak Liat Nak Makan Nasi Jangan Risau Gantikan Dengan Karbohidrat Lain

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 395 hits
Sebagai ibu bapa anda pasti pernah berdepan situasi di mana si kecil tidak mahu makan nasi betul tak Jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan karbohidrat yang boleh diberikan Makanan karbohidrat Karbohidrat atau singkatannya ka...
Hebat Sakit Nak Bersalin Mampu Kayuh Basikal Pergi Hospital

Hebat Sakit Nak Bersalin Mampu Kayuh Basikal Pergi Hospital

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 204 hits
Masuk trimester ketiga ni biasanya ibu mengandung dah mula berdebar debar Maklum sajalah pada waktu ni boleh bersalin tak tentu masa Boleh jadi tiba tiba datang kontraksi atau turun tanda tahu tahu dah nak melahirkan anak Segala persiapan s...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025