Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gajet


Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gajet | Alhamdulillah semalam KakYa berpeluang untuk join FREE TALK yang dikongsi oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM Kuantan dengan tajuk yang cukup bagus "Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet". Oleh kerana banyak sangat manfaat yang KakYa dapat dalam sesi free talk semalam, pagi ni KakYa nak kongsikan apa yang KakYa faham kepada pembaca blog KakYa. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah. 

Kupasan Topik Menarik Dari Doktor Mohd Hafidz Ithnin Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM Kuantan 
Topik perbincangan yang diketengahkan pada sesi seminar semalam merangkumi tiga topik penting iaitu pengguna gajet di Malaysia, kesan penggunaan gajet pada mata dan bagaimana nak jaga mata tanpa meninggalkan gajet. Antara ketiga tiga topik perbincangan ini, topik yang paling KakYa nak sangat tahu dengan lebih mendalam ialah bagaimana nak jaga mata tanpa meninggalkan gajet. 
Nak jaga mata tapi tak nak tinggal gajet? Camne tu caranya? Doktor Mohd Hafidz Ithnin mengupas lebih detail dalam sesi yang cukup santai semalam. Terima kasih Doktor untuk perkongsian penuh makna ini. 

Pengguna Gajet Di Malaysia
Sepertimana yang kita tahu, gajet dah jadi satu benda wajib ada di samping kita. Keadaan sekarang memerlukan kita untuk menggunakan kemudahan teknologi ini samaada untuk bekerja mahupun belajar. 
Tahukah korang penggunaan gajet di Malaysia semakin lama semakin meningkat dari satu tahun ke tahun tahun seterusnya. 
Laporan akhbar menunjukkan 98.6% menggunakan smartphone untuk kegunaan harian termasuk anak anak kita. 
Pernah tak kadang kadang bila kita nak buat kerja pastu anak meragam. Kita tak nak bagi anak meragam kita bagi gajet kat anak anak. Anak pon diam. Itu satu cara nak bagi anak diam dan kita boleh kerja dengan tenang. 

Statistik menunjukkan waktu hujung minggu anak anak remaja menggunakan smartphone lebih dari 3 jam. Apa yang anak anak remaja ini lakukan sepanjang tiga jam. Biasanya mereka main game, melawat laman web dan media sosial seperti Tik Tok. Penggunaan gajet yang tinggi lebih daripada 3 jam di kalangan anak anak remaja amat menakutkan dan membimbangkan kita sebagai ibubapa. 
Tahukah kita kesan penggunaan gajet yang lama boleh menyebabkan masalah pada mata. 
Kesan Penggunaan Gajet Pada MataPenggunaan gajet lebih dari 3 jam akan memberi kesan ada mata anak anak. Antara kesan kesannya adalah;
1. Peningkatan power spek mataIni akan berlaku kalau anak anak kita dah start pakai spek mata. Makin lama makin banyak peningkatan power spek. Pengembangan bola mata berlaku saraf kat belakang mata akan koyak. Jika saraf belakang mata koyak ini akan menyebabkan mata menjadi buta. 
2. Otot fokus mata yang tak stabilKanta dalam mata kita ibarat macam kanta dalam sebuah kamera. Cuba bayangkan bila kita selalu hadap gajet terlalu lama dan terlalu fokus akan sampai satu ketika mata akan jadi kabur. Oot fakus mata kita menjadi tidak stabil dan akan ambil masa untuk kembali ok. 
3. Mata cepat penat Mata akan jadi cepat penat dan tak boleh di kawal akibat terlalu aktif sangat dengan gajet contohnya main game. Bila main game mata akan fokus pada game dan tidak teralih ke tempat lain. 
4. JulingJuling adalah salah satu lagi kesan disebabkan penggunaan gajet berlebihan. Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi pengalaman beliau pada tahun 2020 berkenaan remaja 14 tahun yang mempunyai masalah juling. Doktor tanya apa dia buat hingga mata menjadi juling. Remaja berkenaan bagitahu dia main game PUBG 5 jam sehari  dan kadang kadang lagi lama menjadikan auto fokus tak terkawal. 
Doktor bagi terapi pada remaja berkenaan dan biasanya proses penyembuhan mengambil masa enam bulan hingga ke setahun jika masala juling yang di hadapi tidak terlalu teruk. 
5. Susah nak tidur (imsomnia)Bila menggunakan smartphone terlalu lama kita akan jadi susah nak tidur. Sebab apa susah nak tidur? Sebab badan kita bila terdedah pada cahaya biru dari smartphone akan mengganggu penghasilan hormon yang menjadikan kita susah nak tidur. 
Bagaimana Nak Jaga Mata Tanpa Meninggalkan Gajet
Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk jaga mata tanpa meninggalkan gajet. Berikut KakYa kongsikan tips yang di kongsikan oleh beliau;
1. Berehat seketika dan boleh sambung semula pengunaan gajet

Berehat seketika dan boleh sambung semula penggunaan gajet. Satu jam hadap gajet pastu rehat sekejap. Boleh tengok pemandangan jarak jauh supaya mata boleh berehat. Lima minit rehatkan mata dan boleh sambung semula. Yang penting jangan terlalu fokus sampai tiga jam straight duk mengadap gajet. 
2. Galakkan aktiviti luar rumah (outdoor activity)

Kanak kanak yang menghabiskan masa di luar rumah, kurang menghadapi masalah juling dan power spek mata tinggi. Ini kerana mereka banyak menghabiskan masa di luar rumah dengan membuat aktiviti berfaedah yang tidak melibatkan gajet. Jadi sesekali tu, bawa anak anak kita biat aktiviti kat luar rumah, jangan bagi diaorang asyik engan gajet jer. 
3. Kanta khas untuk penggunaan gajet

Kadang kadang anak anak kita ni bila dah terdedah pada gajet diaorang akan leka dan seronok dengan gajet. Bagi mengelakkan masalah pada mata anak anak seeloknya gunakan kanta khas untuk penggunan gajet. 
4. Penggunaan kanta penapis berwarna biru

Pastikan juga penggunaan kanta penapis berwarna biru atau blue light filter supaya cahaya biru tak masuk terus pada mata anak anak kita. 
KakYa sendiri menggunakan blue light filter untuk smartphone KakYa bagi mengelakkan mata terdedah pada cahaya biru. 
5. Beri ganjaran pada anak (tak semestinya duit)

Ini satu teknik yang perlu ibubapa terapkan pada anak anak. Menurut Doktor Mohd Hafidz Ithnin dalam perkongsiannya semalam, sebagai ibubapa kita boleh bagi insiatif pada anak anak. Contohnya kalau anak anak behave tak tengok phone lama lama ibubapa boleh bawa anak anak pergi melancong ke atau boleh belikan anak anak buku lukisan ke kalau anak anak suka melukis. 
Dengan cara ini ibubapa boleh mengurangkan penggunaan gajet agar tidak digunakan secara keterlaluan di kalangan anak anak. 
Buat Pemeriksaan Jangan Bertangguh Jika Anak Anak Ada Masalah Mata 
Semalam lepas KakYa dengar perkongsian dari Doktor Mohd Hafidz Ithnin, apa yang boleh KakYa simpulmatikan kat sini, kalau anak anak kita mengadu mengenai mata diaorang atau kita nampak ada perubahan pada mata dioarang, cepat cepat buat pemeriksaan mata dan jangan bertangguh

Orang kata cegah sebelum parah. Bukan apa kalau kita dah tahu awal senang untuk buat rawatan awal. Kalau lama lama nanti, takut keadaan  makin teruk dan sukar untuk dirawat. Jadi sebagai ibubapa, jangan kita lupa untuk pantau penggunaan gajet dan pastikan mata anak anak kita sentiasa dalam keadaan sihat

Korang yang berminat menghadiri sesi perjumpaan bersama dengan Doktor Mohd Hafidz Ithnin pada 11.12.2021 sila hubungi Optom Eyecare Bandar Baru Bangi di talian 011-11479093 untuk maklumat lanjut. 
Sebelum terlupa KakYa nak warwarkan pada korang, Optom Eyecare Bangi turut memperkenalkan satu servis baru khas untuk kanak kanak iaitu Kiddos Eyecare. Untuk maklumat lanjut berkenaan servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh Optom Eyecare Bangi, korang boleh layari;
Website : https://optom.com.my/
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi

atau singgah untuk pemeriksaan mata korang di alamat tertera;
Optom Eyecare Bangi
No.37, Jalan 8/1, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/12/bagaimana-nak-jaga-mata-anak-tanpa-meninggalkan-gajet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Awal Penjagaan Mata Anak Untuk Mengelak Mata Rosak Akibat Gajet

Langkah Awal Penjagaan Mata Anak Untuk Mengelak Mata Rosak Akibat Gajet

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 304 hits
Anak anak zaman sekarang banyak terdedah kepada teknologi seperti telefon pintar tablet dan komputer riba Memang tidak dinafikan kesemua teknologi ini penting dalam kehidupan seharian mereka Sejak wabak Covid19 melanda negara anak anak menj...
Nak Sangat Anak Ramai Wawa Saja Buli Aeril Jaga Anak Sepanjang Malam

Nak Sangat Anak Ramai Wawa Saja Buli Aeril Jaga Anak Sepanjang Malam

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 233 hits
Pasangan sama padan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sentiasa berkongsi kehidupan mereka sekeluarga di media sosial Perkongsian mereka biasanya mendapat perhatian peminat kerana telatah lucu suami isteri ini bersama anak anak yang comel Artikel...
Hiburan Sengaja Dera Aeril Jaga Anak Wawa Zainal Dah Nak Tutup Kilang

Hiburan Sengaja Dera Aeril Jaga Anak Wawa Zainal Dah Nak Tutup Kilang

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 248 hits
Gelagat pelakon dan juga usahawan yang bertindak membuli suaminya pelakon Aeril Zafrel ternyata telah mencuit hati peminat di Instagram 6 hari lalu Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Selamat Timang Cahaya Mata Ke 4AdvertisementWawa yang menyuruh ...
Hiburan Sibuk Jaga Anak Zahirah Macwilson Turun Berat Badan Dan Kembali Langsing

Hiburan Sibuk Jaga Anak Zahirah Macwilson Turun Berat Badan Dan Kembali Langsing

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 371 hits
Pelakon sudah hampir setahun berehat daripada bidang lakonan kerana mahu menumpukan perhatian terhadap anak dan keluarga Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Johari Macwilson berkata tiba sudah masanya untuk dia kembali...
Kembali Langsing Macam Anak Dara Zahirah Macwilson Akui Sibuk Jaga Anak Punca Berat Badan Turun

Kembali Langsing Macam Anak Dara Zahirah Macwilson Akui Sibuk Jaga Anak Punca Berat Badan Turun

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 287 hits
HAMPIR setahun berehat daripada bidang lakonan kerana mahu menumpukan perhatian terhadap anak pelakon Zahirah MacWilson memberitahu sudah tiba masanya untuk dia kembali bekerja Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol Johar...
Jangan Pandang Surirumah Sebelah Mata Besar Jasa Mereka Besarkan Anak

Jangan Pandang Surirumah Sebelah Mata Besar Jasa Mereka Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 268 hits
Tekanan berada di rumah sepanjang waktu sememangnya cukup kuat tak sama dengan tekanan kita yang berada di tempat kerja Di rumah bukan hanya anak anak bahkan segala urusan walau sekecil kecil urusan terpaksa diuruskan ibu setiap masa Tanpa ...
Kalau Anak Liat Nak Makan Nasi Jangan Risau Gantikan Dengan Karbohidrat Lain

Kalau Anak Liat Nak Makan Nasi Jangan Risau Gantikan Dengan Karbohidrat Lain

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 359 hits
Sebagai ibu bapa anda pasti pernah berdepan situasi di mana si kecil tidak mahu makan nasi betul tak Jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan karbohidrat yang boleh diberikan Makanan karbohidrat Karbohidrat atau singkatannya ka...
Ngidam Makanan Perkara Biasa Wanita Ini Pula Mengidam Nak Jadi Pengantin Ketika Mengandung Anak Kedua

Ngidam Makanan Perkara Biasa Wanita Ini Pula Mengidam Nak Jadi Pengantin Ketika Mengandung Anak Kedua

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 332 hits
Pernah kan kita dengar orang tua tua dulu kata kalau kita tak tunaikan permintaan yang diminta oleh ibu mengandung yang sedang mengidam nanti bayi lepas lahir akan meleleh air liur Walaupun perkara ni tak ada bukti saintifik tapi sebaiknya ...
Masa Anak Kecil Ni Lah Kita Kena Jaga Hubungan Rugi Kalau Ayah Tiada Masa Untuk Anak Anak

Masa Anak Kecil Ni Lah Kita Kena Jaga Hubungan Rugi Kalau Ayah Tiada Masa Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 255 hits
Sememangnya seorang ayah sentiasa sibuk setiap hari keluar mencari rezeki Kadang kadang keluar sebelum subuh balik selepas maghrib Boleh dikatakan masa bersama anak anak sangat limited Namun bagi seorang anak lebih lebih lagi anak yang masi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara