Bagaimana Komuniti Penjual Melonjakkan Kejayaan E Dagang Di Malaysia


Setelah sembilan tahun mencari tujuan dan mengalami kegagalan dalam beberapa perniagaan yang lalu, Mohd Zaid Othman akhirnya menemui kejayaan melalui minatnya terhadap pembuatan lilin pewangi. Pada tahun 2019, beliau melancarkan Lampu Cherita, yang merupakan sebuah kedai lilin pewangi buatan tangan. Namun, pada permulaan perjalanan perniagaan dalam taliannya, Zaid berhadapan dengan pelbagai kerumitan e-dagang dan menghadapi cabaran sebagai penjual e-dagang baharu. Bertekad untuk berjaya, Zaid beralih ke Shopee untuk mendapatkan sokongan dan ilmu pengetahuan yang diperlukan.

Melalui platform e-dagang, Zaid mendapat akses kepada kelas latihan dalam talian percuma yang memperkasakan Zaid dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan penting untuk mentransformasikan perniagaannya. Kurikulum ini merangkumi pelbagai bidang penting seperti jualan, pemasaran, dan operasi yang menawarkan strategi praktikal untuk memacu trafik, meningkatkan kadar aktiviti pembelian, dan menguruskan inventori.



Selain daripada kursus-kursus ini, ilmu pengetahuan Zaid juga semakin mendalam melalui program Shopee Xperts di mana sekumpulan pelatih sah dan penjual yang berjaya berkongsi ilmu dan pengalaman mereka bersama beliau. Bimbingan mereka memainkan peranan penting yang membolehkan Zaid mengaplikasikan amalan terbaik dan memaksimakan keberkesanan alatan perniagaan platform. Dengan nasihat berkesan daripada para profesional berpengalaman ini, Zaid melakukan penambahbaikan kepada operasi perniagaannya yang membawa hasil ketara dan dan membuka pintu kejayaan buat Lampu Cherita.

Dalam Zaid aktif dalam kumpulan Facebook ShopeeUni - sebuah komuniti penjual yang rancak berbincang hal e-dagang, beliau menemui rangkaian sokongan yang sangat berharga. Kumpulan ini menjadi sumber inspirasi dan nasihat yang membawakan perspektif baharu yang membantunya kekal maklum tentang trend industri dan mengatasi cabaran. Persekitaran berkolaboratif kumpulan ini merupakan faktor kritikal dalam pertumbuhan dan kejayaannya.


Mohd Zaid Othman, pengasas Lampu Cherita dan salah seorang daripada 17 Shopee Bintang

Namun, Zaid menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan perniagaannya. Pada tahun 2021, banjir yang melanda kilang lilin yang juga rumahnya menyebabkan kerosakan bernilai RM100,000. Dalam menghadapi kesulitan ini, beliau menemui semangat melalui komuniti Shopeenya. Rakan seperjuangan penjual dan pelanggannya bekerjasama memberikan sokongan penting dan bergotong-royong membersihkan ruang yang rosak. 

“Bantuan mereka semasa waktu yang paling sukar buat saya meringankan beban yang sangat berat buat saya dan mengingatkan saya tentang ikatan kuat yang telah dibentuk. Pengalaman ini buat saya rasa sangat bersyukur dan komited untuk memberi kembali kepada masyarakat,” kata Zaid.
 

Mohd Zaid Othman (kanan) pengasas Lampu Cherita bersama adik lelakinya Mohamad Hakimi berstrim langsung di Shopee Live



Sifat solidariti dan kemurahan hati ini menunjukkan semangat mendalam dan kesepaduan komuniti e-dagang yang membantu Zaid membina semula perjalanan perniagaannya. Didorong oleh rasa syukur dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang telah diperolehnya, Zaid melangkah ke peranan baharu sebagai mentor. Beliau aktif menyertai kumpulan Facebook ShopeeUni dengan berkongsi mesej motivasi, tips praktikal, dan nasihat tentang cara memanfaatkan alat perniagaan Shopee. Pandangannya mengenai strategi pemasaran, penglibatan pelanggan, dan pengoptimuman produk dihargai komuniti ini.


"Saya amat bersyukur atas sokongan yang saya terima ketika saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menjalankan perniagaan. Kini, saya berasa puas dapat membantu yang lain mencapai kejayaan dengan bimbingan dan dorongan yang juga pernah membantu saya. Menyokong komuniti adalah cara saya memberi kembali dan membantu yang lain berjaya seperti yang telah saya terima sebelum ini," kata Zaid.

Pada tahun 2022, sumbangan Zaid diiktiraf secara rasmi apabila beliau dipilih sebagai salah satu daripada 17 ahli Shopee Bintang. Penghormatan ini menandakan peralihannya daripada seorang penjual yang berjaya kepada mentor dalam program Komuniti Shopee Bintang. Zaid berinteraksi dengan penjual lain melalui acara dalam dan luar talian dan berkongsi kepakarannya melalui sesi bulanan Facebook Live. Beliau menekankan kepentingan untuk sentiasa belajar dengan mengadaptasi trend baharu dan untuk menggunakan sepenuhnya sumber bernilai Shopee Xperts dan Shopee University.

Kisah Zaid adalah bukti kuasa transformasi sokongan komuniti dan pembelajaran berterusan dalam dunia e-dagang. Melalui sumber Shopee dan sokongan yang tidak pernah putus dari rakan seperjuangan penjual, beliau mengubah cabaran kepada perniagaan yang berjaya dan mengambil peluang ekosistem platform untuk membantu orang lain berjaya.



Menyokong Perniagaan Tempatan Melalui Perkongsian Strategik
Bagi Shopee, memacu ekonomi digital Malaysia bukanlah sekadar menyediakan alat perniagaan dan memupuk komuniti penjual yang dinamik; ianya jugalah adalah tentang kerjasama yang berkesan yang boleh memperkuatkan sokongan terhadap PMKS tempatan. Mengenalpasti usaha kolaboratif dengan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan utama adalah penting, Shopee meningkatkan peranannya dalam memperkasakan penjual melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan.

Program seperti Pupuk@Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertujuan untuk melatih dan memperkasakan penjual e-dagang luar bandar melalui kelas Shopee University telah dijalankan di pusat internet luar bandar MCMC. Kelas-kelas ini telah memacu jualan sebanyak RM55 juta untuk 29,000 penjual tempatan yang meningkatkan pendapatan harian purata mereka sebanyak 22% tahun ke tahun. Selain itu,  melalui Program OKU Celik Digital dengan kerjasama Kementerian Komunikasi, 500 penjual OKU tempatan dapat belajar cara mengemudi pasaran digital melalui sesi latihan yang dijalankan oleh Shopee.

Mohd Zaid Othman (belakang, dua dari kiri) bersama peserta bengkel Shopee



“Di Shopee, komitmen kami lebih daripada menyediakan alatan perniagaan. Kami percaya dengan kepentingan komuniti dan memupuk perkembangan komuniti untuk membantu penjual tempatan berjaya dalam era digital. Kami berusaha membantu memenuhi potensi penuh mereka yang memacu ekonomi digital Malaysia dengan menyediakan sumber penting kepada PMKS dan membina komuniti penjual yang kukuh. Dengan usaha bersama, kita dapat membawakan impak yang berkekalan dan meningkatkan pertumbuhan usahawan kita,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2024/08/bagaimana-komuniti-penjual-melonjakkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islamic Reformation Wave That Took Malaysia Off Track

Islamic Reformation Wave That Took Malaysia Off Track

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 122 hits
The recitation of the Qunut Nazilah in the Dewan Rakyat by members of opposition parties PAS and Bersatu in July marked a serious and terrible deformation of the Malaysia we began with in 1963 The Qunut Nazilah is meant only for Muslims at ...
2d Seismic Survey Malaysia Overview And Current Applications In Hydrocarbon Exploration

2d Seismic Survey Malaysia Overview And Current Applications In Hydrocarbon Exploration

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 222 hits
is a critical tool in the exploration of resources providing essential geological data that helps identify potential oil and gas deposits beneath the Earth s surface This method has been fundamental in mapping the complex subsurface structu...
Malaysia Proposes Key Measures At Oic Meeting To Champion Palestinian Cause

Malaysia Proposes Key Measures At Oic Meeting To Champion Palestinian Cause

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 109 hits
Malaysia has proposed four key measures to support the Palestinian cause including establishing a group of eminent persons to assess and identify measures to implement the International Court of Justice s advisory opinion Foreign Minister M...
Belum Ada Komitmen Rasmi Daripada Tesla Untuk Buka Kilang Di Malaysia Tengku Zafrul

Belum Ada Komitmen Rasmi Daripada Tesla Untuk Buka Kilang Di Malaysia Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 92 hits
Syarikat automotif terkenal iaitu Tesla milik Elon Musk belum membuat sebarang komitmen untuk membuka kilang di Malaysia Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa walaupun Malay...
Redmagic 9s Pro Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Lebih Murah

Redmagic 9s Pro Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Lebih Murah

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 108 hits
RedMagic 9s Pro sudah pun masuk secara rasmi pada penghujung Julai lepas dengan tanda harga bermula RM3 699 Kini ia dilancarkan semula tetapi dengan tanda harga lebih murah iaitu bermula RM3 499 sahaja Tambahan lagi jaminan peranti juga ada...
Comprehensive Medical Insurance Malaysia Ammetlife S Holistic Services

Comprehensive Medical Insurance Malaysia Ammetlife S Holistic Services

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 332 hits
In Malaysia the need for robust and reliable medical insurance is more pressing than ever With rising healthcare costs and an increasing incidence of lifestyle related diseases having is essential for financial security and peace of mind Am...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids